‘Drama’ lakonan Fizz telah terbongkar.



Semua peminat diseluruh negara sudah mula keliru dengan kenyataan-kenyataan yang diberikan. Dari pertunangan yang hanya sempat bertahan beberapa hari, kemudian timbul isu mengatakan Azlyn Massiela sudah berkahwin.

Hari ini, bekas tunang Fizz itu memberitahu bahawa dia tidak pernah berkahwin. Namun, belum sempat berita ini diketahui umum, muncul satu lagi kenyataan dari seorang lelaki yang mengaku Azlyn sememangnya adalah isterinya. isteri kedua.

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.” – dipetik dari Berita Harian.

‘Dia hilang ingatan’

Lelaki yang mengaku suami Azlyn merupakan seorang usahawan  memberitahu bahawa isterinya ‘sakit’ dan kesunyian adalah punca isterinya itu melakukan perkara sedemikian.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” ujar nya merujuk pada bekas tunang Fizz Fairuz, Azlyn Massiela.


Dan ini pula kenyataan yang dibuat oleh Azlyn menafikan yang dia telah berkahwin...
Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan Fizz Fairuz yang mengatakan Azlyn Massiela sudah pun berkahwin dengan seorang usahawan berusia 40an. Fizz Fairuz menjelaskan bahawa berita itu diketahuinya daripada kawan kepada adik Azlyn melalui mesej yang diterimanya.
Akhirnya teka-teki sudah pun terjawab. Hari ini menerusi sebuah akhbar tempatan, Azlyn Massiela, 26, yang juga merupakan bekas tunang Fizz Fairuz telah mendedahkan bahawa dia tidak pernah berkahwin.
“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga.
“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya.”
Azlyn turut menjelaskan bahawa ibu bapanya menangis dan kecewa apabila Fizz mereka cerita yang tidak benar.
“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam.
“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).”

Sumber : Berita Harian



Pendedahan Azlyn
Secara tidak langsung memberi gambaran Fizz Fairuz telah bermain kayu tiga – iaitu mengaku bercinta dengan Almy Nadia tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dengan orang lain.

“Work smart” yang dilakukan oleh Fizz tidak menjadi apabila gambar pertunangan dia dengan Azlyn didedahkan oleh media.

Jika pendedahan itu tidak dibuat media, sehingga ke hari inilah kontroversi tersembunyi ini tidak akan diketahui.

Sebagaimana didedahkan Azlyn, pelakon lelaki ini dilihat mempunyai banyak masa untuk menjalinkan pertemuan bagi mengeratkan perasaan cinta mereka.

Tetapi, dalam hal ini wanita yang seolah-olah paling teruk terkena permainan Fizz adalah Almy Nadia kerana dia benar-benar terpedaya.

Pendedahan Azlyn juga memperlihatkan Fizz selama ini kurang menyenangi Almy Nadia walaupun dia tidak pernah meluahkan hasrat secara terbuka meninggalkan pelakon wanita itu.

Apa-apa pun ‘drama’ lakonan Fizz ini telah terbongkar dan secara tidak langsung mencalarkan reputasinya sendiri kerana dialah yang mencari masalah tanpa berjaya menyusun strategi dengan baik.

Seperti biasa, apabila keadaan semakin meruncing, Fizz menyalahkan “bomoh” kononnya apa yang terjadi ini adalah ada unsur-unsur penggunaan ilmu hitam.

Sehingga ke hari ini, Fizz cuba melarikan diri, telefon tidak berangkat malah rakan-rakannya juga mengunci mulut untuk tidak mendedahkan di manakah dia berada.

Fizz sudah tersepit bersama masalah akibat padah yang dicari sendiri.

Larilah Fizz selagi mampu kerana di depan sana lagi banyak lubang-lubang besar yang menunggu.

mStar

Bila bernikah di jalan dakwah; 
rumah tangga lebih barakah
silaturrahim bertambah
rezeki melimpah

kerana tiap isi rumah yakin dengan janji Allah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


7 comments

21 Februari 2013 pada 7:20 PTG

no komen ..allah pasti bgi petunjuk

21 Februari 2013 pada 7:29 PTG

adoyai!macam2 lah dunia artis ni!

21 Februari 2013 pada 8:54 PTG

hebat2.. memg pelakon yg hebat.. dr dulu xsuka la dia ne..

21 Februari 2013 pada 9:25 PTG

mmm..no komen..sorang ya..sorang tidak .mana satu yg betul ni..

jgn lah perbodohkan peminat mlaysia

21 Februari 2013 pada 10:50 PTG

Assalamualaikum Lynn..rindunya kat Lynn... Maaf tak dapat ziarah blog Lynn cam biasa..

21 Februari 2013 pada 10:51 PTG

Isk2 macam2 hal ye dunia retis ni Lynn..malas nak layan kekadang tu..hi hi...

21 Februari 2013 pada 11:33 PTG

@Si Matatajamwaalaikumussalam sis.
kat sini pun rindu sama.:)

takpe sis lynn paham. mohon sangat sis jaga kesihatan ok. moga di lindungi Allah selalu. amiin

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.