Salam Jumm'ah, hari penuh barakah!
Salamun'alaikum,
Semoga antunna sama-sama berusaha menjadi lebih baik dr semalam,
Be a good muslimah...
Salam sayang dari ana...
Katanya memasak itu susah;
perlu memotong bawang, membasuh ayam, membilas beras, menumis & lain-lain. Ada yang lebih payah daripada itu walaupun hanya memerlukan secupak air untuk berwudhu' iaitu sembahyang 5 waktu...
*terkesan..
untuk abi dan ummi serta adik2...
kamu..
kamulah... jemput sekali..
rasa kek ni..
:')
Ini Bahan-bahannya
250 gram mentega
200 gram gula kastor
300 gram tepung naik sendiri
4 biji telur Gred A
4 sudu besar serbuk Milo
4 sudu besar Oat(dikisar halus)
1 sudu teh esen vanilla
*********
Cara membuatnya
Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang
Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
Masukkan esen vanilla,kemudian tepung sedikit demi sedikit.Pukul lagi hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Satu adunan dimasukkan serbuk Milo dan pukul sedikit hingga sebati
Satu lagi adunan dipukul dengan oat yang telah dikisar halus
Loyang digris sekeliling dan lapik baking paper
Tuang adunan secara berselang-seli atau mengikut kreativiti masing2
Bakar pada suhu 180'c,
api atas bawah,selama 40 minit atau sehingga masak
(bergantung pd kapasiti oven masing2) okeng!
selamat mencuba..
*psstt..untuk bakal mak/ayah mertua pun voley
sebab ada oat n tak manis sangat..
okebai
tudiaaa!
2 comments
Mm... Cam best jer pas ni kena try ni.
sis M.. buatkanlah untuk si kecil tu.. apa khabar si comel sis M...? klu nak gantikan oat tu dgn nestum lg budak2 suka.. :) try lah..nak apdated kat belog sis M yep.. kbai