GUNA BOMOH BUNUH TUN M.


Guna Bomoh Bunuh Tun Dr Mahathir

Ini cerita dari fesbuk wartawan terkenal era Mahathir sdra Astora Jabat. Penulis utusan malaysia yg kini bersara menetap di Thailand. Melayu memang tidak boleh dipisahkan dari bomoh tetapi cerita-cerita sebegini muncul waktu pilihan raya membuat kita semua samada terpengaruh percaya atau tersedak ketawa kebenarannya.
astora jabat
sumber di ASTORA JABAT FB

Kini ada berita ancaman bunuh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, perkara ini sudah lama diusahakan oleh musuh Tun M. Pada tahun 1999, saya pernah menulis dalam Mingguan Malaysia mengenai seorang pemimpin pembangkang menggunakan perkhidmatan bomoh dari Patani untuk membunuh negarawan agung itu.

Hari ini saya bersua dengan orang yang bertangungjawab membawa orang suruhan pemimpin pembangkang berkenaan berjumpa dengan seorang bomoh handalan dari Teluban/Saiburi pada tahun 1999 untuk membunuh Tun M. Dia yang juga relatif saya dan tinggal di pekan Jabat itu memberitahu bahawa dia telah membawa orang suruhan pemimpin pembangkang berkenaan kepada bomoh di Teluban untuk mengguna perkidmatan perbohanannya bagi membunuh Tun M dengan bayaran RM200 sahaja.

Bagaimanapun, bomoh terkenal itu tidak dapat membuat apa-apa terhadap Tun M kerana Tun M dipagari dengan senjata-senjata jaga diri yang lebih hebat dan tidak mampu dibolosi sihir bomoh tersebut kata relatif saya itu.

gambar hiasan.

notahati- moga Tun dilindungi Allah selalu.Amiin..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

Tanpa Nama
7 April 2013 pada 7:16 PTG

terlalu taksub politik....sanggup melakukan perkara yg ditegah oleh islam semata2 ingin menjatuhkan pihak lawan....inilah sebabnya saya tidak menyokong mana2 parti politik di Malaysia....

8 April 2013 pada 12:41 PG

Sorry, but Im 87% don't believe in Government's TV and Newspaper.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.