YB Tian Chua dilihat sebagai membahayakan kerajaan UMNO



Tian Chua Dilarang Masuk Ke Sabah Atas Faktor Keselamatan


gambar hiasan

KOTA KINABALU: Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dihalang memasuki Sabah atas faktor keselamatannya, kata Pejabat Hal Ehwal dan Penyelidikan Negeri Sabah di Jabatan Ketua Menteri.

Setiausahanya, Dr Mohktar Ajam berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah dengan Tian Chua berada di Sabah sebelum kenyataannya mengenai pencerobohan kumpulan militan Sulu di Lahad Datu menjadi sebahagian daripada drama politik.

“Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan beliau yang mengecewakan ramai pihak di Malaysia termasuk Sabah, menyebabkan kita percaya bahawa kehadiran beliau di sini boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan peribadi beliau dan mungkin mencetuskan kekecohan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

“Tian Chua telah masuk dan keluar Sabah banyak kali.

“Begitu juga dengan para pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, yang dibenarkan datang ke sini dan bergerak bebas,” katanya.

“Bagaimanapun, apabila anda mempunyai seorang individu yang membangkitkan kemarahan orang ramai, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Tian Chua, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 11.05 pagi Ahad tidak dibenarkan memasuki Sabah - Mstar

Pengganas Sulu yang diketuai oleh KIRAM boleh dibawa berunding selama 23 hari.. .Adakah YB Tian Chua lebih membahayakan jika dibandingkan dengan Pengganas-pengganas Kiram? atau YB Tian Chua dilihat sebagai membahayakan kerajaan UMNO?

Selama ini masih ada sedikit rasa hormat kepada pihak berkuasa di Malaysia.. Tapi dengan kejadian ini hilang langsung rasa hormat tersebut.. kerana sanggup menjalankan tugas tanpa sedikitpun menggunakan akal.. [Ustaz Hafiz Mustafa Lubis, ABIM Kedah]


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

9 April 2013 pada 5:58 PTG

Errr... Rasenya tak adalah smpai gitu sekali.

Tanpa Nama
9 April 2013 pada 6:07 PTG

Kadang-kadang kelakar juga tgk berita mereka cuba boikot Tien Chua ni mcm2 lagi, walhal kes-kes penceroboh di SUlu tu belum lagi mereka selesaikan. Is this what Najib says jgn politikkan kejadian di Sulu? Ckp tak serupa bikin -.-

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.