Hate this part right here.



 

Apa perasaan putus cinta?
Sangat sedih. Hati remuk.

Kita sayang sangat-sangat-sangat dekat seseorang itu tapi kena lepaskan dia pergi. Bukan saja-saja nak lepaskan tapi terpaksa. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa payahnya nak lepaskan seseorang itu pergi tapi kena lepas juga. KENA.

Membayangkan macam mana nak lalui hidup seterusnya tanpa orang itu. Kalau dulu, apa-apa nak cerita, cerita dekat dia. Phone nanti dah tak ada orang hantar message dah. Tak ada orang nak call kita dah. Dalam otak fikir, tak tahu nak gambarkan perasaan bila orang yang kita sayang itu, pernah sayang kita tiba-tiba akan sayang dekat orang lain dah. Kenapa boleh macam itu? Kenapa dia tak sayang dekat kita saja? Kenapa boleh tukar-tukar?

Semua benda yang pernah plan sama-sama. Nak pergi sana, sini semualah. Kalau jalan-jalan pergi mana-mana, tiba-tiba terpandang satu benda yang closely related dengan si dia. Rasa sedih, sebab teringat semua benda yang best-best masa inlove dengan dia. Kenangan-kenangan yang sweet yang dia dengan kita pernah sama-sama rasa.

_________________________________________________________________________________________

Dah-dah-dah-dah. STOP IT. Tak payah nak larut sangat dengan perasaan sedih. Saya tak marah kalau awak nak nangis. Sebab saya pernah rasa. Nangis-nangis kalau teringat. Beriya pulak tuh. Saya pernah tengok kawan-kawan saya nangis. Boleh nangis. Tapi jangan lama sangat, hidup kita kena teruskan.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau boleh, elakkanlah menunding jari, memikirkan soal siapa yang salah dalam sesuatu hubungan itu. Cinta mati macam mana pun kita dekat seseorang, kalau Allah kata putus, putus juga akhirnya. Soal jodoh semua dekat lauh Mahfuz. Kita sangat-sangat clueless.

Hidup kita bukanlah semata-mata menagih cinta daripada seseorang lelaki yang masih tak pasti lagi menjadi suami kita nanti. Umur 20, nak masuk 21 tahun, kata nak jadi doctor, nak kerja kumpul duit banyak-banyak, balas balik jasa mak ayah. Paling penting, hidup kita di dunia sementara sahaja sebab kita akan mati. Maksudnya, kalau sedih-sedih sangat dan fikir-fikir lama sangat kenapalah boleh putus, buat penat saja nak fikir lebih-lebih sebab dia tak masuk timbangan amal kebaikan dekat akhirat nanti.

Btw, we're running out of time. Tak sempat nak fikir-fikir benda dah berlaku. Kita kena pandang ke depan, hargai apa yang kita ada, untuk kejar kejayaan dunia dan akhirat. Plus, cari bakal suami lain.=p

Allah tidak tidak pernah mencabut sesuatu daripada kita kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Yakinlah dengan sepenuh hati dan seluruh jiwa raga tanpa sekelumit pun rasa ragu ; pilihan Allah adalah pilihan terbaik untuk kita.

P/S:to You-know-who-u-are, sorry kalau aku tak dapat bagi kata-kata yang mampu sedapkan hati kau sebab aku tak rasa apa yang kau rasa. Jadi, aku tak mampu cakap lebih-lebih. =D




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

11 September 2012 pada 9:00 PG

insya Allah...Dia akan gantikan yang terbaik utk dia..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.