Assalammualaikum....
Catatan usrah ..
Tadi masa berjalan-jalan bersama sahabat menuju dewan exam..Ana terlihat sekelompok manusia oku , kami sempat berbalas senyuman.. subhanallah...ana rasa kagum..walaupun susah berinteraksi dengan mereka, tapi mereka tidak kedekut dengan senyuman. Sentiasa mengukir senyuman di bibir. Tetapi manusia yg sempurna sifatnya, asyik mencaci maki saja dari mulut mereka. Seolah-olah mulut adalah tempat keluarnya sampah, semua perkataan menyakitkan hati. Bahagia bukan pada kesempurnaan fizikal, bahagia itu dari Allah (yg dicampakkan) ke dalam hati manusia baik yg bisu, pekak atau buta.
Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada [Al-Hajj 22: 46]
titipan buat sahabat...
dan untuk orang-orang yang bertanya, kenapa ana tidak menerima orang itu dan ini?
Ramai orang bila nak kahwin, mimpikan calon pasangan yang hebat. Cemburu pula bila tengok orang lain dapat orang yang hebat.
Hebat itu, ditafsirnya sebagai apa? Mereka melihat sesetengah orang sebagai hebat kerana dikenali, pandai itu dan pandai ini, figure dalam masyarakat, dan mereka dengan mudahnya menganggap jika dia hidup bersama orang seperti itu, maka dia akan bahagia.
Ana kira amat malang jika 'hebat' ditafsir semudah itu.
Hebat yang betul bukan semata-mata dilihat hebat oleh manusia. Hebat yang betul adalah kesediaan mengubah sikap, kematangan bertolak ansur dengan pasangan, kerendahan hati dengan orang sekeliling dan keterbukaan untuk mengorbankan ego dalam diri sendiri.
Ana jumpa ramai orang hebat ( yang dilihat hebat ) tetapi gagal dalam sikap. Terlalu defensif, egoistik, merasa dirinya sahaja yang betul dan mengkritik segala kemajuan orang lain.
Orang begini, bila berkahwin, tahulah dia langit itu tinggi atau rendah
itu ini begitu begini,hehe
:D
insyaAllah akan tiba masanya nanti, Allah kirim seorang imam yang hebat dan terbaik
hebat agama
dan akhlaqnya insyaAllah ♥
Seorang pemuda HEBAT pada akhlak
dan TAqwanya...
Beruntunglah mereka yg mengutamakan kedua ciri itu dalam memilih bakal Imamnya..
:)
S E K I A N
-OKEBAI-
Minggu exam berderet.
Rabbi Yassir Wala Tu'assir Ya Kareem.
1 comment
Rabbi yassir wa la tu'assir Ya Kareem. Aminnn. Ketenangan itu milik Allah. Berbahagialah orang memperoleh ketenangan dan hidayah dari Allah. SubhanAllah.