Cara-cara nak UP TRAFIK gaya Guwa!




sekadar hiasan


BLog lu Blog Gua.. 

Dewasa ini dalam dunia blog, keperluan mendapatkan trafik tersangatlah penting. Hal ini kerana trafik memainkan peranan penting dalam menentukan hayat sesebuah blog. Blog yang kurang trafiknya tentulah tidak kool. Mungkin di suatu hari nanti pemilik blog yang sedikit trafiknya akan frustmenonggeng lalu berhenti memblog kerana penulisannya tidak mendapat sambutan hangat. Akan tetapi jika penulis blog tersebut menulis untuk kepuasan diri sendiri, apa ada hal? Mereka akan terus tegar memblog kerana mereka memblog untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.

Peranan Trafik

Selain menentukan sesuatu penulisan mendapat sambutan, peranan trafik juga penting dalam menjana pendapatan. Hari ini ramai yang sudah bergelar jutawan melalui pelbagai skim yang ditawarkan seperti Nuffnang, adSense dan banyak lagi. Blog gua tak ada pula semua tu. So gua tak tahu-menahu sangat.


Dalam meraih trafik yang tinggi, pelbagai usaha dan cara telah difikirkan. Dengan ilmu SEO-lah, denganauto blogwalkinglah, dengan iframe backlinklah dan macam-macam lagilah trick dan teknik yang dicipta dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut. Ya! Sebab ada fikir risau trafik, kita berjaya mencipta berbagai cara dan petua bagi mendapatkan trafik yang tinggi.


Boleh kata, trafik nadi kehidupan sesebuah blog. Tanpa trafik, siapalah blog. Yer dok?

Hobi Berkhalwat

Selesai dengan mukadimah yang agak skema. Sekarang gua nak cerita pengalaman gua sepanjangoutstation di merata tempat. Gua ada satu hobi yang gua luangkan di masa lapang mahupun tidak lapang. Hobi tersebut adalah berkhalwat di masjid dan surau. Dengan kata lain, beriktikaf atau melepak. Jadi dah banyak masjid dan surau gua pernah lepak. Macam-macam gua nampak. Ada yang ramai ada yang tak. Ada yang best ada yang tak.

*Mulai sekarang gua gambarkan perkataan ‘masjid’ dan ‘surau’ sebagai ‘masjid’ saja. Malas nak taip panjang-panjang dah.

Belajar SEO

Oh! Selain bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menghidupkan amalan masjid, tujuan gua melepak-lepak di sana adalah bagi mempelajari secara langsung dan tidak langsung dengan orang tempatan tentang selok-belok usaha agama yang dijalankan di sana untuk dibawa pulang dan dipraktikkan di masjid tempat sendiri. Lebih kurang belajar ilmu SEO-lah. Yelah! Mestilah jeleskan tengok masjid orang lain penuh trafik, masjid kita ada dua tiga orang saja. So gua pun kajilah macam mana masjid tersebut boleh dapat ramai trafik. Macam kitalah jeles tengok blog orang lain ramai jemaah, blog kita tak ada jemaah yang melepak baca.

Cara Bina Trafik I

Satu benda yang gua perasan dekat masjid-masjid yang ramai trafik ini adalah kebanyakan ahli trafik mereka datang awal sebelum masuk waktu solat lalu bersolat 2 rakaat tahiyatul masjid seterusnya berdoa dan berzikir sementara menunggu bilal melaungkan azan. Bila azan dilaungkan, makin bertambah lagi trafik yang datang untuk solat berjemaah. So kesimpulan awal yang dapat gua buat, solat tahiyatul masjid ni penting dalam meningkatkan trafik sesebuah masjid. Oh! Ini bukan kajian ilmiah. Ini cuma kajian dari sudut pemerhatian. Tak ada dalil sahih yang mengesahkan.


Jadi, gua pun nak cubalah buat perkara yang sama bila gua balik ke masjid tempat gua. Sambil-sambil tu gua pun kajilah apa kesinambungannya solat tahiyatul masjid dengan trafik sesebuah masjid. Lalu gua beranggapan solat tahiyatul masjid ini adalah bertujuan memuliakan dan menghormati masjid. Memuliakan rumah Allah SWT. So bila sesuatu rumah itu mulia, tentulah ia dapat menarik orang ramai datang ke sana. Bila orang tengok masjid ni, nampak berseri-seri je. Sentiasa hidup dengan amalan. Orang pun seronok nak datang. Selain itu, jika ramai trafik yang datang awal untuk bersolat tahiyatul masjid, tentulah kebarangkalian trafik yang akan datang selepas azan berkumandang masih banyak berbaki. Jadi bukankah masjid tersebut akan penuh jemaah bila solat fardhu didirikan? Lu fikirlah sendiri.

Cara Bina Trafik II

Oh ya! Lepas solat tahiyatul masjid tu cuba berdoa minta kepada Allah SWT supaya memuliakan rumahNya ini. Minta Allah SWT menghidupkan masjid dengan amalan. Minta juga supaya Allah SWT mencampakkan hidayat dan buka hati seluruh orang kampung untuk datang solat berjemaah 5 waktu sehari di masjid ini. Minta lagi supaya Allah SWT buka hati seluruh orang kampung ini untuk mengamalkan agama dengan sempurna dalam kehidupan seharian, dapat taat perintah Allah SWT dan dapat ikut cara Nabi SAW. Minta lagi supaya Allah SWT menyatukan hati orang-orang kampung ini dengan fikir agama dan memadamkan api perselisihan yang berlaku. Minta lagi kepada Allah SWT supaya melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kampung ini dan jauhkan dari mala petaka. Minta lagi dan lagi supaya dibukakan kebaikan sesama kami orang kampung dan ditutupkan keaiban kami. Minta lagi supaya kampung ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang dengan usaha agama. Lepas tu jangan lupa amin. Cubalah! Kalau hari-hari lu orang istiqamah buat benda ni 5 kali sehari dan ajak orang buat benda yang sama, cukup 40 hari tentu berlaku magik di kampung anda dengan izin Allah SWT.

Kata Pepatah

Oh ya! Antara tanda-tanda akhir zaman adalah banyaknya orang masuk masjid tapi sikitnya orang yang mendirikan solat tahiyatul masjid. Yer dok? Kemudian kita ulang kata pepatah di awal tadi, trafik nadi kehidupan sesebuah masjid. Tanpa trafik, siapalah masjid. Oh! Masjid pula nadi kehidupan sesebuah kampung. Kalau nak tengok satu hati orang-orang di kampung tersebut, tengoklah trafiknya bagaimana. Kalau masjid mati, alamatnya kampung tersebut porak-perandalah kerana tak ada pandangan rahmat Allah SWT. Wallahu’alam. Jadi kita semua dah tahu betapa pentingnya peranan trafik kepada sesebuah masjid. Samalah dengan pentingnya trafik kepada hayat blog.

Serius Serius

Oh gua melalutlah pula. Gua bajet nak cerita macam mana nak up trafik blog kan? Jawapannya adalah gua tak tahu apa jawapannya. Manalah gua belajar ilmu SEO semua tu. Blog gua pun tak ada iklan-iklan, Nuffnang ada la. Lagipun blog gua tak ramai orang pun. Follower pun berapa kerat je. Komen pun tak seberapa nak dibanding dengan otai-otai blog lain. Yer dok? Gua tulis untuk diri sendiri je. Orang lain yang baca, dapat manfaat. So kesah apa reader ramai ke tak. Yer dok?

Cara Yang Boleh Dicuba

Oh mungkinlah lu orang boleh praktis tulis blog masa perut kosong. Dengan kata lain waktu berpuasa sunat ke. Sebab perut kosong ni menajamkan fikiran. Syaitan nak ganggu pun payah. Oh mungkin juga boleh tulis waktu pagi-pagi sebab otak pun fresh lagi. Tambah-tambah kalau lepas Subuh tu tak tidur, bapak fresh! Oh mungkin boleh juga try solat sunat 2 rakaat dulu baru tulis blog. Minta dengan Allah SWT supaya bagi ilham dapat tulis baik-baik. Moga Allah SWT pandu kita buat penulisan yang diredhai Allah SWT dan ada manfaat untuk orang lain. Kita buat kerana Allah SWT yer dok? Lepas post, istighfar banyak-banyak.


Oke. Selamat berblog. Gua pun nak cuba try tips di atas sebelum tulis blog. Nak tengok berkesan tak. Akhir kata, apa guna follower blog beratus riban kalau masjid dekat tempat sendiri pun satu saf tak sampai.... papepun rumah gua dekat sangat dgn masjid..

syukur alhamdulillah... 

* mintak perhatian ! cool sangat eyh.guna ganti nama Gua.. lu  nie?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


15 comments

27 Ogos 2012 pada 12:38 PG

terbaik.. hehe. kretif.. ^_^

27 Ogos 2012 pada 12:40 PG

wahhh bgus tips yg penuh penghayatan bukn stakt jelas tntang traffic blog, tapi juga traffik pahala :)

27 Ogos 2012 pada 1:19 PG

wahhh...nice!

27 Ogos 2012 pada 1:47 PG

terbaek la... :)

27 Ogos 2012 pada 2:08 PG

terima kasih atas perkongsian ilmu. best gakk ber"metaphor" untuk bagi orang faham.

27 Ogos 2012 pada 6:09 PG

setuju sgt..nice entry

27 Ogos 2012 pada 8:15 PG

Wah! Setuju, setuju, setujuuuuuu pasal perkaitan up trafik masjid dengan blog. ;)

Up trafik blog nih perlu jugak kan untuk sebarkan dakwah. ;)

p/s: Kata ganti nama gua lu memang la cool sehinggakan saya ingat anda copy paste dari mana-mana sumber. ;P hehehehe

27 Ogos 2012 pada 8:51 PG

tq sharing ^^

27 Ogos 2012 pada 9:23 PG

sempoi..bg kesedaran ckit..ahaha

27 Ogos 2012 pada 9:50 PG

terbaik entry ni..bahasa tu indah sangat..;p

27 Ogos 2012 pada 11:41 PG

dushhh...terkena sebijik..huhu

27 Ogos 2012 pada 12:50 PTG

bgus tips nie..bole try gak nnt..

27 Ogos 2012 pada 12:58 PTG

Nice...hehehe.... susah juga nak tarik trafik ke blog erk..

28 Ogos 2012 pada 6:16 PTG

analogi yang bagus:)

9 Oktober 2013 pada 2:22 PTG

Salam perkenalan dari rakan maya baru :)

Serius Shakira suka baca entry ni, kreatif n penuh penghayatan..walaupun tujuannya nak cerita pasal SEO tapi dah bersambung dengan ilmu ilmiah..orang kata menyelam sambil tu minum air..hehe i like cara berkongsi ilmu ni, dah macam cara berdakwahkan? keep it up :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.