Kakak saya nak derma buah pinggangnya, tapi saya tak nak.




Catatan peribadi aku.


Dia gadis comel  berumur 17 tahun. Seperti pesakit-pesakit lain di wad sekarang, buah pinggangnya sudah gagal berfungsi. Sudah 10 tahun dia menjalani hemodialisis. Tubuhnya kurus kecil, tidak subur, rendah dan jari-jarinya melengkung - tipikal pesakit buah pinggang yang menyambung nyawa dengan dialisis sejak usia jagung.

Jam 5.50 petang, staff nurse memberitahu, branula kenit biru di lengan kana
n (lengan kirinya ada fistula, tak boleh kacau) guna memasukkan IV antibiotik sudah tersumbat, sudah ditanggalkan. Dia sudah cuba masukkan yang lain tapi tak dapat.

"OK tak pe, saya masukkan."

Aku menjawab yakin. Branula jarang memberi masalah kepadaku, alhamdulilah.

Sambil aku cuba memasang branula di lengan kurusnya, kami berbual-bual.

"Adik sekolah lagi ke sekarang?"
"Tak, habis sampai Tingkatan 4 je."
"Oh kenapa tak tunggu sampai habis SPM? Sikit aje lagi."
"Cikgu suruh berhenti. Dia kata kalau saya sekolah pun, buat jatuhkan prestasi sekolah aje, sebab asyik sakit dan tak datang sekolah."
"Awak sekolah kat mana?"
"SMK xxxx. Cuba minta tukar sekolah lain, semuanya tak nak terima saya. SMK yyy ni, pengetuanya tak nak jumpa ayah saya pun. Dia kata tak nak terima pelajar sakit."

"Oh."

"Selama saya sekolah, saya tak pernah ambil periksa. Diorang tak benarkan. Nanti jatuh prestasi sekolah."

"Oh."

"Kawan-kawan saya banyak yang dapat belajar di luar negara..."

Beritahu aku, betulkah guru-guru dan sekolah di Malaysia kejam serupa itu?

Hidupnya mungkin tidak panjang. Perjalanan hidupnya seperti langit kelabu hitam, tapi bukankah dia juga berhak untuk mendapatkan pendidikan? Siapa pula manusia yang berani menghukum gadis ini sebagai insan tak punya masa depan?

"Kakak saya nak derma buah pinggangnya, tapi saya tak nak."
"Kenapa?"
"Entah, kesian kat dia."

Branulanya saya gagal masukkan. Setelah setengah jam saya beralah, lebih lima kali lengannya saya kerjakan... tukar antibiotik tablet saja. Reputasi sedikit tercalar.


*tak mampu dah nangis dalam hati.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


17 comments

22 September 2012 pada 5:14 PTG

Terdiam seketika..

22 September 2012 pada 5:29 PTG

@Iha Zaliza assalammualaikum ..beruntung sebenarnya zaliza
bekerja dan di kelilingi dengan orang sakit membuat diri kita muhasabah selalu.

22 September 2012 pada 5:55 PTG

biar betul sekolah kejam macam tu? kesiannya dia.....

22 September 2012 pada 6:48 PTG

Terdiam baca entri ni.. Apa dah jadi dengan sistem pendidikan negara kita ni? Hmm..

22 September 2012 pada 6:53 PTG

Prestasi lebih penting berbanding memberi pendidikan yang ikhlas kepada pelajar =.="

22 September 2012 pada 9:05 PTG

ada juga sekolah cam nie yng xsanggup trima stdnt atas alasan sakit. apa plak pandangan kementerian pendidikan dalam hal nie. setiap orang ada hak untuk mendapat pendidikan yang sempurna

22 September 2012 pada 9:53 PTG

1001 soalan dan pertanyaan dariku untukmu

true story kew?

22 September 2012 pada 10:02 PTG

adik ni nurse ke?,,kesiannya kt dia,,tk patutla skolah buat camtu,,yg penting kenelah bg pendidikan samarata,,hermm

22 September 2012 pada 11:15 PTG

semua orang berhak mendapat peluang...

:'(

22 September 2012 pada 11:37 PTG

Hurmmm. kejamnya sekolah tu, kesian dia. Mana lah tahu lepas nie dia sembuh nak jugak sekolah kan.

23 September 2012 pada 6:12 PG

mana boleh pelajar dinafikan haknya macam tu..seolah2 macam diskriminasi pulak..takkan dia sorang ambik exam boleh jatuh prestasi sekolah..kemungkinan ada sebab lain tak tahu la..wallahua'lam.

23 September 2012 pada 7:16 PG

Srdih hati baca,, semuga dia tabah. Allah permudahkan segalanya

23 September 2012 pada 3:54 PTG

Eh? Betul ke ada sekolah macam tuhhhh????

Huhuhu~ as a future teacher, saya rasa tertampar. Everyone deserves to be educated. Tak kira dia siapa.

23 September 2012 pada 4:14 PTG

Ya Allah apa hak diorang nak hukum dia smpi mcm tue

23 September 2012 pada 5:30 PTG

@yayahnasake ye..true story

23 September 2012 pada 5:35 PTG

@NoorVictory assalammualaikum ukhty.benar tugas pendidik adalah untuk mendidik bukannya bersifat rasis begitu.amat payah untuk kita menyalahkan pihak yang mana.hati ini terketuk sebenarnya bila mendengar cerita sebegini.tapi ana tahu tak semua guru mahupun pendidik bersifat begini.selain dari umi dan abi ana meletakkan guru-guru ana sebagai manusia yang buatkan ana berjaya hingga sekarang.jasa mereka takkan ana lupa sampai hayat dikandung tanah.

23 September 2012 pada 5:37 PTG

@kiera'sakura wallahualam kiera. tapi baru-baru nie ada baca tak tentang calon upsr yg dihalang untuk ambik ujian.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.