Salam dakwah buat semua...
Semoga hari ini, anda bersyukur dan terus bersyukur atas segala nikmat yang telah diberi meskipun hanya sebutir nasi.
***********************
Hari ini ana ingin mencoretkan sedikit (banyak sebenarnya) tentang apa yang sangat bernilai pada sehingga sekarang. Dan ana amat berharap mutiara itu akan kekal bersama ana buat selama-lamanya.
Sungguh, aku sangat beruntung punyainya !
Dengannya, aku mampu bertahan sehingga sekarang.
Dengannya, aku mampu untuk lebih berusaha hamba terbaik untuk-Nya, lebih dekat kepada-Nya.
Dengannya, aku berbeza dari manusia-manusia lain yang tidak mempunyainya.
Dengannya, aku lebih mengenal tentang hakikat diri yang sememangnya memerlukannya sepanjang masa. Tanpanya, aku hanya seorang insan yang berjiwa kosong.
Dengannya, aku lebih memahami dunia tarbiyyah-Nya, malah bertambah yakin untuk berada dalam jalan ini.
Dengannya, taman hati aku kian lama, kian berbunga.
Dengannya, aku lebih membataskan gerak-geri aku.
Dengannya, aku sedaya-upaya melawan kehendak diri sendiri.
Dengannya, aku belajar untuk mengutamakan apa yang lebih utama untuk agama dan ummah ini !
Dengannya, aku mampu untuk berikan sepenuh jiwa dan ragaku untuk dakwah ini !
Dengannya, aku lebih menjadi diri sendiri.
Dengannya, aku menjadi diri yang lebih sempurna dari dahulu.
Dengannya, rayuan dan impianku untuk aku menjadi ahli Firdaus-Nya seakan tercapai !
Sungguh aku beruntung mempunyainya !
Walaupun mutiara aku ini kadang-kadang berkurang, kadang-kadang bertambah, aku tetap bersyukur !
**************************
Sungguh, kita semua sangat beruntung mempunyainya !
Jika kita tidak punyainya, kita tiada beza dengan manusia lain.
Jika kita tidak punyainya, apa jua kebaikan yang kita buat, tiada nilai bagi-Nya.
Jika kita tidak punyainya, roda-roda hidup yang kita lalui seakan terus berputar tanpa arah tujuan.
Jika kita tidak punyainya, hidup ini seakan tidak bermakna.
Jika kita tidak punyainya, apa jua yang kita buat, kita rasa tidak ada batasannya.
Jika kita tidak punyainya, Islam itu sekadar agama yang boleh kita porak-perandakan.
***********************
Mutiara di atas yang ana maksudkan adalah iman.
Perkara biasa untuk seorang Muslim, sehingga kita merasakan terlalu biasa dengannya. Terlalu biasa sehingga kadang-kadang kita menolak kepentingan untuk menjaganya.
Dari kecil sehinggalah besar, dari tadika sampai universiti, kita diperkenalkan dengan pelbagai perkara tentang iman.
Rukun iman.
Lagu kumpulan Raihan yang paling popular zaman kecil dulu : Iman adalah mutiara, di dalam hati manusia, yang meyakini Allah, Maha Esa, Maha Kuasa.
Kalau dalam Al-Quran jangan cakap, memang berlambak ayat tentang seruan Allah kepada orang yang beriman.
Kalau dengar tazkirah, memang banyak kali ustaz ustazah sebut.
Iman, iman, iman.
Kenapalah penting sangat iman dalam kehidupan seorang yang bergelar Muslim ?
Percayalah, tanpa iman, Islam yang ada pada diri anda tidak lengkap.
Iman ini benih kepada segala amal yang kita lakukan.
Iman adalah pagar-pagar yang melindungi diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang buruk.
Iman tempatnya bermula di hati. Mana mungkin kita katakan anggota kita beriman sedangkan hati masih lagi tidak menapakkannya.
Sebuah hadis Qudsi :Orang-orang Arab Badwi itu berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah (kepada mereka):” Kamu belum beriman,tetapi katakanlah ‘kami telah tunduk’, karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu.( 49 : 14 )
Tanpa iman, kita tidak bisa memahami Al-Quran dengan lebih baik.Berkata Wahab bin Munabbih, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : Allah Ta’ala telah berfirman : “Sesungguhnya semua petala langit dan bumi akan menjadi sempit untuk merangkul Zat-Ku, akan tetapi Aku mudah untuk dirangkul oleh qalbu (hati) seorang Mukmin.” (Hadits Riwayat Ahmad).
Tanpa iman, kita seolah-olah buta dari hidayah Allah.Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (al-Qur’an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan padanya cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.( 42 : 52 )
Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.( 64 : 11 )
Kali ini, ana terasa Allah ingin menunjukkan sesuatu buat ana . Sesuatu yang dahulu ana buta, tapi akhirnya dicelikkan pandangan.
Bukan bagaimana cara untuk kuat menghadapi ujian-Nya, bukan untuk melatih ketabahan diri bila diuji, tetapi ana merasakan Allah ingin mengajar,
BERNILAINYA IMAN PADA DIRI.
Iman yang menjadi peneman.
Iman menjadi penguat hamasah diri.
Iman menjadi benteng daripada terus jatuh dan jatuh.
Sungguh, kali ini aku benar-benar beruntung punyai iman !
Allah ingin aku merasa betapa manisnya iman.
Dari Saidina Al-Abbas ibn Abdul Muttalib r.a., beliau berkata, bahawasanya: “saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud : “Seseorang akan merasai kelazatan iman, jika dia meredhai bahawa Allah s.w.t. sebagai Rabbnya, dan jika meredhai bahawa Islam ialah agamanya, dan meredhai bahawa Muhammad s.a.w. ialah seorang Nabi (Allah)”.
Manisnya iman !
Allah, Allah, Allah.
Meskipun tiada apa, aku masih ada iman. Bersyukurlah !
Maafkan aku Ya Allah,
Jika aku merungut, menangis kerana tidak tahan,
Aku terlupakan sesuatu,
Aku masih ada Engkau,
Aku masih ada iman.
Maafkan aku Ya Allah,
Jika di kala aku buta,
Aku tidak mencari-Mu, sengaja atau tidak sengaja,
Tapi sekarang, berbekalkan iman,
Aku akan mencari-Mu, setiap masa, setiap tempat,
Kerana Engkaulah yang aku perlukan.
Maafkan aku Ya Allah,
Maafkan aku,
Berikan afwu dari-Mu kepadaku,
Setiap saat, setiap minit dalam kehidupanku,
Berikan iman yang kekal dalam hatiku,
Kekal setiap masa, tidak akan lari walau sedetik.
************************
Bila sebut tentang iman, ianya sangat berkait rapat dengan dakwah ini. Teringatkan bertapa semangatnya Habib An-Najar menyampaikan dakwah sejurus selepas mendapat Islam.
Inilah yang dinamakan iman yang bergerak.
Iman yang bukan hanya dipasakkan di dalam hati, tetapi digunakan sebagai pencetus utama untuk menyampaikan.
Dan datanglah dari ujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas dia berkata,” Wahai kaumku ! Ikutilah utusan itu.( 36 : 20 )
Inilah bukti keimanan kepada Allah. Dakwah disampaikan tanpa rasa ragu-ragu.
Sirah menyaksikan Rasulullah dan para sahabat menunjukkan bukti keimanan mereka kepada Tuhan Yang Esa.
Mereka bertempur di medan perang juga berbekalkan senjata iman.
Mereka mampu bertahan ke atas segala tekanan semasa dakwah di sampaikan berbekalkan perisai iman.
Mereka mampu menguasai dunia, sehingga Islam menjadi agama terbilang berbekalkan kuasa dan pengaruh iman.
Sungguh, golongan-golongan yang beriman ini sangat beruntung !
**************************
Sungguh,
ana telah mempelajari sesuatu yang amat bernilai sepanjang keadaan diri yang begini.
Kata seorang ukhti yang sangat ana sayang, dan inshaAllah sampai bila-bila akan ana sayang dia :
"Biarkan yang patah itu kaki, tapi bukan hati dan semangat kamu"
Betul akak, biarkan yang patah, retak itu hanya anggota.
Bukan hati, bukan semangat, malah bukan iman !
Biarpun mata bergenang,
Biarpun hati sedih,
Biarpun kaki belum lagi sihat sepenuhnya ,
ana akan terus bangun dan bertahan !
*terima kasih semua ukhti-ukhti yang banyak membantu ana untuk muhasabah diri secara langsung dan tidak langsung. antunna semua memang comel. sangat2 menghargainya !
INI NOTA HATI KE HATI- doakan ana berjaya dalam latihan pemulihan diri, fizikal dan rohani.
p/s : mata banyak bergenang sejak akhir-akhir ni. banyak teringatkan Rasulullah yang kuat bertahan. bukan lemah macam ana .