Aku makan Separuh Saja!



oh! ha tak im okay.

Pagi ini terbangun dalam keadaan menangis. Mesti nak tahu apa yang sedih sangat mimpi sampai boleh menangis. 

Alhamdulillah again. Rasa sedih mimpi itu aku tak boleh nak cakap macam mana lah. Kalau kau orang mimpi, baru kau orang rasa sendiri. 

Banyak benda dah berlaku dalam hidup aku. Bukan hidup aku saja, hidup kau orang jugakan? Tak kisahlah apa pun berlaku sama ada nikmat atau musibah, janji kita meyakini bahawa semua yang datang daripada Allah adalah baik baik belaka. 

Oh ha! sebagai pengkongsian di pagi Rabu nie.

Diriwayatkan bahawa pada su
atu ketika, Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekur semut,"Berapakah rezekimu setahun?"
Semut menjawab,"Sebutir biji gandum".Maka Nabi Sulaiman mengambil semut itu dan diletakkan dalam sebuah botol bersama sebiji gandum.Nabi Sulaiman menutup botol tersebut dan meninggalkannya di suatu tempat.

Genap setahun, Nabi Sulaiman a.s membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakan separuh sahaja biji gandum itu.Nabi Sulaiman a.s pun bertanya,'Mengapa Engkau makan separuh sahaja biji gandum itu,kenapa tidak habiskan semuanya?"
Semut pun menjawab,"Kerana tawakkal ku selalu pada Allah, maka aku makan sebutir biji gandum.Aku amat yakin kepada Allah.
Dan Allah tidak pernah lupakanku.Tetapi sekarang ,tawakkal ku kepada mu, maka aku makan separuh sahaja.Aku berkata dalam hati,"Jika Nabi Sulaiman melupakanku tahun ini, aku boleh makan separuh lagi pada tahun berikutnya".

Teladan dari kisah ini :

1. Tawakal hanya pada Allah
2. Yakin hanya Allah Taala saja yang berupaya memberi rezeki
3. Bijak mengurus kehidupan
4. Pandai mengurus masa
5. Berjimat cermat
6. Bersedia menghadapi keadaan gawat !

Okay, alhamdulillah. Terdapat sikit pengisian dalam post ini. Post ini bukan lah sekadar nak mengingatkan pembaca tapi paling utama mengingatkan tuan punya blog ni.

*tentang mimpi tu.nanti aku abadikan dalam entry lain.INSYAALLAH.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

19 September 2012 pada 11:56 PG

Tawakkal kepada manusia belum tentu dia dpt membantu kita ^^
tawakkal kepada Allah sudah tentu kita akan menerima bantuanNya inshaAllah ;D
thanks for sharing

19 September 2012 pada 12:33 PTG

take care ye..

19 September 2012 pada 12:40 PTG

bagus semut tue!

Tanpa Nama
19 September 2012 pada 12:43 PTG

tq kongsi sama2 ye

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.