Ada yg murtad kerana tidak faham ttg islam.
Ada yg murtad kerana melihat sahabat2 mereka hanya islam pada nama... tapi melakukan perkara2 yg dibenci Allah. Dan mereka mencari jawapan hingga terkeluar dari landasan...
Ada yang murtad kerana mereka tiada sokongan...
Maka... teguhkanlah imanmu...dan pertahankanlah...
Masya allah....iman itu adalah asas atau tembok dan kekukuhanya adalah amat pnting..Jika datang ribut atau taufan yang malanda ianya tidak mudah tercabut.Jadi dengan itu selalulah mcenari punca penyakit2 yang boleh merosakknnya.Selalu lah merawat punca2 kerosakan itu..Dan selalulah mbajainya dengan sentiasa brzikir dgn asma2 yg baik...
Maka teguhkanlah iman itu dgn amalan hati sentiasa Allah.Allah.Allah...
Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam, yang telah melengkapkan agama kepada kita dan menyempurnakan nikmatNya kepada kita. KepadaNya sahaja pujian yang banyak dan kepadaNya juga ucapan syukur di waktu pagi dan petang. Selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya serta orang yang menyeru dengan dakwahnya sehingga hati Kiamat. Selepasnya;
Kenapakah saya seorang muslim?
Kenapakah saya tidak menjadi bukan muslim?
Kenapakah saya memilih Islam?
Kenapakah saya mendahulukan Islam berbanding agama lain?
Jawapan: Ya..saya seorang muslim kerana saya menganggap Islam adalah agama yang benar. Justeru saya berpendapat antara kewajipan saya ialah menyakininya dan saya menyeru manusia kepadanya kerana 10 sebab berikut:
Sebab 1
Islam adalah agama para nabi dan rasul dan bukan agama nabi Muhammad saw sahaja. Oleh itu ketika saya beriman dengan Islam, saya juga beriman dengan Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa bahkan seluruh para nabi keseluruhannya. Firman Allah:
“Dia Telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang Telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang Telah kami wahyukan kepadamu dan apa yang Telah kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)”. (As-Syura: 13)
Tentang nabi Ibrahim a.s kita menggelarnya golongan muslimin terdahulu dan nabi Yaakub as telah bertanya anak-anaknya:
“Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia Berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan yang Maha Esa dan kami Hanya tunduk patuh kepada-Nya". (Al-Baqarah: 133)
Yusuf as yang telah berkata:
“Ya Tuhanku, Sesungguhnya Engkau Telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan Telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah Aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah Aku dengan orang-orang yang saleh”. (Yusuf: 101)
Isa as pernah memanggil penolong dan pembantunya yang setia (Hawariyyin):
“Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani lsrail) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri”. (Ali-Imran: 52)
Ketika saya beriman dengan Islam saya juga beriman dengan Musa, beriman dengan Isa, beriman dengan Ibrahim, beriman dengan Nuh dan beriman dengan semua nabi dan rasul. Justeru saya seorang muslim kerana saya mengikuti rantaian yang mulia ini yang merupakan satu-satunya yang membawa ke arah kebaikan di atas muka bumi ini.
Sebab 2
Saya seorang muslim kerana Muhammad saw datang kepada kita dengan akidah dan pegangan yang sahih dan mudah, diterima akal fikiran, diperakui oleh logic dan selari dengan fitrah yang sebenar. Tiada kecelaruan tentangnya. Saya tidak perlu bertanya tentang maknanya, kerana begitu jelas dan terang. Akidah yang terbina di atas asas keimanan kepada Tuhan yang satu. Dialah yang menciptakan dan mentadbir. Justeru Dialah Tuhan yang satu. KepadaNya manusia beribadah dan meletakkan ketundukan. Ini bermakna manusia tidak perlu memasuki pertentangan pemikiran dan kejiwaan yang sukar difahami. Adakah Tuhan satu atau lebih dari satu? Bagaimana dia boleh menjadi lebih dari satu? Apakah yang dilakukan oleh tuhan yang banyak itu dalam memimpin dunia? Siapakah yang menjadikan semua ini? Dialah Tuhan yang satu..isu yang jelas. Firman Allah:
“Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu Telah rusak binasa”. (Al-Anbiya’: 22)
Tuhan tidak mungkin serupa dengan saya dan serupa dengan kamu, melahirkan dan dilahirkan, bahkan Tuhan yang satu tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Tidak ada satupun yang sama denganNya…
Tuhan yang mempunyai kedudukan teratas mengatasi makhluknya, tertinggi mengatasi hamba-hambaNya. Di tanganNya semua perkara dan tidak mungkin manusia mampu menyainginya..
Tuhan yang di sisiNya keadilan yang mutlak, tidak memihak kepada mana-mana bangsa..Inilah akidah Islam, akidah yang tidak membezakan bangsa dan warna kulit. Akidah yang menjadikan sesorang itu perlu menanggung dosa orang lain..Akidah yang mudah dan jelas yang selari dengan fitrah seperti yang telah diciptakan kepada saya, bahkan selari dengan alam yang dijadikan. Firman Allah:
“(tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut fitrah itu”. (Ar-Rum: 30)
Akidah ini adalah sama dengan akidah para nabi jika tidak kerana berlaku penyelewengan ke atas risalah terdahulu yang dilakukan oleh pengikut-pengikutnya..Firman Allah:
“Dan kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan aku, Maka sembahlah olehmu sekalian akan aku". (Al-Anbiya’: 25)
Tauhid ialah akidah dan pegangan yang begitu jelas untuk difahami.
Allah swt telah bertanya kita, padahal Dia telah menyeru kita kepada akidah ini yang diterima akal fikiran: Siapakah yang menciptakan langit?

Siapakah yang menciptakan bumi?
Siapakah yang mengalirkan sungai?
Siapakah yang melakukan itu dan ini?
Kemudian Allah bertanya:
“Adakah ada Tuhan selain Allah?” yang mengajak akal untuk berfikir..adakah anda melihat selepas pengurusan yang teratur ini, ciptaan yang tersusun ini dan kehidupan yang dilalui di alam ini dengan satu peraturan, adakah anda lihat ada Tuhan lain dari Allah?
Tidak mungkin wujud berbilang tuhan..akal manusia tidak dapat menerima kata-kata ini. Tidak mungkin akal berkata melainkan Tuhanku ialah Allah, dan berkata tiada Tuhan sebenarnya melainkan Allah biarpun orang-orang yang engkar tetap mengengkarinya dan biarpun pelbagai usaha dilakukan untuk memesongkannya.
Sebab 3
Saya seorang muslim kerana agama ini yang dibawa oleh nabi Muhammad saw datang untuk melaksanakan kemuliaan manusia..Datang untuk melaksanakan suatu kebebasan untuk saya di dunia ini, kemuliaan saya di muka bumi ini. Islam datang untuk memerangi segala bentuk permusuhan, memerangi segala bentuk penindasan agama, akal atau masyarakat, memerangi segala bentuk kekejaman yang berlaku dalam masyarakat..Islam datang seolah-olah berkata, seperti firman Allah:
“Dan Sesungguhnya Telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang Sempurna atas kebanyakan makhluk yang Telah kami ciptakan”. (Al-Isra’: 70)
Islam datang sambil menyatakan: “Setiap kamu dari Adam. Adam itu berasal dari tanah. Oleh itu tiada beza antara yang putih dan hitam. Tiada beza antara Arab dan bukan Arab. Tiada beza antara Quraisy dan Habsyi. Ini adalah perkara yang diterima oleh akal yang sihat dan diterima oleh fitrah yang sebenar..kerana kita semua telah keluar dari takungan yang satu bahkan manusia ini semuanya berketurunan dari Adam dan Hawa. Justeru apakah beza antara satu bangsa ke atas bangsa yang lain? Apakah beza satu puak ke atas puak yang lain? Islam datang menyatakan tiada bezanya..bahkan manusia semua sama sahaja. Manusia berhak mendapat semua kebebasan dan berhak mendapat kemuliaan yang sepenuhnya. Lihatlah ketika manusia memperhambakan sebahagian manusia yang lain dan undang-undang perhambaan begitu berleluasa di alam ini suatu masa dahulu, Islam datang sambil berkata: Walaupun hamba ini yang anda beli, dia tetap saudara kamu..Benar, kamu membelinya dengan harta kamu dan dia memberi khidmat kepadamu, tetapi dia tetap saudaramu. Dia anak Adam dan anda pun anak Adam . Oleh itu kamu tidak dihalalkan makan sedangkan dia kelaparan, bahkan tidak dihalalkan kamu makan sesuatu yang lazat sedangkan dia makan yang makanan yang kurang zat, bahkan tidak dihalalkan kamu memakai pakaian yang mahal sedangkan dia hanya memakai pakaian yang lusuh..tidak.
Islam datang untuk mengangkat kemuliaan manusia ke tahap yang tertinggi..Justeru, kenapa saya tidak menjadi seorang muslim sedangkan Islam datang ingin memuliakan saya dan menghormati saya sebagai seorang manusia di mana Islam menentang keras segala punca yang mencetuskan kezaliman di dunia ini yang dilakukan satu pihak kepada pihak yang lain atau satu bangsa kepada bangsa yang lain. Oleh sebab itu saya seorang muslim, kerana agama saya adalah agama kebebasan dan agama yang mengangkat kemuliaan manusia.
Sebab 4
Saya seorang muslim, kerana agama ini datang menyama tarafkan sesama manusia dengan suatu persamaan yang praktikal. Pembawa risalah, nabi Muhammad saw melaksanakannya ke atas dirinya dahulu.
Islam datang seperti yang dinyatakan dalam firman Allah:
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu.”. (Al-Hujurat: 13)
Islam datang menyama tarafkan keluarga Rasulullah saw dan manusia lainnya.
Islam datang untuk melarang semua punca yang membezakan manusia seperti yang didakwa oleh setengah manusia, bahkan lebih dari itu Islam telah memansuhkan dan menolak pemikiran yang menyatakan bahawa antara manusia dan Allah ada perantaraan. Ini kerana kita semua di hadapan Allah adalah satu. Oleh itu kenapakah boleh berlaku antara saya dan Allah ada perantaraan?
Persamaan yang dianjurkan Islam sehingga di dalam isu ini kerana di dalam Islam tidak wujud apa yang dinamakan “rijal ad-din”. Para guru dan ulamak Islam bukanlah “rijal ad-din” dengan makna yang difahami oleh agama lain, kerana “rijal ad-din” menurut agama lain ialah mereka yang menjadi perantara dengan Allah. Seseorang tidak boleh bertaubat tanpa melalui mereka, dan membuat pengakuan hanya di hadapan mereka, seterusnya meminta mereka mengampunkan dosa-dosa kamu..dsb. Ini semua tidak wujud di dalam Islam, bahkan semasa nabi saw wujud pun tiada seorangpun yang ingin bertaubat diminta berbuat seperti itu. Malah orang itu disuruh terus berhubung dengan Allah secara langsung. Justeru, Rasulullah tidak langsung menjadi perantara antaranya dengan Allah.
Sedangkan “ulama ad-din”, mereka sekadar menerangkan agama kepada manusia, mengajarkan tentang hukum hakam dan menjelaskan tentang hakikat Islam. Mereka tidaklah sama seperti pendita Yahudi dan Nasrani, mereka tidak ada kuasa untuk mengampunkan dosa, mereka tidak ada kuasa untuk memastikan seseorang dapat memasuki syurga dan mengeluarkan seseorang dari neraka, bahkan mereka adalah manusia biasa.
Saya tidak akan meminta ampun dari segala dosa di hadapan seseorang melainkan hanya di hadapan Allah. Saya tidak akan meminta sesuatu dari seseorang kecuali dari Allah. Ini satu kemuliaan kepada manusia.
Oleh sebab itu saya seorang muslim.
Saya seorang muslim kerana saya suka berhubung dengan Allah melalui perhubungan langsung seperti mana Allah menyuruh kita berdoa. Firman Allah:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku”. (Al-Baqarah: 185)
Justeru Allah tidak berkata “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku” dengan mengatakan kepada mereka bertanya kepada “seseorang”, yang menunjukkan Allah mengangkat peranan perantara seperti perkataan ini, tetapi Allah menjawab secara langsung dengan menyatakan “Aku adalah dekat”, tidak perlu perantaraan dan tidak perlu kepada manusia membuat perakuan di hadapan seseorang. Tidak ada seseorangpun diberi hak di sisinya melainkan Allah. Oleh sebab itu saya seorang muslim....

************
sambungan pada entry kedua... KENAPA SAYA SEORANG MUSLIM II
1 comment
Ya allah..aku ni hamba yg lemah.. Aku mohon Semoga aku tidak tergolong dlam orang2 yg murtad. Matikn la aku dlam islam. Amin~