Doa untuk memudahkan kita melupakan kekasih lama.



sumber gugel

"sis! Betul ke kalau seseorang yang menyembunyikan perasaannya kepada orang yang dia suka, kalau dia mati, matinya dikira mati syahid?", pm beliau through my fb dengan bersungguh-sungguh.. (sebab ada tanda seru kat depan sis tu)

Jari-jemari saya terus secara automatik menaip-naip sambil membalas pm beliau ..


sambil online sambil mendengar siaran Perak FM di frekuensi 95.6 bagi kawasan Tronoh. Biasanya tiap-tiap hari pukul 6.30 petang saya layan jer radio Perak FM bagi ceramah agama. Best jugalah kalau layan petang-petang sambil buat esaimen nie..

Tiba-tiba ustaz dalam radio pun mengeluarkan suaranya. Diceritakanlah olehnya mengenai orang yang bercinta semata-mata kerana Allah SWT. Ceritanya seseorang yang mencintai seorang yang lain sehingga dia takut untuk berjumpa, bercakap, bermesra, berpegangan, berberni, berbertu dan bermacam-macam lagi dengan orang tersebut oleh kerana perasaan takutnya kepada Allah SWT, maka jikalau dia mati, syahid dunia untuknya. Sama macam ibu yang mati ketika melahirkan anaklah lebih kurang. Makna kata apabila dia sudah jatuh cinta sama seseorang, tetapi dia takut untuk melahirkan rasa cintanya kerana takutkan perkara maksiat yang mungkin bakal menimpa, pahala syahid dunia untuknya disebabkan matinya dalam bermujahadah memendam rasa itu. Jadi janganlah kata dia loser yer tuan-tuan dan puan-puan.

Maka selesailah ustaz tadi mengulas hadith tersebut. Tiba-tiba ana rasa macam kena pula timed tanya dengan time ustaz ni jawab. Magis betul.

Sebelum ana mengakhiri majlis, ana nak bagi satu ayat untuk buat seseorang lupa seseorang yang dia asyik-asyik teringat. Mungkin pasangan baru bercerai sebagai contoh. Atau mungkin korang asyik-asyik mimpi teringat gua bekas tunang misalnya. So kalau korang rasa-rasa asyik teringat kat gua mereka-mereka itu, korang baca ayat di bawah ini setiap kali teringat kat gua mereka-mereka itu.


وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً

Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu,
tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. (Taha : 115)


P/S: Kalau tak nampak, sila selak quran la der.


****

Tips- carilah gadis yang memakai stokin di kakinya dan di lengannya setiap masa dia berada dengan bukan mahramnya. Zaman sekarang, ramai saja orang yang bertudung, tetapi sedikit dari mereka yang bermujahadah dalam menitik beratkan soal aurat. Bagi yang belum berstokin, masih belum terlambat. Belajar-belajarlah yer.

"Ukhty! Nanti orang mengata-ngata kita sebab kita berubah drastik sangat. ..Macam mana?" soal Kiah. Kiah kiah. Saidina Umar dulu sungguh brutal orangnya sebelum memeluk Islam. Tapi akhirnya menjadi seorang Khalifah. Tak jadi masalah pon... 



ok nak maghrib dah..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

31 Ogos 2012 pada 1:40 PTG

wahhh . entry yangg sangat bergunee . trime kasehh ;))

5 Mac 2013 pada 2:16 PTG

terrrrrrrrbbbbbbbbbaaaaaaaeeeeeekkkkkkk!!!

5 Mac 2013 pada 2:22 PTG

teeeeeeeeeerrrrrrrrrrrbbbbbbbbbbbbaaaaaaaaaaaeeeeeeekkkkkkk!!!!!!!!!!

Tanpa Nama
19 November 2014 pada 4:47 PTG

alhamdulillah..
waah..artikel yang amat menarik dan memberi motivasi kepada saya. in shaa allah :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.