1. Nak bayar yuran jamiah tapi beratur bukan kemain panjang. Kita berada kat barisan paling belakang. Sampai kak yang jaga kaunter tu berpeluh-peluh.
2. Dari pukul 2ptg hgga kul 3 anda ada kat jalan raya. Jalan raya jem sebab ada kereta tersangkut di tengah-tengah jalan.
#Apa kata hati, lisan dan amal kita dalam hadapi semua ni?
situasi 1:
~Hish akak ni baik tak payah keje kalau buat keje lembab macam ni. Ingat orang lain keje nak tengok muka dia je ke.. bla2
~Kesian ke akak tu. Moga Allah swt permudahkan urusan dia dan orang2 yg tengah beratur ni. Aku pun boleh cepat2. heee..
situasi 2:
~Itula dah tahu tak pandai bawak keta, baik tak payah bawak. kan dah menyusahkan orang lain. Sambil menghon tanpa henti.
~Apa masalah kereta tu ya. Nak tolong aku tak pandai bab2 kereta ni. Herm, moga Allah permudahkan urusan dia dan orang yang tengah tolong tu.
** Kebanyakannya kita lebih memilih untuk mempamerkan aksi yang pertama; merungut, mengeji tanpa rasa ambil peduli dengan permasalan orang lain. Adakah kita rasa dengan berbuat demikian, urusan kita jadi lebih cepat dan mudah? Hakikatnya tanpa sedar kita dah dapat dosa free. Dahla masalah tak selesai, tambah pulak dengan masalah lain (kat akhirat kelak) :))
** Duhai saudara saudari, kita kena lebih mencuba untuk turut sama berusaha meringankan permasalahan fizikal dan jiwa manusia. Kita kena belajar untuk mendoakan orang lain. Siapakah pengatur keadaan kalau bukan Yang Maha Berkuasa Allah SWT??
Kata-kata Saidina Umar Al-Khattab:
"Kita ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam, pasti Allah akan menghinakan kita"
Begitu juga dengan Bangsa Melayu. Dahulunya semasa kedatangan Islam di Tanah Melayu, bahasa kita dijadikan bahasa pengantara. Sikap kita menjadi sebutan. Kerana adanya islam dalam diri kita.
Sekarang tiada lagi penghormatan. Hanya tinggal sindiran. Melayu Lupa dan sebagainya. Kerana merdekanya kita dengan membelakangi agama. Hidupnya kita dengan hiburan. Jika inilah kita, jangan mengimpikan sebarang kemuliaan~
Cukupkah islam sekadar talaqqi kitab?
~Hayati kehidupan, selami perasaan, temukan dengan Tuhan~
nota hati- Jangan pernah merasa kita berupaya menarik hati manusia dengan tulisan mahupun perbuatan kita. Hati kita dan mereka dalam pegangan Allah swt. Yang lain-lain hanyalah wasilah.
*Allah mengetahui apa jua yang terlintas di hati. Aib kita hanya Allah yg tahu~
8 comments
Setuju betul la dgn entry ni,
memang kena dgn diri sendiri.. selalunya ad something wrong mesti sindiran dulu yg akan dtg sebelum prasangka yg baik.. thanks for reminding
melayu mudah lupa..
Setuju.
Sepatutnya kita tak layak menghakimi tentang hal-hal yang tidak kita ketahui, kan? :)
terasa.. tpi 2lah manusia.. suke mrungut.. perbaiki diri setiap hari
Pada kebiasaannya adalah seperti yang tercatat pada entri. Jika masalah itu tidak berlaku pada diri sendiri, kita tidak akan merasai keadaannya.
tu la.. bila sesuatu terjadi, pasti kita akan automatik buruk sangka...satu sikap yang perlu dibuang jauh2 sebenarnya..
kadang2 manusia jrg melihat bnda yg selalu d buat tu salah...
kdang bila diri dalam keadaan marah mesti jadi mcm situasi merungut tue sbb tue kena selalu muhasabah diri kan