(GAMBAR) Jururawat tersilap buang bayi yang masih hidup.


SEBUAH hospital di Selatan China menggantung empat pegawai perubatannya keranamembuang seorang bayi yang baru dilahirkan secara pra matang yang disalah anggapkan sebagai sudah meninggal dunia.


Bayi malang itu dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik dan kemudiannya ditinggalkan di dalam bilik air hospital.


Selepas beberapa ketika melahirkan, Liu Dongmei berkata dia diberitahu oleh jururawat hospital bahawa bayi lelakinya telah mati semasa dilahirkan.


Bagaimana pun kesilapan itu hanya disedari selepas 30 minit kemudian apabila salah seorang saudara mendapati bahawa bayi lelaki itu masih bergerak-gerak.




Huang Lichuan, pengarah Gynecology dan Obstetrics hospital tersebut mengakui bahawa doktor dan jururawat yang terlibat telah menunjukkan sikap sambil lewa.


"Mereka (4 orang Staff) mesti bertanggung jawab" katanya seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily Jumaat lalu. Nama dan jawatan pekerja yang digantung itu bagaimana pun tidak dinyatakan.


Liu, 23 mengandung 7 bulan sewaktu dia sampai di Nanhai Red Cross Hospital pada 23 Oktober bersama suaminya, Wang Haizhang, 24. Dia dimasukkan ke wad selepas mengalami sakit perut. Tiga hari kemudian, dia diarahkan ke wad bersalin.


"Walaupun suami saya telah memberitahu doktor berulang kali di antara pukul 3 hingga 5 am, bahawa saya sudah hendak bersalin, doktor hanya tiba sewaktu beberapa minit sebelum saya bersalin" kata Liu seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily.


Apa yang berlaku pada waktu itu tidak begitu jelas. Difahamkan bahawa doktor memeriksa keadaan wanita tersebut dan terus berlalu pergi, membiarkan dua orang jururawat menguruskan kelahirannya.


Sebaik sahaja selesai melahirkan, Liu dimaklumkan bahawa bayinya telah meninggal dunia kerana ia tidak menangis. Ia kemudiannya dibungkus di dalam sebuah beg plastik kuning dan dicampakkan di bilik air berhampiran.


Bagaimanapun, adik ipar Liu, Wang Heping tiba kira-kira 30 minit kemudian dan meminta untuk melihat jasad bayi tersebut sebelum menyaksikan beg plastik tersebut bergerak-gerak.


Menyedari kesilapan mereka, kaki tangan hospital dengan segera memindahkan bayi tersebut ke unit rawatan rapi.



"Selepas bersalin, jururawat memberi tahu bahawa bayi saya adalah bayi perempuan, sebaliknya saya sebenarnya telah melahirkan bayi lelaki" kata Liu.


Tambahnya lagi "Beratnya hanya 1.9 kg dengan ketinggian 45 cm sewaktu dilahirkan, namun selepas seminggu dirawat di unit rawatan rapi keadaannya kini bertambah baik."

Sumber: China Daily



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


16 comments

31 Ogos 2012 pada 8:22 PTG

mashaAllah..bayi itu...kesian sungguh..kecuaian pihak perubatan

31 Ogos 2012 pada 8:31 PTG

nauzubillah,, mintak djaohkan.. harap tak berlaku di Malysia~aminn

31 Ogos 2012 pada 8:54 PTG

dasar cuai punya doktor. x payah p China di Malaysia bersepah dotor n jururawat cuai n ada sesetengah kes pihak kementerian kesihatan wat derk x bertanggungjawab...

31 Ogos 2012 pada 9:02 PTG

cuai.cuai.cuai! haish.

31 Ogos 2012 pada 9:02 PTG

cuaiiiiiiiiiiiiiiii

31 Ogos 2012 pada 9:55 PTG

kesiannya baby tu ..

apalah doktor tu, bek tak payah jadi doktor kalau sikap begitu..

31 Ogos 2012 pada 10:06 PTG

ya allahhhh~ mujur sempat..

1 September 2012 pada 12:02 PG

maih..bg baby tu kat saya..:-)

1 September 2012 pada 1:35 PG

kesian tul... mak dia pon da keliru.. mana 1 yg betul anak dia.. alahaii...

1 September 2012 pada 2:47 PG

mmg cuai tahap melampau ni...

1 September 2012 pada 12:07 PTG

masyaAllah...banyaknya kejadian yg berlaku di china kebelakangan ini

1 September 2012 pada 12:52 PTG

nauzubillah... teruknya kesilapan tu..
They say failure is key of success but in this case failure may bring death so siapa yg kerja doktor2 tu haruslah ambil iktibar ^^

1 September 2012 pada 2:30 PTG

nasib baik tersedar..

1 September 2012 pada 6:08 PTG

this is too much dan macam ta patut berlalu. it about nyawa!

12 Januari 2013 pada 2:52 PTG

perbuatan yg sangat biadab
Postingan yang sangat menarik
selamat siang saudaraku, ini kunjungan dari Indonesia, dalam rangka silaturahmi
salam sukses untuk semua saudaraku .....
terima kasih, jangan lupa singgah balik
ditungggu

6 Februari 2013 pada 4:53 PTG

cuai lvl 100...harap M'sia xdop kes gini...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.