Tak Bawak Telekung Itu Bukan Alasan.




saya tak bawa telekung? itu bukan alasan..

masih ramai yg tak faham tentang konsep tutup aurat semasa solat sama juga dgn tutup aurat ketika d luar solat...

Kfain...
Apa yg sebenarnya dipakai oleh seorang wanita untuk solatnya, itulah gambaran pakaiannya semasa di luar solat..

mudahkan...
*tak semestinya telekung, diulangi tak semestinya telekung.. oke!

Islam itu tetap dan fleksibel. Tetap pada prinsip namun fleksibel pada pelaksanaan.


Eh, kalau macam tu mudahlah ye ustazah?

Meme laa!! :)


Aurat wanita di luar solat sama seperti aurat wanita di dalam solat. Apa yg perlu ditutup dengan rapi ketika dalam solat, begitulah juga di luar solat..

syarat sah solat ialah pakaian tersebut hendaklah bebas dari sebarang najis. Kotor tidak bermaksud ianya bernajis. Jadinya disini, seorang yang dalam keadaan berpeluh sesudah bersukan boleh menunaikan solat tanpa menukar pakaiannya.


Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.

Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut Jumhur Ulama yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, “Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.Ini juga bukan kempen menghapuskan pakaian yang indah ketika solat. Namun ini adalah kempen untuk memudahkan solat kepada setiap manusia.



"Kalau asyik solat je, bila masa nak bekerja?" Ujar si fulan yang jahil agama.

Realitinya, ramai yang bekerja sampai tiada masa untuk solat!! ..


Islam itu mudah. Ianya sesuai dalam kehidupan seharian umat. Allah lebih mengetahui perihal keadaan hamba-hambaNya. Islam tidak hanya meraikan kelompok manusia yang sentiasa berada dalam kelapangan. Ia juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian. Sembahyanglah anda walau di mana anda berada.


Kbai..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

3 April 2012 pada 10:34 PG

betul tue Lin.. xde telekung bkn alasan tak blh menunaikan solat... jgn cipta alasan yg bukan sbb islam tue mudah kan..

semua org punya waktu 24 jam yg sama... nak tunaikan solat yg x smpi 10 minit pun tak kan berkira.. :)

3 April 2012 pada 12:25 PTG

teringat pesanan beliau, bagi wanita, jika pakainannya tidak membolehkan dia menunaikan solat. Maka belum sempurna penutupan auratnya.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.