"Kita ingat dia sombong padahal orang itu ingat kita yang sombong."


Entry kali ini aku sebenarnya tak tahu nak type apa. Aku seorang saja tak balik kampung minggu ni. InsyaAllah, doakan tak ada apa-apa. Rasa okay je duduk sorang-sorang even sunyi sikitlah.

Pernah tak korang jumpa someone. 1st impression korang dekat orang itu, dia macam sombong and tak friendly. Pernah? Aku pernah. Nak pula dengar cerita-cerita from orang lain. Lepas itukan, try monolog. 'Eh, mana boleh cakap/fikir macam itu, itu nama bersangka buruk.'Lepas itu, entah.Fikir macam macam. Being judgmental, rasa macam tak bersemangat nak berkawan dengan orang itu since dia macam dingin, . Nak pula orang lain dah cucuk cerita macam macam.



This cartoon is a different story. Tapi, to be honest, kadang we think too much, tak jumpa lagi dah fikir banyak banyak.


Eh, balik cerita tadi. Bukan pasal cartoon. Pasal paragraph before. Tapikan, sebenarnya, sangkaan itu sebenarnya salah! Tak kisahlah macam mana pun buruknya first impression kita atau orang lain terhadap orang itu, kita tak boleh bertindak sebegitu rupa. Bersangka baiklah. Selagi tak jumpa tak borak tak payah sangka buruk, mengiyakan cerita bukan bukan. Ummi cakap kalau terserempak dengan orang , senyum, tegurlah. Tak payah sombong. Tepis segala tanggapan negatif. Belum cuba tegur, borak belum tahukan?

"Kita ingat dia sombong padahal orang itu ingat kita yang sombong."

So, apalah salahnya kita yang memulakan senyuman dan perbualan dahulu. Memberi itu lebih baik daripada menerimakan.Lepas itu, bila kita dah bergaul dengan orang yang konon-konon sombong di mata kita itu, cakap-cakap okay je, baik kot orang itu. Timbul penyesalan dalam hati.

 'Tak baiknya aku fikir pasal dia macam itu. Sampainya hati aku.' 

In a good way, alhamdulillah, kita macam sedar kesilapan kita and ambil pengajaran tak repeat lagi. Cepat-cepat istighfar. Nasib baik tak luahkan dekat siapa-siapa.


Tapi cuba kalau, kita dah hebah dekat semua orang. Dok canang orang itu sombong, tak friendly dekat member-member lain. Urgh, tak pasal saja dosakan? :( Tak baiknya. Astaghfirullahhalazim. Sampainya hati kita cakap pasal orang itu sedangkan orang itu pun kita tak kenal.


Pernah dengar kisah ini. Dalam suatu peperangan, seorang sahabat telah membunuh seorang musuh yang mengucapkan kalimah syahadah sebaik sahaja diancam bunuh oleh sahabat itu. Rasulullah S.A.W berasa marah dengan tindakan sahabatnya itu. Sahabat itu mempertahankan tindakannya dengan berkata bahawa musuh itu mungkin mengucapkan kerana rasa takut untuk dibunuh. Rasulullah SAW berkata pada sahabatnya, " Tahukan engkau apa dalam hatinya? Hanya Allah yang tahu."


See! Sampai macam itu sekali Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya bersangka baik dengan musuh yang ucapkan kalimah syahadah ketika saat saat getir dalam peperangan, apetah lagi dengan 1st impression kita yang bukan perang pun. Biasa-biasanya. Kawan local, orang yang kat ward.


Okaylah tak nak panjang-panjang. On top of that nak tambah, bila kita mudah terasa dengan orang tak kisahlah baru 1st time jumpa ke dah lama kawan. Rasa dia tak friendly, dia wat dek jeklah dekat aku.Tahu tak kenapa senang terasa? Memetik kata-kata ustaz Pahrol, itu petanda ego kita. Meletakkan expectation bagaiman kita harus dilayan. Kita tak sepatutnya meletakkan suatu jangkaan okay? Arasso?


So, lepas ini, marilah kita bersama-sama khususnya orang yang type ini, mengamalkan sangkaan baik tak kira apa jua keadaan, tak kisahlah 1st impression ke last impression ke, dan tak mudah terasa dalam kehidupan. If terasa, maksudnya itulah egomu. Egomu tercalar. Eceh. Okaylah kata tak ada nak type. Banyaklah kan. Panjang dah esei ini. Nak tidur dah! Good night. Mintak maap kalau salah cakap. 
Wassalam.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

19 September 2012 pada 1:54 PG

Don't judge a book by its cover, and don't judge a book by their feedback? xD
Unless kita sendiri yg sudah baca buku tu then only we can judge ^^

Mulakan tanggapan yg baik kepada semua org inshaAllah mereka akan berprasangka baik juga dgn kita ;D

19 September 2012 pada 2:15 PG

Orang selalu kata fie sombong tak friendly dan yang seumpanya. Mungkin muka kot. Huhu. Tapi sebenarnya fie banyak cakap, banyak cakap yang sungguh-sungguh.

19 September 2012 pada 8:12 PG

aku pun kadang2 rasa cam angin jer tgk "first impression" org lain... yealah mcm sombong especially lelaki. tapi bila dah sembang, pergh friendly rupanya :)

19 September 2012 pada 10:30 PG

selalu jugak tue kadang dok pk yg bukan2 tue yg negatif pastu cpt2 mrah diri sndiri jgn cpt sgt salah sangka huuu

19 September 2012 pada 11:38 PG

selalu jgk..terjadi jgk pada diri sendiri..muka nampak somboong sebab pendiam..kalau dah kenal baru tahu macm mn orangnya,,^_^

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.