Sungguh Aku memang Tak tahu malu..


 10 Januari 2012 lepas merupakan hari Solat Hajat seluruh dunia untuk saudara kita di Syria...




doa buat mereka bukan sekadar pada hari semalam.
tetapi selama-lamanya selagi
kezaliman dan kekejaman itu ada.

Air mata yang merembes bersama perasaan yang dicengkam pedih. Sungguh ana tak tahu malu..Malu dan Takut untuk berjumpa Allah tanpa ada jawapan, telah apa yang dilakukan buat mereka di sana.


Takut-takut kelalaian, kemewahan dan kemaksiatan kita yang menjadi asbab mereka diuji sedemikian rupa.



" Kamu membunuh kaum yang rindukan syahid. "


Itulah mesej yang disampai oleh rakyat Syria pada pemerintah Bashar. Ia cuma disampaikan, ditulis di dinding. Mesej yang sangat jelas dan sangat sinis!



Buat Kamu Wahai Adik.


Wahai adikku,
Saban hari kutatapi
Pengkhabaran-pengkhabaran kamu
Dari bumi sana.



Ku cuba hemati
Dan ku cuba dalami
Pekikan-pekikan kamu
Yang ditoreh derita.



Ku cuba memahami
Dan ku cuba menangisi
Kepedihan yang mencengkam kamu
Saat melihat tubuh hancur
Abang-abang kamu
Ayah-ayah kamu
Ibu-ibu kamu
Kakak-kakak kamu
Yang dicampak di hadapan pintu.



Namun aneh.



Darah, air mata dan jeritan itu
Belum cukup kuat
Untuk aku tegar
Tersentak dari mimpi mewah.



Wahai adik,
Maafkan aku.
Maafkan aku.
Maafkan aku.

Selimutku masih tebal
Menyelesakan aku dari beku syita’ ini.
Tilamku masih empuk
Melenakan istirahat panjang tubuhku.
Makananku masih enak
Memenuhi rongga perutku
Siangku masih aman
Memudahkan rutian harianku.



Dan semua itu
Membuatkan kamu wahai adik
Hanya sipi-sipi dalam ingatanku.


Aku tahu aku kurang amal. 

Aku tahu aku lemah tidak berdaya.

Aku tahu aku bukan siapa-siapa di hadapan Tuhanku.

Dan kerana aku tahu semua itu, aku akan terus meminta-minta pada Tuhanku. 
hanya doa buat mu disana

Aku memang tak tahu malu.

Apakah aku perlu menunggu duniaku menjadi seperti duniamu,
Baru aku akan terjaga dan terbangun?

:'(

Allah ma3akum ya Suriyah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.