ZAHRAH menceritakan perangai anaknya kepada wartawan Harian Metro.
Malah, wanita berusia 60 tahun mahu dikenali sebagai Zahrah turut membuat laporan polis semalam selepas ditumbuk anaknya berusia 27 tahun itu di rumah tumpangannya di Sungai Kantan, di sini, semalam.
Zahrah berkata, dia dan seorang lagi anak lelakinya, Khaled Alzahar, 20, datang ke Malaysia dua minggu lalu selepas suspek menjemputnya datang, kononnya untuk membincangkan hal perniagaan.
Menurutnya, suspek berkahwin dengan seorang wanita tempatan yang menjalankan aktiviti kemanusiaan di Palestin, Mac lalu sebelum berhijrah dan menetap di negara ini tiga bulan kemudian.
“Malah, saya cukup sedih kerana anak saya (suspek) tergamak memukul isterinya hingga keguguran dan sebelum ini dia mengugut mahu menyembelih ayahnya sendiri ketika bekas suami saya itu datang berjumpanya di sini September lalu,” katanya kepada HM, semalam.-hMetro
6 comments
Astaghfirullahalazim...
dasyatnya org tu. sggup tumbuk maknya sndiri and pukul isteri dia smpai gugur?
itu bkn manusia dah.
macam2 hal sekarang ini.. ish3..
kesian isteri dia..haishh mcm ni pun ada..knplah...
bile mate dah gelap tu lah jd habis mak yg mengandungkan dia pun dia nak pukul..ish3..jahat betul
ni kan fitnah dari metro.. mohon btol balik.. leh buka pages fb puan Shahrina Ahmad Sharkawi https://www.facebook.com/Shahrina.A.S
Terima kasih atas perhatian kalian. Kepada yang terpercaya kepada fitnah media ini, silakan datang bersemuka dengan kami berdua. Saya isteri Hasan, dan saya tak pernah bertemu dgn wartawan ini mengadu hal.. Jemput datang ke Damascus Gate Restaurant, Prima Saujana Kajang. Restoran yang kami usahakan untuk jana dana bantu Gaza, bukan menagih simpati meminta derma... Juga boleh hubungi saya 01124172558. Atau ke FB saya Shahrina Ahmad Sharkawi / Hasan Al Zahar / Mapau Malaysia :).