Wanita Perlu Ada Ini



aku wanita..

"Merasa kekurangan menjadikan kita lebih menyantuni manusia. kerana memikirkan mungkin satu hari, ada bantuan yg perlu diminta namun bukanlah ia menjadi tujuan.

aku wanita..

Apatah lagi merasa lemah di hadapan Pencipta. Menjadikan diri lebih banyak meminta. Meminta supaya dikuatkan. Meminta supaya diteguhkan hati. Meminta supaya dipandang sebagai hamba yang Dia Redha. Lalu banyak beramal itu bukan bermakna kita kuat namun supaya dikuatkan kerana diri yg hakikatnya lemah..

aku wanita

Bila buat kerja kerana manusia, silap sikit pasti melenting. Bila letih terus merungut. Ada sahaja yang tak kena di mata dan hati.

ingin jadi solehah

Berlainan bila kerja kerana Allah. Hati tenang hadapi segalanya. Kerana yakin ada ganjaran di sisi Nya sentiasa"~

Ingatlah duhai diri~~ 
---
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik." 

Amin Yarabbal Alamin.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

31 Ogos 2012 pada 1:55 PG

jaja da letak banner awak kat side bar jaja... :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.