Doakanlah mereka bahagia "IRMA & REDZA" hingga ke SYURGA!


[Video] Majlis Pernikahan Dan Pra Perkahwinan Irma Hasmie & Redza Shah

jodoh pertemuan itu semua ketentuan Allah...

Bersangka baik...
bukan sekadar dapat menjaga hubungan
persahabatan dan persaudaraan..

tapi dapat mengelakkan kita, 
dari merasa mulia berbanding orang lain.
memandang setiap orang, dari sudut yang lebih baik dari kita, 
sehingga kita rasa sentiasa ingin memperbaiki diri.

kerana ukuran manusia di sisi ALLAH itu adalah TAQWA ...
........................
Sepanjang minggu ini, perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer memang menjadi topik perbualan hangat. Dan, pasti pengantin lelaki menjadi bahan bualan paling kerap.

Ramai memuji & mengidamkan kisah cinta mereka berdua yang bertemu ketika menunaikan umrah dan tidak kurang yang cuba mengungkit kisah silam Redza Syah.

Peminat hiburan melalui forum Cari mula mendedahkan yang sebenarnya Redza Syah Azmeer pernah berkahwin awal tahun 2012 yang lalu tetapi tidak kekal lama.

punca perkahwinan Redza Syah Azmeer sebelum ini tidak kekal lama tetapi sangat tidak manis untuk di ceritakan di’sini untuk hiburan anda.

Cukuplah katakan jika berkahwin tanpa restu keluarga terbukti mempunyai kesan yang tidak berapa baik. Bekas isteri Redza, bernama F pun sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Tidak salah sebenarnya untuk Irma Hasmie berkahwin dengan seorang duda & membuang ketepi masa silam suami’nya yang kini mungkin sudah benar benar dan ikhlas berubah...


sumber-rotikaya

kdg2 nok sngke baik tu msti pikir hok buruk lu,,aduuh,,,setan2,,, mmg jahat sungguh duk ngasut 



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


8 comments

7 Julai 2012 pada 4:08 PTG

Manusia.. Siapa pun orang itu pasti akan di perkatakan. Cukup lah cuma Allah Yang Maha Mengetahui menilai segalanya. Itu urusan Allah. ;)

Semoga mereka berbahagia, dan semoga Irma dan kita terus istiqomah, tsabat di jalan Allah. ;)

7 Julai 2012 pada 4:29 PTG

Sweetnya gambar tuh.Jelas kelihatan kebahagiaan diorang.Takpe, kita doakan yang baik2, sudah.Yang lain tu urusan Allah.:)

7 Julai 2012 pada 4:29 PTG

@NoorVictoryinsya allah... syukran alal wajib ukhti... :) itu yang sebaik2nya...amin yarabbal alamin..

7 Julai 2012 pada 4:44 PTG

insyaALLAH..semoga mereka dalam rahmat dan lindungan ALLAH :)

7 Julai 2012 pada 5:11 PTG

Semoga jodoh depa berpanjangan... Fikir ja yg baik2 untuk masa akan datang..

7 Julai 2012 pada 5:20 PTG

insyaAllah. semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga. Amin.

7 Julai 2012 pada 5:25 PTG

sangat suka tengok irma dan redza.. sangat padan. semoga mereka sentiasa bahagia :)

7 Julai 2012 pada 5:41 PTG

cantik irma..pasangan yg sama cantik sama pdn..moga kekal hingga ke syurga

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.