LAHAD DATU[VIDEO] :JENAZAH DUA ANGGOTA KOMANDO DITERBANGKAN DARI LAPANGAN TERBANG TAWAU


Photo: Penerbangan membawa pulang jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban terpaksa ditunda atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Masa ketibaan yang telah dimaklumkan sebelum ini pada jam 9.00 pagi telah diubah seperti berikut:

Tarikh: 02 Mac 2013
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Semoga ketibaan jenazah selamat tiba. Al-fatihah.

Penerbangan membawa pulang jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban terpaksa ditunda atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Masa ketibaan yang telah dimaklumkan sebelum ini pada jam 9.00 pagi telah diubah seperti berikut:

Tarikh: 02 Mac 2013
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Semoga ketibaan jenazah selamat tiba. Al-fatihah.

“Abah dah meninggal....kena bom....masuk kubur.”




menanti Jenazah Suami Tercinta

Waris bersama permaisuri Agong ...suasana sebak dan pilu


.


SAYU.. MENANTI JENAZAH DUA ANGGOTA KOMANDO DITERBANGKAN DARI LAPANGAN TERBANG TAWAU

AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) (gambar kiri) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di Lahad Datu hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kedua-dua jenazah dijangka akan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam ini.

Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu.

Manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik.

Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.


Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

2 Mac 2013 12:02 PTG

Ya Allah, kesiannya dia :'(

2 Mac 2013 2:46 PTG

Semoga arwah ditempat di golongan orang2 yg beriman .

2 Mac 2013 3:15 PTG

Sedihnya rasa...Al Fatihah..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.