Setan Dok Tengah-Tengah...



IKHTILAT: antara punca terbesar kejatuhan ummah 
Dosa yang tidak disedari. 

Ana memang sukeee sangat nak cerita pasal ni...



ceghita...ok ceghita...

Sebab ape? Pening kepala ana tengok budak-budak
usm penang nie..


Ke hulu ke hilir macam adik-beradik.
Pergh. Agak-agak ar.
Ana dengan abang ana pun tak mesra gila camtu..



ehh? ana ada abang ke..? k fain ana anak sulong... abang sepupu..
boleh di kategori abang gak kan...apalagi yang sekufu..


Walaupun kitorang adik-beradik,sepupu-sepupu yang lain...tapi kitorang
tau jugak kontrol kemesraan di khalayak ramai...


 k faing...Poyo jek bunyi.


*enti jeles ke??


masya allah .. tak jeles pun...  cume enti fikir lah sendiri ye..


Inikan..makan sama-sama..bertepuk tampar lagi.
Tak tau nak kata apa la~


Kalau yang duduk berdua-dua tu,
cubalah renungkan hadis ni.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
"Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat)
dengan perempuan,
melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga."
(at-Tirmidzi)




Aiseh. Dulu waktu sekolah rendah seronok ye
buat main dengan hadis ni. Sikit-sikit..


"Setan kat tengah! Setan kat tengah!"


Ana ingat lagi.


Buat kaum perempuan, kaum Hawa atau lebih tepat
akhawat...


Ingatlah bahawa anda adalah golongan yang bertuah
kerana darjat anda diangkat oleh Allah SWT.




Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda
yang maksudnya: ”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu
urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,
lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."


(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


Jadi tunjukkan lagak anda sebagai muslimah yang
tinggi harga diri.


Takkan suka-suka je layan lelaki yang takde kaitan
dengan hidup anda. Ajak makan? Ajak keluar?
Think by yourself.



Kalau anda tak layan, maka lelaki takkan bertindak.
Okeh?



Ana,antum dan antunna, semua nak redha ALLAH kan?
semua tak nak dosa kan?
kita sama2 jaga, moga Allah menjaga kita

maaf, kalau ada yang tidak di layan, kerana nak jaga diri ana dan enti.
okebai..


*sile campak ana ke dinding jika ana juga dok dalam situasi di atas.. 





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

7 April 2012 pada 2:17 PTG

yup

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.