Koleksi Kata-Kata MOTIVASI ISLAM Part 1







1. Musuh utama manusia ialah penyakit kedengkian hingga tidak mahu menerima kebenaran.

2. HAdiah paling besar Allah kurniakan kepada manusia ialah hidayah.

3. JOm buang sifat kedekut, dengki dan suka mengumpat mengeluh merungut dan lihat bagaimana hati akan bahagia

4. BIla dapat musibah jangan tanya kenapa tapi tanya apa kita belajar dan bagaimana lebih dekat dgn ALlah dgn musibah ini

5. Wanita yang ingin mendapat jodoh yang baik harus menjadi wanita yang baik dari segi akidah , ibadah dan akhlak

6. Bersabarlah wahai hati. Jangan rebah kerana manusia. Allah ada. Allah pasti akan hantar kebahagiaan buat kamu bila tiba masanya nanti.

7. Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap

8. "Ilmu yang memberi manfaat adalah ilmu yang memancarkan nur ke dalam dada dan dapat menyingkap hijab (tirai penutup) dari hati."

9. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar. Jadi, jangan takut untuk berkorban

10. Anak yang soleh sentiasa bermanis muka ketika bercakap. Tidak berwajah garang atau bermasam muka kepada orang tua. Kite berusaha mcm ni ye .

11. Walaupun kita betul, tidak bermakna kita layak untuk menghina orang lain yang melakukan kesalahan. Jangan nak jadi hakim sgt di dunia ini, sedangkan kita sendiri manusia yang takkan pernah lari dari melakukan kesalahan.

12. Tiada istilah terlambat untuk bertaubat selagi Allah masih memberikan nafas dalam diri

13. Kita tidak boleh ubah daripada muka buruk jadi handsome atau cantik , tapi kita boleh ubah daripada perangai buruk jadi berakhlak baik.

14. Apabila hilangnya rasa malu, maka kejahatan akan hadir tanpa dijemput.

15. Bila kita hormat orang, baru orang akan hormat kita. Tak gitu??

16. Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman.

17. ''Putih tidaklah bermaksud cantik, & hitam tidaklah bererti kotor kerana putihnya kafan itu menakutkan sedangkan kelambu kaabah yang hitam itu menyenangkan"

18. Stop calling people 'bajet baik' 'bajet hot' 'bajet cantik' 'bajet handsome' and etc . Nobody's perfect and you're just annoying.

19, Saat kita sedang tersenyum, jangan biarkan orang lain menangis .Saat kita menangis, biarkan je mereka terus tersenyum..

20. Allah tak pernah lambat. Cuma kita yang kurang sabar. Sabar lah sekejap. Nikmat Allah tu mesti ada untuk kita. Ya, untuk kita yang bersabar.

21. “kita solat laju laju. bacaan haru biru. kenapa terburu-buru? berkiranya masa kamu. sedangkan Allah setia menunggu.”

22. Orang ingat mati tidak ada masa nak kecil hati dgn sesiapa dan sentiasa memaafkan orang dan meminta ampun dari Allah

23. Kita semua banyak silap dan sebaik baik orang yang silap ialah orang yang kembali kepada Allah dengan bertaubat.

24.Bila hati bersih akan mendapat banyak ilmu dan nikmat Allah

25. Manusia apabila lari dari Syariatullah akan lebih teruk dari haiwan

****

Notahati-
Kita selalu malu dengan masalah yang kita ada,sebab kita rasa orang akan pandang kita pelik
nanti orang fikir macam tu, macam ni,
orang pandang kita hina

tapi kita lupa,
Allah pandang kita dengan kasih-sayang,
sebab tu Allah uji kita dengan masalah.

Hadapi dengan Iman,
Merintihlah pada Yang Maha Mendengar,
dan Yang Maha Mengasihi.

Al Kahfi ..Ayuh perisai diri dari fitnah akhir zaman.

Jangan lupa tiga perkara pada hari Jumaat.
Pertama : Kekasihmu Rasulullah menunggu salawat dari mu untuk Baginda.
Kedua: Kubur yang gelap menanti cahaya nur bacaan Surah al-Kahfi darimu.
Ketiga: Waktu mustajab sedang menunggu si pendoa 'bertuah' maka jangan anda sia-siakannya

Malam ni hujan lagi , tambah lagi mustajabnya. Doakan kemenangan Islam .


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


16 comments

22 Februari 2013 pada 2:12 PG

nice statement for sharing...huhu...thanz..:)

22 Februari 2013 pada 9:13 PG

Perkongsian yang menarik. =))

22 Februari 2013 pada 10:46 PG

Blogwalking di pagi ari.
Salam Kenal.
Cantik blog! ;p

Jemput la singgah n follow http://masamanispedas.blogspot.com (^__^)

25 Februari 2013 pada 7:25 PG

Salam.
Nice sharing :)

Tanpa Nama
7 Mei 2013 pada 12:33 PTG

Hai boleh beekenalan

Tanpa Nama
15 Mei 2013 pada 6:18 PTG

Mksh

Tanpa Nama
3 Julai 2013 pada 9:53 PTG

Mohon share yee :)

5 Julai 2013 pada 5:13 PTG

asik banget sayang

Tanpa Nama
12 Julai 2013 pada 2:32 PTG

Assalamualaikum...
Nice...mohon share kata2 hikmah ni dan dihalalkan yer...tq

13 Julai 2013 pada 5:24 PTG

@Tanpa Namawaalaikumussalam.. silakan share :)

20 Julai 2013 pada 9:16 PTG

wahhhh,bestnye blog ni...
banyak ilmu boleh dapat.

15 September 2013 pada 3:55 PTG

kata kata ni menarik perhatian saya . mohon share yee :)

15 September 2013 pada 3:57 PTG

kata kata ni sungguh menarik . mohon share ye :')

15 September 2013 pada 4:00 PTG

kata2 ni menarii . mohon share ya

11 Jun 2014 pada 2:35 PTG

•indah blog anda kakak ,saye copy skit yer ,terime kaseh ,kate2 yg membuke minda .menarik jiwa •

Tanpa Nama
13 Disember 2015 pada 2:11 PTG

Indah kata2 seluas lautan ilmu yg ada insyaallah kita kongsikan bersama.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.