PERBUALAN TERAKHIR ASSYAHID AMMAR DENGAN KAKAKNYA.




Gambar dan Status Facebook kakak kepada arwah Ammar

Never thought this would be the last conversation with him..When he told me that he wanted to be one of the shuhada' in Syria, I seriously thought that he was just simply saying it..Never crossed my mind that he was really meant it..now, with Allah's will, you are one of the shuhada' my dear Ammar..the shaheed who seek for knowledge n plan to share it with others..all of us are proud of u..



 

Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akan dikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.







Selamat Tinggal Ammar! Abah dan Emak tahu kau bahagia di sana menemui Sang Penciptamu yg meminjamkan sementara kpd kami. Kami redha dan bersyukur atas takdir yg tiada siapa mampu menolaknya. Inilah yg terbaik utk Abah dan Mak. Mati itu permulaan kehidupan abadi dan hakiki.

notakaki- Innalillahiwainnailaihiraji'un Perginya tak kembali sahabat istimewa,semoga Allah merahmati pengorbanan & perjuangannya ..muga rohnya akan sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para syuhada'..


 Al-Fatihah


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


9 comments

20 November 2013 pada 11:18 PTG

takziah...al-fatihah...

20 November 2013 pada 11:56 PTG

Innalillah,al-fatihah

Tanpa Nama
21 November 2013 pada 12:34 PG

Al fatihah..takziah buat keluarganya..

Tanpa Nama
21 November 2013 pada 8:00 PG

untung lah jadi orang kaya...pemergian ditangisi dan dirasai...semua orang kecoh...orang miskin macam aku ni, klau mati xda siapa peduli...

21 November 2013 pada 9:08 PG

semoga tenang beliau di alam sana.. amin..

21 November 2013 pada 5:58 PTG

Al-fatihah kepada arwah. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan para syuhada.

24 November 2013 pada 9:05 PG

Takziah

Tanpa Nama
24 November 2013 pada 12:08 PTG

@Tanpa Nama bukan sebab org kaya atau org miskin. Tapi sbb kedudukan dia di sisi Allah yang sangat istimewa, sehingga Allah memuliakan kematian dia..

Tanpa Nama
17 Disember 2013 pada 10:25 PG

Al.fatihah buat arwah ammar... kisah mu sgt mnyntuh perasaan... semoga arwah dtempatkan dikalangn org2 yg beriman.....

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.