tak baik tuduh2 org sesat.hidayah itu Hak Allah.bukan hak mulut kita.. ;(
Nabi ﷺ bersabda, "Aku melihat (dalam mimpi), dua orang laki-laki datang kepadaku." Kemudian Nabi menceritakan kisahnya (dengan mengatakan), "Mereka berkata, 'Seseorang itu, pipi yang kamu lihat yang terbelah jauhnya(dari mulut ke telinga) dia adalah pendusta dan dia biasa untuk berdusta kepada orang-orang akan menyebarkan mereka terletak pada kekuasaannya sampai mereka tersebar di seluruh dunia. Jadi dia akan dihukum seperti itu sehingga hari kiamat. "'
[Bukhari V7, H6096]
*********
Sumber : Harakah daily.. Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu telah membuat satu kesilapan besar apabila beliau bertindak menyambung lidah musuh-musuh Islam dan kuasa kuffar antarabangsa dengan melemparkan tuduhan kesat kepada PAS yang didakwa oleh beliau sebagai Parti Ajaran Sesat.
PAS sebagai sebuah Gerakan Islam di Malaysia kini mengalami nasib serupa dengan gerakan - gerakan Islam lain di seluruh dunia apabila dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk aqal seperti pengganas, komunis dan kini pembawa ajaran sesat.
Tidak hanya penjajah yang menuduh pejuang Islam dalam negara ini seperti Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong sebagai pemberontak dan pengganas, kini Datuk Ahmad Said pula melangsungkan peranan penjajah untuk melabelkan pejuang dan jamaah yang memperjuangkan Islam dengan label yang jahat.
Umum mengetahui bahawa PAS adalah sebuah pergerakan Islam, didokong pula oleh para alim ulama' yang menyambung warisan perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi bertuah ini.
Menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat adalah percubaan jahat yang dilakukan oleh Datuk Ahmad Said untuk menyamatarafkan PAS (sebagai sebuah parti yang sah dan perlembagaannya meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan) dengan pergerakan sesat yang dibawa oleh Ayah Pin.
Perkataan Datuk Ahmad Said sungguh buruk dan hasratnya kelihatan sungguh busuk. Bankrap modal politik serta tandus isu membuatkan Datuk Ahmad Said bertindak jahat dan tidak waras.
Beliau diberi masa selama 3 hari untuk menarik balik semua tuduhan liar dan tidak berasas yang dilemparkan kepada kami khasnya rakyat Terengganu.
Kegagalan Datuk Ahmad Said untuk menarik balik dan memohon maaf kepada PAS secara rasminya dalam masa 3 hari ini, maka saya akan berbincang dengan pihak tertinggi parti untuk mengambil tindakkan tegas.
**********
Banyak perkara yang kita harus pelajari, banyak di sekeliling tempat tidak memperdulikan dengan apa yang ada di sekeliling mereka, sedangkan mereka tidak tahu setiap apa yang mereka telah di perlihatkan dan di perdengarkan akan di pertanggungjawabkan di hari akhirat nanti.
Banyak perkara kita perlu belajar dalam seharian kita. Jangan pandang orang dari zahir dan batinnya tapi lihatlah sunnah akhlaqnya,,kenapa zahir dan batin di satukan? dan kenapa tidak di pandang sama sekali? Kerana zahir pandangan datang dari nafsu semata-mata dan batin itu Allah perlihatkan tetapi disuluh manusia bersangkaan buruk untuk menjadi riya' dan kesombongan dan itulah sejahat-jahat pandangan manusia, itu sebabnya lihatlah sunnah rasulillah yang dikurniakan akhlaq yang mulia untuk menjadi pedoman manusia.
Masya'Allah, bila banyak penceritaan(tidak bermanfaat) yang tidak seharusnya di dengari tiba saja mendengar walau ia tidak berniat serupa sahaja ia bersubahat. Bagaimana pula dengan orang yang suka menyebarkan cerita?
Mas'alah adalah mereka menyeritakan yang tidak bersumber, apatah lagi yang bersumberkan palsu.
Wallahu'alam bis shawab.