sweetnye!
lagi sweet!
cuma keadaan pakaian orang malaysia ni kadang yang menyebabkan 'telekung seperti perlu dipakai ketika solat'...
org malaysia yg suke bertelekung slalunye..
slama belajar kat sana , yg sy nmpk muslimah solat dgn pakaian yg mereka pakai ketika tu..asalkan tutup aurat.
mula2 rasa susah gak sbb tk biasa...lama2 ok la. lg2 masa musim salji, kalau bole nak solat dgn baju sejuk n selimut2 skali. :sedihnya:~
Orang Malaysia ni pelik sikit. Kalau kita solat dengan pakaian yang kita pakai tu...
diorang duk perhati jer..sampai la kita habis solat. Mungkin pelik kot..
Almaklum..orang lain pakai telekung..
ye dak?
Apabila pakaian yang ada tidak menepati syarat.
contohnya bila berpakaian, ada Muslimah yang berpakaian jarang, menampakkan bentuk dan warna kuit walaupun zahirnya berpakaian...bentuk, warna kulit adalah aurat dan Rasullullah menyebut 2x tentang bagaimana golongan yang berpakaian begini dilaknat...masyaAllah...
Wanita yang berpakaian sebegini disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai wanita berpakaian tetapi berbogel. Mereka bukan sahaja dilaknat oleh Allah s.w.t. tetapi juga tidak berpeluang untuk mencium bau syurga.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
“Akan terdapat pada akhir-akhir umatku (kaum wanita) yang berpakaian menutup badan dan telanjang (yang berpakaian nipis atau membayangkan kulit badan/bentuknya), atas kepala mereka, laknatilah mereka sesungguhnya mereka golongan yang terlaknat.
kedua, apabila baju yang dipakai ketat...aduhai....contonya jean berpotongan kaki, kebaya, atau baju2 len yang mengikut bentuk badan...adakah ni dikira menutup aurat...?
menutup aurat bukan bersifat zahir sahaja...berbaju, bertudung, berstoking di kira menutup aurat?...tak semestinya...
ada stokin yang sangtlah jarang...(bagi saya ini adalah propaganda yang mengelirukan umat Islam, kononnya kita dah menutup aurat tapi sebenarnya tidak....'
Usamah Bin Zaid menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Kalbi dan Rasulullah menghadiahkan pula kain tersebut kepada beliau (Usamah) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain tersebut kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah bertanya Usamah, “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab, “Aku telah berikannya kepada isteriku.” Lalu Rasulullah berkata kepada Usamah : “Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain tersebut tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu).”
mengenai tudung pula, terutama pengguna tudung bawal (NO 1, no 2) , tudung 2 jarang, nampak leher kamu bila dilihat secara dekat (kadang2 dari jauh pun nampak)....dan tudungnya tidak labuh hingga melepasi dada...siap pusing naik ke atas kepala lagi, kadang2...bila bawa bersolat...dikira menutup aurat kah?
menutup aurat besar aspeknya...secara zahir menutup tak semstinya benar2 tertutup...check bentuk, warna dan zahirnya, nampak atau tidak...bila semua dah tertutup,tak nampak bentuk,warna kulit dan segala yang disebutkan barulah dikira menutup aurat...
telekung mengkin sebagai tambahan...jika kita nak play safe...manalah tahu aurat kita akan terbuka nanti bila bersolat, atau pakaian (kain baju kurung) terkena sesuatu yang kita was2 sama2 najis atau tak...eloklah dipakai...
jika kita yakin pakaian kita memenuhi syarat menutup aurat menurut Islam...silakan solat tanpa telekung...boleh tu...
Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis.Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.
wudhuk dengan muka bermekap
Solat ngan muka bermekap tak salah... tapi kena ambil wudhu' dulu baru bermekap then solat. oke, yang tu ditanggung beres.
Tapi sekarang cerita pasal muka bermekap, pastu selamba badak air amik wudhu' tanpa mencuci mekap tu terlebih dahulu. kesilapan besar yang mungkin kita terlepas pandang. mungkin juga pandang sebelah mata... berat lagi kalau memang sengaja tak nak pandang...
0OOOooohhhh... kesilapan besar di situ!
Cam contoh, lipstick tu diperbuat daripada kelapa sawit, kalis air dan sah2 tak sampai air ke kulit. pastu nak kasik effect muka tulus mulus, foundation sampai setengah inci. dah sah2 air tak sampai ke kulit. begitu juga dengan maskara dan eyeliner .
Bila air tak sampai ke kulit = wudhu' tak sah >>>
bila wudhu' tak sah = SOLAT pun TAK SAH!!!
Masyaallah...
Semoga ada pencerahan untuk kita...
Dari tidak tahu kepada tahu...
entry saya yang lepas.. klik sini tak bawa telekung? itu bukan alasan klik sini solat tapi berkasut?
10 comments
BANYAKNYA INFO DAPAT DEKAT ENTRY NIE .
Syukran . Alhamdulillah :D
info yang menarik,,tapi nak baca full..bukan penat nak baca, takut penat nak komen.hehehe
#kaki komen kan :)
Thanks 4 da info..bru dapat penjelasan sebenar tentang make-up tu..untuk make-up tu saya faham cuma bila amik wudhuk then kita make-up sah ke kalau tambah2 barang make-up tu kita tak tahu halal ke tak unless dah sah2 macam safi balqis ataupun shurah ka diaorg de label halal kat situ kan..boleh ke??
maaf panjang bebenar tnyer..
dah kawen kau don , hi3..
dulu ngaji sekali ngn gua.. :D
good info..n nice sharing cik lin..=)
thanks2..info nie berguna sgt tok wanita :)
nice entry, sweetnya ustaz don..
thanks 4 da sharing :)
good sharing :)
alhamdulillah bertambah ilmu raihan setelah membaca entry nie.. :)
Jon beli telekung travel. Senang dibawa kemana shj.tiada alasan utk tidak solat lagi.order di facebook telekung travel sharzlin atau email sharzlin83@yahoo.com. Murah rm20 shj