Tak Solat Jumaat Sebab Uzur



Api...!!Api...!!Api...!!


Hari Jum`at itu, Nasrudin menjadi imam Solat Jum`at.
Namun belum lama ia berkhutbah, dilihatnya para jemaah dalam surau tersengguk-sengguk, dan ada 
sebahagian dari jemaah lain tertidur ..
tiba-tiba..
berteriaklah Sang Mullah,

“Api ! Api ! Api !”

Segera saja, seisi jemaah didalam masjid terbangun, ada yang terkejut dan ada yang nak terus menyelamatkan diri, menoleh kiri-kanan. Sebagian ada yang teus bertanya,

“Dimana apinya, Mullah ?”
 
Nasrudin meneruskan khutbahnya, seolah tak acuh pada yang bertanya,lalu berkata...“Api yang dahsyat di neraka, bagi mereka yang lalai dalam beribadah.”




Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk” (Hadis riwayat Abu Daud)”



jika manusia mengingkari nikmat itu, azab Allah akan datang dengan tidak diduga. Bahkan dalam al-Quran dijelaskan, jika selesai mengerjakan solat Jumaat, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki. Ini membuktikan keluasan nikmat yang Allah buka kepada hamba-Nya yang sudi dan mahu mengabdi kepada-Nya.


Firman Allah maksudnya: “Apabila kamu selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan.” (Al Jumaah ayat 10)


******


Ikhwan Tak Solat Jumaat Kerana Uzur...


dibolehkan ‘cuti’ daripada solat Jumaat, TAPI haruslah digantikannya dengan solat Zohor.

Dibolehkan bagi lelaki untuk tidak menunaikan solat Jumaat disebabkan uzur. 

Uzur lelaki bukan sebab ‘datang bulan’ macam perempuan. 

Uzur bagi lelaki yang dimaksudkan adalah:

dalam keadaan sakit yang amat sangat sampai tak mampu untuk mengerjakan solat
tertidur atau pengsan
terpaksa menjaga orang yang sakit tenat
urusan kerja yang amat kritikal membabitkan keselamatan nyawa dan negara
hujan yang sangat lebat atau ribut taufan yang besar menjadi penghalang untuk ke masjid
dalam keadaan bermusafir


Tapi lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Kadang-kadang ada je yang berlakon kononnya tak boleh pergi solat Jumaat sebab uzur. Dalam hal ni, kita tak boleh menipu. Kalau menipu, Allah itu Maha Mengetahui. Nabi Muhammad SAW juga ada memberitahu jika 3 kali berturut-turut seseorang lelaki itu tidak mengerjakan solat Jumaat, maka lelaki itu adalah munafik atau bukanlah seorang Islam. Allah SWT juga akan tutup pintu hati mereka.

Wallahu a’lam…

 
selamat menunaikan solat jumaat..moga maqbul...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.