Kemudian,kawan sekelas saya mengajak untuk berkelah di Lata Kinjang,Perak. Tawaran yang menarik bukan? Terutamanya untuk mereka yang sedang kelesuan dan keserabutan seperti saya...kehijauan alam dan deruan sungai yang memecah kesunyian..Subhanallah
Tetapi,saya menolak. Jiwa saya tidak terasa sedikit untuk pergi walaupun digoda dengan keseronokan dan keindahan yang dipromosikan oleh kawan-kawan. Saya mencari-cari punca kepada kelesuan ini. Tatkala mencari blog-blog yang sesuai untuk dibaca,saya terbaca artikel darilangitilahi.com/bahagian/himmah/ . Penulis berkongsi tentang keletihan yang juga dia alami. Mata saya terfokus kepada ayat yang ditekankan oleh beliau,
“ Sebuah kehidupan selalu diiringi dengan kesukaran, kesusahan dan bebanan. Matlamat tidak akan tercapai melainkan dengan usaha berterusan, perlukan usaha dan penat lelah.”
Saya teruskan pembacaan sehinggalah saya terbaca ayat yang diberikan oleh kawan penulis kepada penulis yang berbunyi,“ Sebenarnya yang mengalami keletihan dan kelesuan itu bukan fizikal kita, tetapi jiwa. Jiwa kita yang lesu dan kosong. Lantas ia memberikan kesan dan pengaruh kepada anggota yang lain ”.
Saya berfikir sejenak. Cuba meneliti diri. Mencari-cari kebenarannya pada diri ini. Para ulama turut menasihatkan kita untuk DUDUK BERIMAN WALAUPUN SESAAT.
Ya ALLAH,ampuni aku.....
Bagaikan tersedar dari mimpi,kini saya faham kenapa saya menjadi sebegini? dalam tempoh 2 minggu semester bermula,aku sudah mulai letih. apa puncanya?
saya fikir hubungan saya dengan ALLAH S.W.T. Ya,itulah puncanya.
kelesuan dalam meneruskan perjuangan Islam,
kelesuan dalam belajar dll.
Semua ini pasti ada kaitan dengan keadaan iman saya.
Adakah para muslimin yang berjuang menggali parit ketika Perang Khandak itu tidak letih mengali parit. Bahkan cuaca ketika itu tersangat lah sejuk dan bekalan makanan sangat terhad sehinggakan Rasulullah dan para sahabat terpaksa mengikat batu di perut mereka untuk menahan lapar.Apakah yang membuat mereka bertahan? Keimanan dan kecintaan mereka terhadap Allah,Rasul dan jihad.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
9:24
mutabaah saya menurun. Tadarus saya berkurang. Tidak lagi saya rasakan kekhusyukan dalam solat. Tiada lagi tangisan kecintaan dan ketakutan pada Sang Maha Pencipta dalam tahajudku. Wajarlah kehidupan saya kian hambar. Walaupun sentiasa ada teman di sisi, tapi jiwa saya kosong. Beberapa hari ini dilalui secara suatu rutin yang bosan. Muhasabah balik wahai empunya diri..
wajarlah ketika membuat pengisian ,dirasakan apa yang ingin disampaikan tidak sampai ke mata hati pendengar. aku lebih merindui saat pertama ditarbiyah, saat merasakn diri ini terlalu banyak melakukan maksiat dan hina di hadapan Allah. Kini?
Ya Allah ,apakah diri ini sudah menjadi sombong?adakah saya sudah merasakan diri ini terlalu baik sehingga kan mutabaah harian diremeh-remehkan. Bukan-kah TAKWA itu sebaik-baik bekalan?
"Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa."
(Al Baqarah: 197)
Sekiranya saya berhenti di sini ,saya adalah manusia yang lemah,manusia yang tidak tahan dengan dugaan. Bukankah seseorang itu diuji Allah mengikut kesanggupannya?