kalau diri lemah ,buat ape pun tetap tak guna



saya tidak nafikan, bagi insan yang bernama Arabikha Azlynn tidak sukar baginya untuk melakukan perubahan,
tapi sangat sukar baginya untuk mengekalkan perubahan itu.

hanya ada 2 jalan di atas muka bumi ini iaitu kebaikan dan kejahatan. Yang manakah yang anda akan pilih? 

pernahkah kita mencuba...??


PERANCANGAN ALLAH MAHA HEBAT


saya mudah terpengaruh dengan suasana sekeliling.
alhamdulillah Allah takdirkan ....
macam macam pengalaman dihadapi sepanjang proses pembaikan ini..
alhamdulillah...

sesetengah berkata dalam mana kita cuba membuat perubahan,semuanya bergantung pada diri.
kalau diri kuat,maka mudahlah anjakan paradigmanya
kalau diri lemah ,buat ape pun tetap tak guna

Saya tidak nafikan ketika mengambil keputusan untuk berubah, banyak lagi perkara jahil yang masih dilakukan..


*tidak menjaga ikhtilat
*tidak menjaga hati
*suka bershopping
*melakukan perkara lagha(tgk movie etc)
*tak mampu dinyatakan... T_T)
kesimpulannya, pemakaian saya langsung tak mencerminkan seorang muslimah sejati.


PAKAIAN TAKWA ITU LEBIH BAIK....


di situ wujudnya sistem halaqah untuk renew niat dan hati..




TARBIYAH ITU SUATU PROSES KEHIDUPAN


sesetengah orang,dakwah nya hanya berjalan ketika menjadi seorang student universiti
sesetengah orang,dakwahnya berjalan ketika menjadi BADA di sekolah
sesetengah orang, peluang dakwah terbuka cerah, tapi tak pernah make full use of it.
sesetengah orang,berubah kerana manusia




Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.(hadis pertama dalam hadis arbain)


"ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TANPA BUAH"


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

Tanpa Nama
16 Februari 2012 pada 11:15 PTG

sgt2 memerlukan doa...:)agar terus mencari redha..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.