Hamka di dalam Tafsir al Azhar menyatakan al Falaq adalah sesi peralihan; seperti waktu subuh adalah peralihan dari malam kepada siang. Peralihan ini juga melibatkan dari tanah yang kering kepada subur. Imam Zamakhshari al Muktazili di dalam Tafsir al Kasyaf menyatakan peralihan ini ialah dari zaman gelap atau batil kepada zaman pencerahan atau kebenaran.
Hadis Nabi SAW menggalakkan kita membaca surah al Falaq dan surah an Nas untuk melindungi dari kejahatan baik sihir, dengki, waswas, kejahatan makhluk manusia dan jin atau bahan seperti paku, kaca. Seperti mana kita meminta perlindungan kepada Allah dari suasana subuh (sesi peralihan) untuk menghadapi hari siang agar terlepas dari bahaya yang tidak kita ketahui. Wajar bagi kita sebagai aktivis dakwah untuk berdo'a memohon perlindungan kepada Allah agar terselamat dari fitnah dan kejahatan yang tidak kita ketahui (rusuhan kaum atau apa saja) sewaktu berlakunya peralihan kuasa kepimpinan. Berlindung kepada Allah yang memberi cahaya subuh atau cahaya kebenaran adalah sinonim dengan berlindung kepada perjuangan menegakkan kebenaran.
Muhasabah untuk semua.
susah mencari orang yang berjiwa murabbi. yang banyak, bila ada ilmu, sibuk nak berdebat, bermuzakarah, konon-kononnnya nak tunjuk mereka itu ilmiah. padahal nak angkat diri supaya jadi berwibawa. Wibawa apakah itu? Saya meraguinya.
Sungguh saya mengkagumi Dr. Siddiq Fadhil. Perkataan yang keluar dari mulutnya umpama butiran mutiara.
Mendalami pemikiran Dr. Siddiq Fadhil, saya kagum dengan falsafah dan sumbangan beliau. Beliau tidak sombong, angkuh dengan ilmu di dada. Kata-katanya terpahat di jiwa saya, 'bermula dengan iqra', berakhir dengan kalla latutikhu wasjud waqtarib (sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)).' Carilah ilmu. Selepas berilmu, jangan sesekali tunduk pada kezaliman dan tekanan dari orang zalim, dan sujudlah untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Benar . Kerana itu Kiyai Dahlan pernah berkata, 'kita harus mempunyai prinsip tetapi jangan fanatik kerana fanatik itu tanda kebodohan.'
Sungguh saya mengkagumi Dr. Siddiq Fadhil. Perkataan yang keluar dari mulutnya umpama butiran mutiara.
Semangat debat haruslah sihat. Debat ialah untuk mencari kebenaran bukan kemenangan. [Dr. Siddiq Fadhil]
1 comment
sedih tgk pmimpin yg bmka2 skrg. .ulamak pun difitnah. .astaghfirullahalazim. .