Mungkin dia mati dalam iman, kita mati .......



ehem..ehem... sakit tekakla... sakit dada sket.. dok batuk je dari semalam.. perit betul...
hidung pulak tersumbat.. astaghfirullahal azim..
takpe.. inshaAllah. ujian sakit ni jadi kafarah dan mehnah ujian untuk menghapuskan dosa-dosa ana.. 
malas rasanya untuk membuka buku yang telah ana tutup...
namun helaian bukunya masih belum berakhir..
.Buku Umar Abdul Aziz dan Al-Fateh yang ana pinjam pada seseorang telah dikembalikan..
Alhamdulillah...
Umar Abdul Aziz ni hebat orangnya...sewaktu jadi gabenor, pakaiannya mewah, memakai wangian, ada unta (kenderaan) yang hebat. Tetapi selepas dilantik menjadi khalifah, kehidupannya berubah (barangkali 180 darjah), dia menjadi zuhud, tidak ada pengawal dan unta yang hebat dan pakaiannya bertampal-tampal. Teringat dulu masa kat sekolah, cikgu lantik budak jahat untuk jadi pengawas sebab nak suruh budak tu jadi baik. Apabila dilantik jadi pengawas, memang betul budak tu jadi baik (berubah 180 darjah). Habis strategi, operasi dan lokasi budak-budak jahat dibongkarkan kepada kami. Dia rasa termotivasi untuk buat baik sebab memegang amanah. Tapi lantik jadi pengawas je, jangan lantik jadi ketua pengawas. Bahaya woi ! Strategi dalam dakwah tu perlu kreatif. Jangan jumud. Yang penting, selagi belum mati jangan sangka buruk kepada orang jahat. Mungkin dia mati dalam iman, kita mati ....... 

Hidup ini bukanlah pilihan, tetapi kewajipan membuat pilihan. Natijah syurga dan neraka ditentukan oleh dosa dan pahala kita di dunia ini. 

Bahagia tidak akan singgah pada hati yang tidak bersyukur dan tidak bersabar. 
dan
Bersangka buruk tidak akan menjadikan kita bahagia. 

Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. [Hud 11:117] 

Salahuddin al Ayubi membebaskan Palestin kerana mahu menyelamatkan kaum Muslimin dari penindasan dan menegakkan kalimah Allah. Begitu juga dengan Sultan Muhamad al Fateh yang membebaskan Constantinople dari cengkaman orang Kristian yang zalim. Zaman sekarang ada pihak yang mahu Islam berkuasa bukan kerana menegakkan kalimah Allah atau membebaskan manusia dari penindasan dan kezaliman tetapi kerana mahu menyebarkan ketuanan bangsa, mendaulatkan raja-raja, memonopoli ekonomi demi kroni, meluaskan pengaruh dan memperbodohkan manusia. Awal-awal lagi niat dah tak betul...

Di akhirat nanti Allah akan melakukan qisas (membalas setiap perbuatan) terhadap hamba-hambanya hatta kezaliman yang dilakukan oleh kambing bertanduk kepada kambing tidak bertanduk. Betapa adilnya Allah pada Hari Pembalasan.

Amin Yarabbal alamin..




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


7 comments

4 Julai 2012 pada 2:25 PTG

setuju!

4 Julai 2012 pada 3:00 PTG

betul tu. bersangka baik akan buatkan kita bahagia.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

4 Julai 2012 pada 3:13 PTG

nice share.
jaga kesihatan ye.makan ubat!

4 Julai 2012 pada 3:54 PTG

bila kita dah mula di beri amanah maka dgn sendirnya kita rasa teramanah... yg penting kena selarikan niat dgn iman kan..

jge kesihatan ye

4 Julai 2012 pada 3:54 PTG

@ain farahin makacih A.F :)

4 Julai 2012 pada 4:33 PTG

betul tu lebih baik berdiam dari berbicara perkara yg sia sia kannnnn ;)

4 Julai 2012 pada 5:20 PTG

bersyukurlah kerana sakit..sebab sakit itu bukan selalu datang dan itu tandanya Dia juga sedang menguji kita.. :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.