Fizz Fairuz Buat Laporan Polis : Mohon Maaf Kepada Azlyn Massiela


Ekoran kenyataan Azlyn di akhbar semalam, hari ini 'suami' Azlyn dan Fizz tampil membuat penafian mereka.

Fizz membuka cerita kepada Berita Harian dengan terlebih dahulu menegaskan dia tidak berbohong. Katanya, Azlyn sendiri mengakui sudah berstatuskan isteri orang apabila diminta penjelasannya walaupun "caranya seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah".

Sehari selepas bertemu 'suami' Azlyn, Fizz menghantar SMS kepada ayah Azlyn bertanya mengapa tidak dimaklumkan Azlyn sudah berkahwin di samping meminta untuk diputuskan pertunangan mereka. Jelas Fizz, "Haram dan berdosa besar! Cukuplah setahun kami berkawan, sudah berapa banyak dosa yang saya tanggung. Tidak guna saya fikir lagi, Azlyn masih isteri orang."


Tambah Fizz, ayah Azlyn seakan tahu tentang pernikahan Azlyn tetapi memberi alasan Azlyn dilarikan ketika berkahwin dulu.

Tentang tuduhan dia di sihir, Fizz jelaskan dia tidak menuduh sesiapa terutamanya Azlyn. Dia tahu Azlyn tidak akan melakukan perkara sebegitu. Cuma ketika itu, dia ingin memberi gambaran keadaannya yang bingung dan tiada selera makan seperti terkena sihir.

Sebelum mengakhiri perbualan, Fizz memberitahu dia tidak mahu memanjangkan isu ini. Kenyataannya bertujuan untuk memulihkan maruah yang tercemar gara-gara tuduhan Azlyn.

"Saya mohon maaf daripada Azlyn dan keluarganya. saya harap isu ini tidak berpanjangan kerana saya tidak mahu lebih mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Mereka adalah keluarga baik-baik, cuma keadaan memaksa saya bercakap terus-terang. Saya juga ada maruah. Saya dan keluarga sudah tentu tertekan dengan apa yang berlaku."

Fizz Fairuz buat laporan polis

Laporan jam 1.43 petang itu dibuat sendiri pelakon terbabit yang bertujuan melindunginya selain tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn sekiranya sesuatu terjadi selepas dia memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan.


Sumber polis berkata, laporan berkenaan difahamkan berkait kontroversi menimpa aktor terbabit tiga hari lalu sejurus pelakon filem Nur Kasih The Movie itu menerusi akhbar dilaporkan bertunang dengan isteri orang.

“Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami.

“Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon itu memutuskan hubungannya bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

myMetro.

Suami Azlyn Massiela mahu tempoh seminggu sebelum tampil dgn bukti

Lelaki yang mendakwa dirinya suami Azlyn Massiela memberitahu Harian Metro hari ini, "saya mahu menyaksikan permainan dia (Azlyn)" ekoran kenyataan Azlyn kepada pihak media semalam.

Sekali lagi menegaskan Azlyn isteri keduanya malah surat nikah di Thailand ada dalam simpanan, namun lelaki yang menggelarkan dirinya Ramli itu enggan menunjukkan surat nikah tersebut. Kononnya "keadaan semakin rumit". Bagaimanapun, satu salinan sudah diserahkan kepada Fizz. Tambahnya lagi, ibu bapa Azlyn boleh mengesahkan perkahwinan mereka.

Apa yang menarik, jika Ramli di awalnya mengeluarkan kenyataan telah merahsiakan pernikahan dengan Azlyn dari isteri pertama malah mereka hanya bertemu beberapa kali dalam sebulan selepas berkahwin kerana tidak mahu isteri pertama mendapat tahu, kini dia mendedahkan Azlyn dan isteri pertama sebenarnya rapat.

Kepada Berita Harian, dia berkongsi hanya sempat bersama Azlyn sebagai suami isteri selama tiga bulan selepas berkahwin pada 9 Mac lalu di selatan Thailand (tetapi sebelum ini kepada Harian Metro dia memaklumkan mereka sudah berkahwin beberapa tahun lalu). Ini disebabkan Azlyn jatuh sakit dan kembali menetap bersama keluarganya. Kali terakhir mereka berjumpa pada November lalu.

Mengenai isu surat nikah, katanya dia mahu terlebih dahulu mendapatkan nasihat perundangan dan meminta peguam memperhalusi dokumen tersebut.

Mohon diberi tempoh seminggu, dia mahu melakukan sembahyang istikharah supaya kebenaran dapat dibuktikan. Jelasnya, dia perlu berfikir masak-masak sebelum membuat pendedahan kerana ia kes rumit dan dia mahu jaga maruah ramai pihak termasuk Azlyn kerana enggan dia menanggung malu.

Selain surat nikah, dia juga mempunyai bukti-bukti lain yang dapat menyokong dakwaannya seperti resit pindahan wang sebagai nafkah bulanan.

Notakaki - Moh Kita Pakat Kahwin.


Berita baik buat pasangan yang menyegerakan perkahwinan . SILA baca laporan di gambar.

Hikmahnya; gejala sosial & buang anak berkurangan dan bakal dibendung. Anak muda lebih matang dan fokus pula menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Kahwin sebab cinta atau duit?

Perkahwinan itu sunnah Rasulullah SAW. Perlu dilihat secara syumul bukan setakat kewangan saja; dari segi keimanan, ketaqwaan, kesyukuran, kasih sayang, akhlak, ibadah, zuriat yg soleh & solehah,  Perkahwinan yang terbaik adalah apabila masing-masing mahu terus saling belajar dan melengkapi.


Menjadi wanita. Bukan sekadar menjaga diri sendiri.

 Wassalaam.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

24 Februari 2013 pada 4:14 PTG

wallahualam...Allah lebih mengetahui...

24 Februari 2013 pada 6:45 PTG

huh! semakin rumit jadinya...harap ada penyelesaiannya

24 Februari 2013 pada 8:26 PTG

tetiba pas baca ni aku macam nak kawen lagi satu cik lin..

24 Februari 2013 pada 8:54 PTG

Susah betul kalau khawin dekat thailand ni.. -_-

24 Februari 2013 pada 9:22 PTG

@Ym.Bundleahaa.. org rumah apa khabar? :D

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.