“Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal.. iaitu BERNIKAH!”.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi.
Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
Niat
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسولهومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”. Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
Dengan hadis inilah Imam Bukhari memulai kitab shahinya dan menempatkannya dalam pengantar kitab tersebut. Sheikh Abdur Rahman b Mahdi berkata: Seandainya aku mengarang sebuah buku yang di dalamnya terdapat beberapa bab,sudah pasti aku menjadikan hadis ini dalam setiap bab.
Kata-kata Ulama mengenai Niat
Yahya b Abi Khatsir berkata: "Pelajarilah niat kerana sesungguhnya niat itu lebih penting dari amal itu sendiri."
Zaid As-Syaami berkata: "Sesungguhnya aku paling suka berniat dalam segala hal dan urusan, walaupun ketika makan dan minum."
Imam Daud At-Thoi berkata: "Aku melihat segala kebaikan terkumpul daripada baiknya niat seseorang."
Imam Habib Abdullah Alawi Al-Haddad berkata: "Carilah niat yang baik, perbanyakkan dengan niat tersebut, nescaya akan menambah pengawasan dan kekhusyukkan."
Para salaf telah mengajarkan kepada anak mereka tentang niat sebagaimana mereka mengajar al-Fatihah kerana memandangkan kepentingan niat tersebut.
Niat Nikah dan berkahwin
Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf Rahimahullah berkata:
Aku niat di dalam pernikahan dan perkahwinan ini kerana:
Cinta kepada Allah
Serta berusaha meramaikan anak untuk mengekalkan makhluk manusia di muka bumi Allah Ta’ala
Cinta kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam serta banyakkan kebanggaannya sebagaimana sabda beliau: "Berkahwinlah kamu serta perbanyakkan keturunan, kerana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu dari umat yang terdahulu."
Aku berniat berkahwin dan apa sahaja yang berkaitan dengannya dari perkataan dan perbuatan agar:
Mendapat barakat daripada doa anak yang soleh
Meminta syafaat dari anak yang mati kecil jika anak itu mati sebelumku.Aku niat berkahwin ini agar:
Terhindar dari godaan syaitan
Memecahkan keinginan yang sangat kuat
Menghindarkan malapetaka yang menimpa
Memejam mata dari segala hal yang diharamkan oleh Allah Ta’ala dan gangguan was was
dan menjaga kemaluanku dari perbuatan keji
Aku niat berkahwin ini untuk:
Menenangkan diri dengan menggembirakan isteri didalam pergaulan dengannya
Memandang dan bercumbu cumbuan dengannya
Menyenangkan hati dan menambah ketaqwaan dalam ibadah
Mententeramkan hati dari perkara yang berkatian dengan dapur,memasak,mengemas,menyapu,menghamparkan tikar,membasuh pinggan mangkuk serta menyediakan keperluan kehidupan.
Aku niat bernikah juga untuk:
Melawan hawa nafsu dan melatihnya dengan penjagaan
Pengawasan supaya dapat melaksanakan kewajipan keluarga
Sabar terhadap tingkah laku
Sabar dan menahan diri dari gangguan mereka
Berusaha memperbaiki dan member petunjuk ke jalan yang baik
Berusaha mencari rezeki yang halal untuk keluarga
Melaksanakan perintah Allah dalam mendidik anak serta meminta kekuatan dan penjagaan dari Allah dan memohon taufiqNYA dan penyerahan diri kepada hadhrat Ilahi dan aku berniat untuk kesemua yang disebutkan tadi kerana Allah.
Aku niat juga seperti ini dan juga selainnya dari perbuatan dan perkataan yang aku lakukan dan katakana di dalam nikah ini kerana Allah
Aku berniat seperti niat orang-orang yang soleh dari ulama yang mengamalkan ilmunya.
Baitul muslim
Doa Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf
"Ya Allah!Berilah taufiq dan pertolonganMu kepada kami sepertimana kamu memberi taufiq dan pertolonganMU kepada mereka, sempurnakanlah kekurangan yang ada pada kami, dan janganlah Engkau memberati urusan kepada kami walau sekelip mata, dan perbaikilah segala hal untuk kami daripada anugerah dan kemuliaanMU dalam keadaan sihat dan sejahtera."
"Ya Allah! Ampunilah dosa kami, rahmatilah kami, redhailah kami, terimalah apa sahaja yang datang dari kami, masukkan kami di dalam syurga serta selamatkan kami dari azab nerakaMu serta perbaikilah segala hal kami."
"Ya Allah! Berikanlah pertolongan, barakah dan keselamatan untuk kami di dalam perkahwinan ini dan kesemua urusan kami. Selamatkan kami dari segala perkara yang menyibukkan kami dari MengingatiMu serta segala rintangan yang menghalang di antara kami untuk mentaatiMu, dan jadikanlah di dalam perkahwinan ini kesempurnaan dan tidak meminta minta kepada orang lain."
"Ya Allah! Sesungguhnya tingkah lakuku adalah pemberianMu, maka oleh itu jagalah aku dimana sahaja aku berada, dan perhatikan kami dengan kekuasaanMU, yang dengannya Engkau menguasai hamba-hambaMu yang soleh."
"Ya Allah! Bantulah kami, orang tua kami, anak anak kami, isteri isteri kami, guru kami, dan semua saudara-mara kami, begitu juga sahabat yang mempunyai hak terhadap kami dan orang yang mempunyai hak yang paling rendah terhadap kami. Ya Allah! Tolonglah kami dan mereka bagi memudahkan mereka MengingatiMu, mensyukuri nikmatMU dan beribadah kepadaMu dengan baik, wahai Tuhan semesta alam."
"Ya Allah! Berilah taufiq dan hidayat kepada kami dan juga kepada mereka, wahai Tuhan yang menguasai seluruh alam semesta.Ya Allah! Hidupkanlah kami dan mereka di dalam penguasaan Al-QUr’an dan sunnah NabiMu wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. Ya Allah! Sesungguhnya kami meminta kepadaMu bagi pihak kami dan mereka agar diterima apa jua amalan yang pernah kami lakukan untuk mendekatkan diri kepadaMu. Terimalah dari kami ini. Amin Ya rabbal Alamin."
"Ya Allah! Limpahkan selawat dan salam daripada keagunganMu kepada utusanMu yang paling mulia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa sallam sebagai nabi yang terakhir diutuskan kepada hamba hambaMu, serta selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda beserta para sahabat baginda.. segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam."
~Intaha~
Dipetik dari Terjemahan Kitab An-Niyyat Karangan Habib Sa'ad rahimahullah. Hadiahkan Al-Fatihah buat Al-Marhum..
Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .
ntara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
* Suami
* Isteri
* Wali
* Saksi
* Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
* Masih menuntut di kolej atau uniersiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.
Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .
Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .
Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]
syukran katsiran ukhty sebab sentuh hati ni dari jauh :'(