berita sepenuhnya di sini
sapa la dalang yang terjemah atau 'cucuk' mak hasan buat laporan.. mama tengah stress dia main cakap je la ikut marah dia... tapi, kami tak buat laporan balas walau semua ni boleh dikatakan laporan palsu, saya cuma buat 'kaunter report' menjawap segala pertuduhan dengan bukti dan saksi..
Dibawah adalah laporan polis oleh Puan Shahrina Ahmad Sharkawi
Jihad Tidak Mudah, Penuh Ranjau dan Fitnah
`sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita..(Baqarah 2:112)
ini adalah jawapan kepada pertuduhan mengatakan Hasan melakukan kekerasan terhadap ibunya sendiri seperti yang dipaparkan dalam Harian Metro. Hasan juga bebas dari sebarang pertuduhan oleh pihak polis. Saya mohon, jangan salah tafsir masalah yang berlaku antara Hasan dan ibunya kerana ia adalah masalah dalaman, yang masih boleh dipulihkan. Saya kenal mama Hasan sejak di gaza, dia sedang dalam tekanan perasaan sejak 10 tahun lamanya iaitu sejak anak sulungnya dalam penjara. ditambah, kelmarin, genap setahun anak keduanya, mahmud syahid.. al fatihah
Mama dalam stress, orang tengah dan wartawan ambik kesempatan gunakan mama burukkan Hasan...enta apa la diterjemahkan dari apa kata-kata mama ... saya cabar Harian metro bagi saya dengar rakaman perbualan, saya sendiri akan terjemahkan sekali lagi... saya akan bacakan kat mama (jika kami dapat jumpa semula, apa yang ditulis dalam media.. mama pasti terkejut kerana dia bukan jenis pembohong, dia pasti terkejut bila baca catatan, selama 5 bulan kami balik Malaysia, tak pernah bagi apa-apa sumbangan.. dia sendiri tunjuk kat kami gambar dia serahkan dana kepada mangsa perang yang cacat annggota setelah terima duit yang kami kirim melalui Nadir Al-Nuri ... kami tak pernah salahkan mama kerana saya kenal bagaimana dia, penyayang sangat orangnya..
Jadi, kita mungkin tak biasa dengan keadaan kehidupan orang gaza yang membesar dalam suasana yang bukan macam kita. Lazim, orang sedia maklum orang Arab kasar tapi mereka juga lembut hatinya.. Mama perlu bantuan dan sokonga untuk pulihkan tekanan emosinya, jadi, sepatutnya, beri dia peluang dan ruang untuk sejukkan hati dan berbaik dengan anaknya kembali... bukan sorok mereka dan bawa lari... rumah kami sentiasa terbuka untuk mereka, malah, berhabis Hasan belanja belikan pendingin hawa dan sediakan dua bilik khas sorang satu untuk mama dan adiknya ..
dan kami tak rugi apa-apa jika orang tak nak terus bersama kami bantu Gaza, tapi, bagaimana dengan penderitaan dan harapan mereka melalui kami? Saya tak kisah orang caci dan maki, Allah Maha Mengetahui...
Apa yang kalian inginkan?? mama balik semula ke Gaza yang sedang diserang? akhbar anda laku keras atas fitnah dan berita yang sensasi? tahniah.... dan terima kasih kerana dengan fitnah ini, kami lebih banyak terima doa dari kawan-kawan...
itu yang lebih berharga daripada wang ringgit dan glamer... tak apa.. Allah ada...
malah, punca salah faham pun kecik sangat. Saya kesal dengan tindakan orang yang bawa ke media dan wartawan yang sekarang, menghalang usaha saya untuk merawat mama, usahakan adik hasan masuk universiti, dan bantu Hasan jana dana dengan berniaga. Kami tak pernah minta sedekah dan derma, kami perah tenaga buat Maqlubah berniaga sini sana.. tak nak beli tak apa... rugi la sebab orang kata, sedap sekali masakan chef Hasan Al Zahar dengan pelbagai menu Gaza..
Apa yang kalian inginkan?? mama balik semula ke Gaza yang sedang diserang? akhbar anda laku keras atas fitnah dan berita yang sensasi? tahniah.... dan terima kasih kerana dengan fitnah ini, kami lebih banyak terima doa dari kawan-kawan...
itu yang lebih berharga daripada wang ringgit dan glamer... tak apa.. Allah ada...
Facebook Shahrina Ahmad Sharkawi.
notakaki- Jangan sedih dan khuatir jika kita dikhianati atau dicurangi kerana hidup itu luas jika pergantungan hanya kepada Allah. Terus melangkah ke hadapan mengisi perjalanan hidup.Semoga Allah berikan kita petunjuk dan kekuatan untuk melakukan kebaikan.
(Surah Maryam, 19 : 4)
Rasa segan bila terbaca ayat ini. Kisah Nabi Zakariyya a.s. ini memotivasikan kita supaya jangan pernah putus asa dalam berdoa walau begitu lama menanti sehingga Allah mengkabulkan doa.
Akhirnya dengan kuasa Allah, Nabi Zakariyya a.s. dikurniakan anak lelaki yakni Nabi Yahya a.s. walaupun dia sudah terlalu tua.
*****
Surah Maryam, surah yang menarik dengan kisah-kisah betapa Allah Maha Berkuasa dan tiada mustahil bagi-Nya.
Hanya dengan Dia berkata 'kun (jadilah), fayakun (maka jadilah sesuatu itu)'.
Di dalamnya juga menceritakan:
# Maryam yang melahirkan Nabi Isa a.s. yang tidak berbapa (sedangkan beliau wanita suci dan taat kepada Allah)
# Maryam diperintahkan untuk menggoncang pokok kurma agar kurma jatuh ke arahnya (pokok kurma batangnya besar, macam pokok kelapa sawit)
# Nabi Isa a.s. yang dapat berkata-kata walaupun masih bayi
Selepas kisah Nabi Zakariyya a.s., Maryam, dan Isa a.s., diteruskan pula dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. yang menggunakan logik untuk mengajak ayahnya meninggalkan sembahan berhala (patung batu), katanya:
"Wahai ayahku! Mengapa engkau menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat, dan tidak dapat menolongmu sedikitpun?"
(spot on!)
Ayat yang berikut ini menggambarkan betapa dekatnya Nabi Ibrahim a.s. dengan Allah S.W.T:
"...sesungguhnya, Dia (yakni Allah) sangat baik kepadaku..."
(adakah kita rasa Allah baik kepada kita? Allah baik terhadap kita, tapi kita masih merungut, masih degil, dan ingkar? huhu)
Banyaknya pelajaran dan motivasi daripada permulaan Surah Maryam, ayat 1 hingga 51.
Semoga Allah jadikan kita orang yang belajar dan sentiasa merasakan kebesaran-Nya.
Allahumma ameen.