Zaman Kepupusan lelaki?




selesai usrah ada member gua ada cakapkan  dengan gua pasal betapa beruntungnya jadi lelaki zaman sekarang. Ayat beliau lebih kurang begini, "Kami kaum lelaki nie patut bersyukur sebab Allah pilih kami duduk kat sini (masjid)."

Gua tanya balik kenapa. Lalu beliau pun menjawab dengan penuh bersemangat waja.

Lelaki akhir zaman ni dah makin pupus. Nak banding dengan nisbah populasi wanita. 


What..

Oke faing!

 Tapi cuba kira balik berapa banyak lelaki yang tinggal lepas tolak lelaki yang bukan Islam. Lepas tu tolak pula lelaki yang dekat penjara. Lepas tu tolak pula lelaki yang tak bekerja. Lepas tu tolak pula yang dah berkahwin. Lepas tu tolak pula lelaki yang merokok. Lepas tu tolak pula lelaki yang tak solat 5 waktu. Lepas tu tolak pula lelaki yang tak datang masjid.

Jadi agak-agak lu berapa kerat saja yang tinggal? Maka peluang dipilih menjadi menantu sepatutnya menjadi lebih cerah...

Nasib Masa Depan..
Bila lepak masjid susah betul nak jumpa budak-budak remaja zaman sekarang. Zaman ni masjid pun dah kurang orang. Penuh dengan orang tua-tua saja. Nanti bila sek-sek oldtaimer ni dah out, siapalah yang nak ganti ya? Nak lead baca Yassin. Nak lead baca tahlil, doa selamat. Nak Marhabban dekat rumah orang kenduri. Siapa nak bagi mandi jenazah? Siapa nak imamkan solat jenazah? Fuhh! Boleh jadi masjid tak ada orang langsung.

Dilindungi Arasy
Jadi pemuda-pemuda di luar sana. Kalau nak senang dipilih menjadi menantu, jadilah golongan minoriti ni. Nanti adalah pakcik-pakcik kat masjid tu berkenan dengan anak muda berhati waja di zaman kerosakan umat, fitnah, fasya' dan mungkar berleluasa ini. Manalah tahu pakcik ini ada simpan anak dia yang tak pernah terdedah pada pandangan umum..(ajnabi) lagi. Kan ! kan ! kan !

Dan antara golongan yang akan mendapat lindungan arasy Allah SWT di padang Mahsyar kelak adalah golongan pemuda yang hatinya terpaut dengan masjid. Dan tempat paling Nabi SAW suka adalah masjid manakala tempat paling baginda benci adalah pasar. Pavilion dan KLCC tu kira macam pasarlah juga. So nak pilih masjid ke pilih KLCC? Lu fikirlah sendiri Der...


okdahdah..... 

... okbai..

assalammualaikum.. :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

29 Ogos 2012 pada 7:30 PTG

masya-Allah... lelaki akhir zaman

29 Ogos 2012 pada 7:57 PTG

hope dapat husband yang hatinya kat Masjid. Amin :D

29 Ogos 2012 pada 8:01 PTG

Betul tu.. Populasi wanita dah lama mengatasi populasi kaum lelaki..

29 Ogos 2012 pada 9:49 PTG

Ambo bercita2 nak jadi lelaki yang baik haaha

29 Ogos 2012 pada 10:07 PTG

dan zaman sekarang berapa banyak dah lelaki yang bertukar jadi 'perempuan'..bertambah kurang la jumlah lelaki..dunia dah hampir dengan kiamat.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.