VIDEO : Anak Tak Sah Taraf.


kita selalu cepat menghukum dan mencatas tanpa segera memberikan resolusi rawatan.

Kita memang mengutuk PERBUATAN ZINA kerana terang terangan Allah menyebut bahawa zina adalah perbuatan yang keji dan mungkar. Tetapi Islam tidak pernah mengajar untuk membenci pelakunya apatah lagi bagi mereka yang telah bertaubat dan mahu bertanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan.

Dalam Islam, menjaga aib sendiri dan orang lain adalah sangat ditekankan. Contoh, jika sepasang anak muda berzina, kemudian mereka bertaubat sungguh-sungguh dan rahsia dosa itu disimpan kemas antara mereka berdua, maka cukuplah dengan taubat dan amal soleh selepas itu. Tidak diwajibkan untuk mereka memberi pendedahan di hadapan hakim dan khalayak ramai. Jika ada orang yang terlihat dan sejumlah saksi yang memenuhi syarat, dan mereka membawa dakwaan itu kepada hakim, barulah kes dibicarakan.

Begitulah juga jika mereka telah berzina dan mengandung. Jika mereka telah bertaubat dan berusaha membina keluarga yang halal (walaupun masyarakat memandang serong sebagai cara menutup rasa malu), permudahkanlah mereka dan tutupilah aib mereka. Tidak perlu 7 generasi selepas itu perlu menanggung malu atas ketergelinciran nenek moyang mereka.

Allahua'lam.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

19 Februari 2013 pada 12:34 PG

syukran...

19 Februari 2013 pada 9:16 PG

semoga masyarakat lebih terbuka dalam memberi peluang kepada mereka2 yang berusaha untuk berubah

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.