Dalam syurga nanti ada satu bidadari nama Ainul Mardhiah.



apa itu bidadari? saya pun tak tahu nak describe macam mana. just imagine bidadari ini macam perempuan yang super duper cantik. Tambah-tambah kalau bidadari syurga yang mana bila seseorang itu tengok, tentu dia melopong mulut ternganga untuk satu tempoh yang lama. Kadang-kadang sampai orang boleh pengsan tengok betapa cantiknya bidadari gua cakap lu... kih3..

Dalam syurga nanti ada satu bidadari nama Ainul Mardhiah yang akan menemani pemuda yang syahid di medan jihad. Dia punya cantik tak payah cakap. Gerenti habis. Memang menjadi idaman seluruh alam. Idaman setiap pemuda-pemuda yang single-mingle .

Isteri Ketua Bidadari

Itu bab pemuda yang single-mingle. Macam mana pula dengan lelaki yang dah berkahwin dan berumah tangga ? Untuk lelaki-lelaki yang dah berkahwin, nanti dalam syurga mereka akan naik taraf jadi ketua bidadari. Bayangkan bidadari pun dah cukup cantik. Ini pula isteri naik taraf jadi ketua bidadari yang sepuluh kali ganda lagi cantik dari bidadari syurga. Pehh! ohsem beb. Itupun dengan syarat suami isteri masuk syurgalah. Kalau masuk neraka, lu fikirlah sendiri.

Macam mana suami isteri dua-dua dapat masuk syurga? Untuk perkara ini kita sudah ada benchmarkuntuk kita semak adakah sudah mampu kita dapat masuk syurga dengan pasangan kita. Benchmark yang paling ulung dan agung yang kita tak boleh pertikaikan sampai bila-bila. Siapa pasangan-pasangan bertuah kali ini?


Nabi Muhammad SAW & Khadijah Rha - dua-dua masuk syurga
Nabi Nuh AS & isterinya - suami masuk syurga, isteri masuk neraka
Firaun & Asiah - suami masuk neraka, isteri masuk syurga
Abu Jahal & isterinya - dua-dua masuk neraka

Pasangan pertama dapat masuk syurga dua-dua. Kenapa? 

Sebab si laki buat dakwah, si bini pula teguh di belakang menjadi assistant setia buat si suami dalam apa jua keadaan sekalipun. Lepas Nabi SAW dapat wahyu di Gua Hiraq, peranan Khadijah Rha sangat penting. Beliaulah yang menjadi penenang Nabi SAW ketika Baginda tak keruan terkejut dengan peristiwa di Gua Hiraq. Selepas Nabi SAW ditabalkan menjadi Rasul, peranan Khadijah Rha bertambah penting dalam membantu usaha agama. Daripada seorang jutawan ulung akhirnya Khadijah Rha wafat sehelai sepinggang. Sampaikan di saat nak mati dia bertanya kepada Rasulullah SAW, jika tulang-tulangnya dapat digunakan untuk membantu agama Allah SWT, dia sanggup untuk mewakafkannya..isteri yang sanggup bekorban apa saja untuk agama. Membantu suaminya dalam apa jua keadaan. Daripada jutawan menjadi sehelai sepinggang. Maka layaklah dia menjadi ketua bidadari.

Laki Syurga, Bini Neraka
Pasangan kedua, suami saja masuk syurga. Kenapa? Sebab si suami buat dakwah, si isteri sendiri menentang usaha suaminya. isterinya ingkar dan kufur kepada Allah SWT. sister & brade! Sedangkan isteri nabi pun tak dapat masuk syurga, inikan kita bini orang biasa-biasa. Bila si suami nak buat usaha dakwah, si isteri halang. Suami nak keluar di jalan Allah SWT, si isteri tak bagi. Dah halang satu hal. Menyusahkan lagi si suami itupun satu hal. Maka endingnya, si suami sajalah dapat masuk syurga tinggalkan anak isterinya.

Laki Neraka, isteri  Syurga
Pasangan ketiga, isteri saja masuk syurga. Kenapa? Sebab si isteri beriman kepada Allah SWT sedangkan suaminya ingkar dan kufur kepada Allah SWT. Si suami tak nak taat perintah Allah SWT. Orang suruh solat kat masjid, tak nak pi. Orang suruh solat di rumah, malas. Suruh puasa, macam-macam alasan. Maka kalau si isteri saja beriman kepada Allah SWT manakala si lelaki kufur dan ingkar perintah Allah SWT, isteri sorang sajalah masuk syurga.

Laki Bini Neraka
Pasangan keempat, laki bini masuk neraka. Kenapa? 
Tak payah cerita. Semua orang pun tahu. Dua-dua ingkar dan kufur perintah Allah SWT. Mereka tahu Allah SWT itu benar. Mereka tahu Islam itu benar. Tapi sebab kedudukan, pangkat, harta, takhta, mereka kufur dengan Allah SWT. Mereka sanggup kehilangan syurga Allah SWT lebih daripada sanggup kehilangan nikmat dunia yang sementara. Malah mereka ini menentang kuat usaha dakwah Nabi SAW. Bila orang datang berdakwah, disekatnya dengan macam-macam halangan. Bila orang datang masjid, dilemparnya beg-beg keluar masjid. Bila orang datang berdakwah ke rumah, ditutupnya pintu rapat-rapat. Tak cukup dengan itu, caci-maki, kutuk hina menjadi zikir di hati. Oh oh My ALLAH! Na'uzubillah.

Peranan isteri
So, pilihlah pasangan mana untuk korang jadikan role model untuk kehidupan di akhirat sana. Ingat, jika hari ini kita seorang alim, belum tentu bini kita dapat masuk syurga dengan kita. Jadi kepada para isteri dan going to be,  korang juga kena main peranan sendiri untuk masuk syurga. Bukannya mengharap kepada suami. korang pun kena bantu suami buat usaha agama. Inilah pentingnya peranan wanita di dalam rumah. Bila si suami berjihad di luar rumah, si isteri turut berjihad di dalam rumah. Mengajar anak-anak menjadi anak soleh-solehah yang dapat mendoakan kedua ibu bapanya. Menyediakan layanan first class untuk suaminya bila pulang ke rumah. Menghidupkan rumah dengan suasana agama bila suami tiada.

Tapi kalau si isteri dah sibuk bekerja di luar rumah mengharap kat orang gaji saja, silap hari bulan orang gaji pula yang jadi ketua bidadari syurga untuk suaminya. Hoihh! Betapa ruginya si isteri yang ada orang gaji di rumah kerana tak dapat kaut pahala banyak-banyak. Kalau isteri layan suami tolong urut, tolong bancuh kopi, tolong basuh baju kat suami, pahala berketul-ketul emas dah dia dapat. Tapi kalau orang gaji yang buat, dapat putih mata sajalah. 

Jadi sekarang, pilihlah korang nak jadi isteri yang kayaknya gi mana deh? 

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih ( 3X )


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


6 comments

31 Ogos 2012 pada 3:07 PTG

tq!
dapat ilmu baru today!

31 Ogos 2012 pada 3:26 PTG

Nice entry Lynn..Akak berdoa sangat pada Allah semoga akak dan my hubby dapat jd mcm couple yg pertama tu..doakan kami ye dik..

31 Ogos 2012 pada 3:47 PTG

@Si Matatajam insya allah sis! :) moga segalanya dipermudahkan Allah.. yang penting..jangan penat untuk terus berdoa.. :)

Allahuakbar!

31 Ogos 2012 pada 4:55 PTG

tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kerana saya bukan perempuan :D

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah dapat ilmu dari sini. Terima kasih, :)

1 September 2012 pada 8:32 PTG

seyes iman suke sgt cter ainul mardhiah nh sampai terpesona baca..if jumpe subahanallah xtau la nk ckp

Tanpa Nama
15 Ogos 2014 pada 11:42 PTG

Saat aq ingankanlah aq bahawa akan ade sebuah akhir sehingga aq tetap bersama yg tk pernah berakhir···

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.