Gua tanya ..kenapa lu pakai HIJAB?



Dengan izinNya, cuaca malam yang nyaman ini membuatkan gua khusyuk beriadah otak menulis notapengat atau panjangnya 'nota tak adalah pendek sangat' yang seterusnya. Gua takpakan ..? tapi kalau ada yng terbaca entry nie rasa tak sesuai .silalah bagitahu.ya laa..kena warm-up otak siap-siap pasal besok gua nak jumpa teman seusrah gua.. Jadi senanglah sikit input nak masuk singgah kepala otak gua bila otak gua dah berkilat. Tak adalah masuk telinga kiri keluar telinga kanan saja kalau otak gua berkarat.


Selalunya bila dah masuk dalam blog gua.Gua akan layan blog-blog pilihan di kanan laman gua, ramai juga bloggers yang dah upload gambar raya kat entry blog masing-masing. Macam-macam gaya tudungkan.


Jadi para sista yang dimuliakan sekalian, kali ni gua nak tanya kenapa lu pakai hijab atau dalam bahasa penjajahnya, why do you wear the hijab?


Lalu ada seorang sista yang kool dan relaks-relaks aje mengangkat tangan dan menjawab, "Pasal agama wajibkan. Ini perintah Allah SWT. Kita sebagai seorang Islam blablablabla. Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31 blablabla. Blablablabla dan bla..."


Wow! Hebat betul sista ni menjawab. Oke! 10 markah untuk ujian lisan subjek Pendidikan Agama Islam Tingkatan 1. Kemudian gua nak tanya lagi, sebab apa lu sembahyang lima waktu sehari? Lu jawab lagi itu wajib, perintah Allah SWT. Gua tanya lagi, sebab apa lu puasa di bulan Ramadhan? Jawapan sama juga. Gua tanya lagi, sebab apa lu siapkan kerja dekat pejabat? Lu jawab sebab bos suruh. Kalau tak lu tak dapat gaji. Gua tanya lagi, sebab apa lu sidai kain, buang sampah? Lu jawab pula sebab mak suruh. Kalau tak, mak murka kain tak bersidai, sampah penuh di dapur. Tanya lagi dan lagi, dan jawapan tetap sama, ini adalah perintah. Wahh! Tahniah kerana anda seorang makhluk yang taat menurut perintah.


Tapi pernahkah lu terfikir untuk memakai hijab lebih dari sekadar memenuhi tuntutan dan perintah Allah SWT? Faham tak maksud gua? Maksudnya di sini, kalau tak ada perintah wajib pakai hijab, adakah lu akan pakai hijab tersebut? Maksudnya di sini, adakah lu pakai tudung dengan seikhlas hati dan bukannya sekadar menurut perintah? Faham tak? Part ni yang susah betul nak terang. Argh!


Maksudnya di sini lagi, tak kira walau apa pun yang terjadi seperti ribut taufan melanda, gempa bumi menimpa, gunung berapi meletus hatta kereta gua bertukar menjadi kereta Ferrari misalnya, lu akan tetap memakai hijab atau menutup aurat lu seikhlas hati daripada dinikmati oleh lelaki ajnabi atau bukan muhrim kerana lu tahu betapa penting dan besarnya manfaat yang dijanjikan Allah SWT. Yes! Di sini mahu dibuktikan keikhlasan anda. Diulang, KEIKHLASAN.


Contoh serupa untuk bab solat. Adakah lu melakukan solat hanya sekadar memenuhi tuntutan Allah SWT atau lu betul-betul melakukannya kerana ingin mengharapkan keredhaan Allah SWT dan mengharapkan petunjukNya dalam setiap pekerjaan yang dilakukan? Agar lu terhindar dari perbuatan keji dan mungkar? Jawab weh jawab.


"Err, gua tak surelah. Macam mana nak check sis?", bisik seorang little sis .


Macam mana nak check? Mari sama-sama kita try check apa yang kita sedang buat tatkala azan berkumandang. Adakah sedang sibuk melayari blog-blog agama, atau sedang menonton Shin Chan, atau sedang bermain bola jaring, atau sedang mandi, atau lu sudah bersiap sedia untuk menunaikan solat fardhu ? Kalau lu tergolong dalam golongan yang terakhir itu, nescaya lu sudah mencapai nikmat kelazatan bersolat insyaAllah. Lu akan sentiasa ternanti-nanti azan berkumandang di surau-surau atau masjid-masjid lalu segera menunaikan solat. Bukannya masih bertangguh-tangguh menanti orang menyuruh.



Brada sista sekalian! Ini baru lima waktu. Dalam Israk Mikraj, Allah SWT perintah lima puluh waktu untuk dikerjakan. Mujur kita dapat diskaun buat lima waktu saja tapi ganjaran seumpama buat lima puluh waktu. Qhsemnya! Oh My ALLAH! Betapa Maha Pengasihnya Allah SWT dan Nabi SAW kepada kita. Itupun tak mahu bersyukur lagi. Masih lagi liat nak bersolat. Para sahabat RA dulu siap berkata (lebih kurang) kepada Nabi SAW, "Mengapa dulu kau minta diskaun wahai Rasulullah? Kalau solat lima puluh waktu sekalipun kami suka dan sanggup untuk kerjakan." Nah! Sampai begitu sekali kelazatan beribadah yang dirasai para sahabat RA. Kenapa kita tidak dapat mencontohi mereka? Kenapa? Kenapa? Jadi sekarang tanyalah diri sendiri, di tahap manakah kita dalam mengerjakan perintah Allah SWT? Adakah tahap cipan kena langgar lari? Tahap paku kena ketuk tukul? Tahap buruh kasar mogok lapar? Tahap pencinta wanita namun bukan buaya? Atau tahap pendamba kasih Allah SWT?

Hok mana satu tuh?


Okelah. Cara mudah nak check. Lu suka tak solat sunat rawatib tiap-tiap kali lepas solat fardhu? Tak cukup lagi, lu tambah pula solat sunat dhuha pagi-pagi. Malamnya pula lu bangun untuk tengok matchbola jaring. Eh silap. Bangun bersolat tahajud. Lepas tu Isnin dan Khamis lu tak miss puasa sunat. Kalau lu suka buat itu semua, insyaAllah lu dah sampai tahap bukan sekadar perintah.


Jadi sista-sista yang mulia, kita sambung semula bab hijab. Lu tahu pemakaian hijab itu perintah Allah SWT. Siap boleh keluar firman lagi kalau ada orang tanya. Tapi sayang sekali, ramai yang hanya sekadar menurut perintah tanpa mengetahui apa sebenarnya tujuan pemakaian hijab tersebut. Kerana jikalau mereka-mereka ini tahu, tentu mereka-mereka ini tidak akan memakai hijab sebegitu.


Oh sista-sista yang gua sayang kerana ALLAH. Sedar tak setiap inci tubuh lu dari hujung rambut sampai hujung kaki hanyalah untuk suami lu saja? Ya! Suami lu. Segala bentuk hiasan hanya untuk lelaki yang bergelar suami.


Jadi apa motif lu tayang kat semua orang sekarang ni? Tak faham lagi? Apa motif lu pakai tudung tapi belit-belit ketat kat leher? Apa motif lu pakai tudung tapi masih nampak sanggul di dalam? Apa motif lu pakai tudung tapi masih nampak siku lu yang hitam? Dan apa motif lu pakai tudung tapi tujuannya untuk lu tunjuk cantik dekat lelaki bukan mahram? Oh oh! Sadis.


Oke faing! Lu cantik der pasal lu pakai tudung semua elok tutup-tutup. Tapi apa motif lu pakai tudung lilit sana lilit sini kelepet sana kelepet sini tiru serupa retis blabla dan segala? Motifnya tak lain dan tak bukan hanya untuk berhias agar lu nampak cantik dipandang oleh lelaki yang bukan suami lu. Betul tak? Atau lu ada jawapan lain? Tak ada. Waktu lu kelepet tudung lu depan cermin, hati lu asyik berharap semoga ada mamat kacak akan jatuh hati dengan penampilan lu itu. Dan bila gua tengok lu anggun bergaya macam Yuna, Gua akan sedih kot, Ciss! Jadi apa motif lu pakai tudung der? Untuk menjaga aurat atau untuk mengurat?


Sesungguhnya teramatlah mulia bagi seorang gadis muda yang cantik cun-melecun memang daboom tetapi bermujahadah dengan memakai pakaian yang gelap, berhijab labuh dan berniqab sehingga tidak menampakkan langsung bentuk badan dan kecantikan rupa parasnya kerana takutkan bahaya fitnah dan peminat yang ramai yang hanya gilakan kecantikan. Oh oh! Dia bermujahadah kerana tahu betapa bernilainya harga dirinya di sisi Allah SWT dan hanya mahukan suaminya saja yang layak menjadi lelaki yang beruntung memiliki dan menatapi wajahnya. MasyaAllah. Tidak kisah langsung dengan pandangan masyarakat yang cuba mengatakan dia kolot, ingin menutup cela bahawa dia tidak cantik sebenarnya dan sebagainya kerana dia hanya mahu berhias untuk suaminya yang tercinta saja. Dia lebih mahu tatkala di sisi Allah SWT, martabatnya diangkat tinggi. Dia mahukan tempatnya sebagai ketua bidadari untuk suaminya di syurga kelak tidak dirampas oleh bidadari yang lebih cun melecun tahap bidadari.


"Uih! Susah betul nak jadi wanita muslimah zaman ni. Pakai tudung Yuna pun tak boleh. Nak solek-solek pun tak boleh. Nak kena pakai niqab saja memanjang. Lemas woh!", kedengaran suara-suara dari kumpulan perjuangan hak asasi wanita, keluarga dan masyarakat.


Oih! Kalau susah hidup zaman ni, silakan hidup zaman jahiliah saat Islam belum muncul. Gua rasa lu tak sempat nak hidup pun. Dah kena bunuh dan tanam hidup-hidup. Dijadikan bahan lacuran dan terus-terusan dipandang hina. Jadi sekarang lu fikir sejenak lu nak hidup zaman mana?


Dan sekarang lu check Facebook lu. Tengok gambar-gambar dalam album lu. Tanya balik, apa tujuan lu letak gambar-gambar lu dekat situ? Nak suruh orang kenal lu? Tak cukupkah setakat satu dua gambar saja? Atau lu nak laki-laki kacak kat luar sana tengok lu yang cantik itu dan jatuh hati dekat lu? Jadi apa yang harus dilakukan? Lu fikirlah sendiri.


"I love her the way she is. I fell in love with the qualities within, not just the physical person outside."


Jom Amar Ma'ruf Nahi Mungkar di sisi orang tersayang walau pahit nak bagitahu kepada mereka,
dan nak terima teguran pun perit. :/ kan? (ego ni)

tapi ingatlah, di syurga sana, seribu satu kemanisan menanti. :D for those who love Allah, and Rasulullah, lets spread the Islam and for those who love me ♥ tell me, what is the bad thing i have done

give me nasihah, guide me the way cause, our love towards jannah, right?

"..Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus..."

Syukran in advance ^^


notasiku-Jom Baca Quran Geng! Surah Al Kahfi


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

30 Ogos 2012 pada 7:08 PG

gua lu mcm xbrape sesuai sikit dengan ciri seorang muslimah...=)

skdr pndangan pribadi..maaf jika tersinggung...wallahua'lam

30 Ogos 2012 pada 8:51 PG

betul!
gua setuju dgn cakap lu!

30 Ogos 2012 pada 10:13 PG

jom join teka teki sha

30 Ogos 2012 pada 11:45 PG

aku guna tudung sebab aku nak guna. tu je..haha

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.