Ikuti pembacaan ini, siri koleksi kisah murtad yang pernah mengemparkan negara suatu ketika dulu, semoga ini menjadi pengajaran dan pedoman buat kita, untuk kita renungi bersama..
kisah satu.
Pernah dengar nama nor aishah bokhari? ketika kes ini hangat diperkatakan, ana sebenarnya masih kecil, dan tidak tahu. baca petikan ini ;
beliau baru berumur 16 tahun..Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh peguam Zulkifli Nordin.
Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut. 1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anaknya dimurtadkan di rumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.
Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak.
Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal .
Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.
Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.”
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri rasa hairan macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.
Butir asal permohonan…
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul.
Permohonan itu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”
Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Katholik”.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957.
Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.
Kisah Dua:
Baca petikan ini, rasa macam nak menangis aje, tegar seorang anak memperlakukan ahli keluarga sendiri seperti itu?
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad.
Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk.
Menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapanya pukul boyfriend dia.
14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta.
Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul Hindu), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu ditembak oleh seorang yang tak dikenali.
Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan. Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Kisah tiga:
Baca petikan ini, luahan dari ibu azalina aka lina joy
Assalamu’alaikum,
Saya sering tertanya-tanya, “tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat Islam lain?” Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ. Bapanya yang berasala dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia.
Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2 dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin dari UIA, Hj Walid (my batch/my ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang sensasi tu adalah anak jirannya.
Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang perbualan. Dapat saya rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika beliau di penghujung usia. Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang beragama, Mak som bertudung sempurna. Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan, ayat2 al quran dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu, (semua ni circumstancial evidence for my conclusion) Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang lain, pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman- PJ) balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan sempurna.
Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga tersebut. Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan Azlina. Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan santun terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabila kereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si Johnson inilah yang menjemput dan menghantarnya. Rupanya kebaikan si Johnson ni ada makna! Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum bersedia.
Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan. Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau. Apabila diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi masih berkunjung ke rumah keluarganya. She’s willing to talk to the family but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, “saya tak kacau orang”. Kata kakanya, Azlina ni very vocal, firm, English speaking dan agak dominant dalam keluarganya.
She’s now 42, according to the family dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this case. Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya kata dah kahwin di church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on her mykad. Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya dalam keadaan Islam dan beriman. Dia agak kecewa kerana ada beberapa individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk membantunya tapi tak berjaya even untuk berkomunikasi pun dengan si Lin tu.
doakan beliau diberi hidayah untuk kembali ke jalan Allah.
kisah 4
budak ni dengar kata dan dia anak mak serta dia baik orang nya but kenapa jadi macam ni ?
ditukarkan namanya sbgai john mustard
Ada tak pusat pemulihan orang murtad di Malaysia? macam pusat pemulihan dadah/ akhlak. Kalau belum ade, perlu tak diadakan? Kebanyakkan kes, mangsa murtad biasanya berjaya dibawa lari atau melarikan diri dari keluarga masing-masing. Tolong, ana pohon penjelasan.