Apakah psikologi Abu Lahab?



Sebelum kita menilai orang lain,fikirkan balik...

Adakah syurga tidak menerima orang yang bodoh?
Adakah syurga tidak menerima orang yang miskin?
Adakah syurga tidak menerima orang yang hodoh?

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dalam kalangan kamu"

Taqwa.
...........

Apakah psikologi Abu Lahab?

Kamu rasa kamu lebih kerana kamu keturunan Nabi SAW? Abu Lahab bapa saudara Nabi.

Kamu rasa kamu lebih sebab kamu orang Mekah? Abu Lahab orang Mekah.

Kamu rasa kamu pandai cakap Arab? Abu Lahab fasih berbahasa Arab.

Kamu rasa kamu orang pangkat besar? Abu Lahab sebesar-besar pangkat di sepenting-penting kerajaan dan kota.

Kamu rasa bini kamu hebat berkuasa? Abu Lahab dibakar api Neraka, dan isterinya Ummu Jamil yang membekalkan kayu api penyala Jahannam.

Kamu berarak sambut Maulid? Abu Lahab paling gembira dengan kelahiran Muhammad hingga dimerdekakannya si hamba bernama Thuwaybah.

Segala-gala tentang kamu tidak punya sebarang makna, sehingga kamu lulus syarat tunggal kemuliaan, kamu menerima Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasulullah.

Ya Allah, tundukkanlah nafsuku agar patuh kepada ketentuan-Mu dan keputusan Rasul-Mu 

ala ilaliqa' ma'asalamah

Semoga hari esok cuaca lebih nyaman. takpe,baik rasa susah dari senang,kuat sikit pergantungan dgn Allah...Kalau senang,banyakkan bersyukur~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


8 comments

3 Julai 2012 pada 1:36 PG

ade yang lebih mulia. jangan fikir kita sudah cukup sempurna. atau baik. :) merendah diri yg terbaik. :)

3 Julai 2012 pada 1:37 PG

Alhamdulillah perkongsian yg bagus. thanks awak.

3 Julai 2012 pada 3:49 PG

Bagus entri ni.. Terima kasih sudi berkongsi.. =)

3 Julai 2012 pada 9:31 PG

nice sharing!! :) thank u ^^

3 Julai 2012 pada 11:35 PG

a very nice entry.. tks for sharing

3 Julai 2012 pada 7:42 PTG

info y menarik sis..

3 Julai 2012 pada 9:54 PTG

betoll tu . post yangg amat bergune :)

Tanpa Nama
6 September 2012 pada 5:45 PTG

Camna nak taubat nie solat pun aku dah malas nak buat..dah lah aku hodoh bodoh plak tu...sedih aku kawan2..kalau aku masuk habislah dunia tak bahagia akhirat pun sama..aku nak masuk syurga tolonglah aku ALLAH..kasihankan aku...aku pun hamba kau juga..kalau kau tak tolong kat sape lagi aku nak mintak tolong..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.