Siti Musliha, kini berusia 28 tahun



PADA 17 tahun yang lalu, Siti Musliha Mohd. Mustapha telah menawan hati berjuta-juta rakyat Malaysia dengan kebolehannya menyanyi dan menghafal 30 juzuk al-Quran dengan hanya mendengarnya.


Kepetahan budak perempuan itu berbicara dalam program Malaysia Hari Ini di TV3 pada tahun 1994 pula membuatkan orang terlupa seketika betapa dia mempunyai banyak kekurangan pada wajahnya.


Pada masa itu, Siti Musliha baru berusia 11 tahun. Setahun kemudian, dia merakamkan album Siti Musliha, diikuti album kedua pada tahun 1996, Mutiara Hati.


Siti Musliha dilahirkan tidak sempurna. Anak kelahiran Kajang, Selangor itu tidak mempunyai batang hidung manakala salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening.


Untuk membolehkannya menjalani kehidupan yang lebih baik, Siti Musliha, kini berusia 28 tahun, telah menjalani pembedahan wajah sebanyak empat kali di Adelaide, Australia.


Umrah


Pembedahan pertama yang dilakukan kira-kira setahun selepas kelahirannya pada 1983. Pembedahan selama 10 jam itu dibuat dari bahagian kulit kepala berdekatan telinga kiri ke telinga kanan.


Secebis tulang selangka turut diambil untuk membentuk hidungnya. Selain hidung, pembedahan untuk memisahkan jari tangannya juga dilakukan serentak.


Pembedahan kedua berlangsung pada tahun 1988 bagi membetulkan kedudukan mata, mendekatkan jarak mata dan membentuk semula bahagian muka.


Ia disusuli pembedahan membetulkan kedudukan hidung pada tahun 1994 agar dia mudah bernafas. Tulang selangka sebelah kanan Siti Musliha diambil untuk membentuk hidung itu. Pembedahan terakhir pada tahun 1996 juga bertujuan membetulkan kedudukan hidungnya.


Bagi Siti Musliha, pembedahan itu merupakan momen yang menyakitkan. “Saya sudah merasa bagaimana sakitnya menjalani pembedahan plastik. Jika diikutkan saya tidak mahu dibedah lagi.


“Namun, kalau ada insan yang ikhlas mahu membantu menjalani pembedahan, tidak salah untuk saya menerima,” kata Siti Musliha yang sekarang terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya.


Tidak ramai orang yang tahu ke mana menghilangnya Siti Musliha selepas tahun 1997.


Tetapi kata Siti Musliha, dia melalui hari-hari seperti biasa hingga tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.


“Saya penuhi masa di rumah dengan bersolat atau membaca al-Quran. Saya juga menonton program keagamaan di saluran televisyen,” katanya kepada Jurnal.


Sesekali Siti Musliha akan keluar menjamu selera di McDonald’s atau pergi makan aiskrim. Kadangkala dia keluar selepas solat Maghrib bersama keluarga untuk menonton wayang tengah malam.


Bulan lalu, Siti Musliha mengerjakan umrah bersama ibu bapanya di Tanah Suci Mekah. Ibadat itu menuntut pergerakan yang banyak terutamanya semasa melakukan tawaf dan sai.


Namun, Siti Musliha lebih gembira berjalan kaki daripada menggunakan kerusi roda. Katanya, saat tapak kakinya memijak Masjidil Haram, hatinya tidak putus-putus memanjatkan syukur kerana itulah impiannya selama ini.


Dan sekali lagi di hadapan Kaabah, air matanya bercucuran sambil menadah tangan dan berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini.”


Siti Musliha bagaikan dapat merasakan betapa dekat dirinya dengan Tuhan ketika itu.


Pada 2 Julai ini, dia dijangka mengadakan persembahan bersama penyanyi M. Nasir pada majlis Makan Malam Kesatria Seni di Melaka. Persembahan itu adalah penampilan sulung Siti Musliha selepas 14 tahun menghilangkan diri.


Individu yang bertanggungjawab membawa Siti Musliha ke persada seni dahulu, Hatta Sanie daripada MS Production menyifatkan Siti Musliha yang pertama kali ditemuinya pada tahun 1996 sebagai seorang budak yang bijak.


Kucing


“Siti Musliha petah bercakap. Kita tidak dapat jangka apa yang akan dikatakan olehnya,” katanya.


Ketika ditanya ke mana menghilangnya Siti Musliha dalam tempoh yang lama, Hatta berkata, disebabkan tidak lagi merakam album, aktiviti seni Siti Musliha juga terhenti.


Bercerita mengenai zaman kanak-kanak Siti Musliha, Hatta menyifatkannya sebagai seorang budak yang pandai bergurau.


“Saya ingat lagi jika kami ada tugasan luar, dia sering membawa perakam suara dan merakam suara kami ketika kami tidur atau sedang berbual.


“Apabila kami mendengar semula rakaman tersebut, geli hati kami dibuatnya,” kata Hatta.


Tambahnya, jika dia memimpin tangan Siti Musliha menaiki tangga, Hatta akan memberitahunya bilangan anak tangga sebelum menyuruhnya memulakan langkah.


“Dia akan kira semua anak tangga hingga selamat sampai ke atas,” katanya lagi.


Selain itu, menurut Hatta, Siti Musliha seorang yang takutkan kucing kerana bulunya.


“Saya pernah bergurau dengan mengambil barang-barang berbulu seakan-akan bulu kucing dan letakkan pada badannya.


“Dia pasti menjerit kerana terkejut,” kenang Hatta.

SUMBER kosmo





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 comments

2 Julai 2012 pada 7:26 PTG

ingat lg . beliau masuk tv3 kan dulu . dah beso dh .

2 Julai 2012 pada 7:49 PTG

ya allah..lama dh x dgr khabar siti msliha ni sis..tringat sy ms skolah rendah dulu..tonton dia nyanyi kat muzik2...ske dgr suara dia...lirik lagu pn sedih....baru skrg dpt melihatnya balik..alhamdulillah..moga allah memberikanNya umo yg pjg n diberi kesihatan yg semakin baik

2 Julai 2012 pada 8:42 PTG

lama tak dengar khabar siti musliha kann :)

2 Julai 2012 pada 9:03 PTG

masa ain kecik3..dy blakon drama..sedih wooo!

kalau rasa CREATIVE, ARTISTIK, GEORGEOUS, ADORABLE, FASHINABLE,OWESOME clik sini : Konspirasi Blogger Kreative 2012

2 Julai 2012 pada 9:06 PTG

Subhanallah...kecacatan langsung tidak menghalangnya dari meneruskn hidop...

2 Julai 2012 pada 9:27 PTG

lm x dgr khabar berita,smlh umur dgn ibu..:)

2 Julai 2012 pada 9:35 PTG

dah lama xdgr kbr dia, drama lakonan dia dulu mmg btol2 sedih la,,

2 Julai 2012 pada 11:57 PTG

Suka dgr lagu2 dia! ;)

Kita selalu mengeluh dgn masalah2 kita, padahal ada org yg lebih berat ujiannya, kan? Huhuu

3 Julai 2012 pada 12:35 PTG

hope dia2 sihat2 selalu ..

19 November 2012 pada 10:59 PTG

tq pipi merah.....dgn berita ni.... dh lama x dgr pasal ct musliha ni....

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.