ISU SYRIA..SIAPA PEDULI?


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

tadi baru bincang berkenaan isu-isu semasa yang berlaku di Syria.

Semoga Allah mengampuni kita andai kerana dosa-dosa kita, saudara-saudara kita diuji sedemikian rupa...
amin ya rabbal alamin..

Jom cakna.! InsyaALLAH..
Semoga ALLAH memberkati usaha ini sebagai satu jalan untuk merintis kemenangan.. ameen.



Syria.

Orang kata, lepas Mesir dan Libya. Gilirannya pula. Tapi manusia merancang, ALLAH juga merancang dan perancangan ALLAH juga lah yang terbaik. ALLAH belum izinkan, bahkan ALLAH uji lagi hamba-hambaNYA, dan juga saudara-saudara kita disana.

Kekejaman rejim Basyar Al-Assad yang membunuh orang awam yang setakat ini sudah beratus-ratus ribu orang yang gugur syahid. Ada yang diseksa dengan kejam. Ada yang dibunuh anak-anak mereka dihadapan mata. Ada yang isterinya diperkosa. Ada yang disembelih dihadapan keluarga sendiri. Ada bayi yang disumbat kedalam ketuhar. Ada dibunuh kejam dan menyakitkan, tanpa mengira usia dan jantina.

Kanak-kanak, orang tua, remaja, perempuan, pemuda malah sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dan menentang kerajaan akan dibunuh dan disiksa.

Hanya kerana mereka menuntut keadilan, dan ingin melepaskan diri dari penindasan pemimpin diktator yang kejam lagi zalim.

SubhanaALLAH.

Ya ALLAH... selamatkanlah saudara-saudara kami di Syria. Berikanlah mereka kemenangan.. amin.









Syria. Persengketaan mazhab Sunni-Syiah.


Sedikit info.( untuk bacaan lanjut klik sini )

~ Kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.


~ Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.


~ Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.


~ Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ (ahlussunnah wal jamaah), mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.




Imej mayat seorg pejuang di Syria saat ini...yg diseksa hingga mati oleh militia ganas Syiah HIZBOLLA dari Lubnan yg datang membantu rejim syiah Assad bersama2 tentera rejim ASSAD di SYRIA....dengan disiyat dan direntap kulit mukanya lalu dicungkil matanya....kemudian dipukul kepalanya hingga mati...


SubhanaALLAH..
Ya ALLAH.. berikanlah pertolongan dan kekuatan kepada pejuang-pejuang MU.
Ameen. 

Pandang kepada keupayaan kita.


Ana selalu bercita-cita untuk tumbangkan kezaliman. Dari isu Palestin hingga ke isu Syria. Kalau boleh, ana 
mahu mengangkat senjata bersama mujahid-mujahid dan melindungi saudara-mara seagama disana.


Sentiasa berangan sebegitu, kerana bagi ana mereka itu sebahagian dari diri ana juga. Kalau mereka terseksa, ana juga akan rasa terseksa juga. Mereka dizalimi,ana pun turut sama merasai kezaliman tersebut.


Namun., sesekali ana jadi buntu. 


"Apa yang perlu ana buat..?"


Nak angkat senjata bersama para mujahidin di medan jihad.? Sanggup.? Mungkin. Tapi mampukah..?


Nak pergi tolong mereka carikan tempat perlindungan dan siapkan bala tentera untuk melindungi mereka..?
Huh.. jauh betul.


Puas ana fikir.


Apa yang boleh ana buat agar dapat memberi kesan walau sedikit kepada para-para penzalim ini..? Biar 
dengan apa yang ana usahakan ini menyebabkan mereka ini tidak senang duduk. Hurm..


Kemudian ana kembali memandang kepada diri. Melihat apa keupayaan yang ada.



~ Ana ada kaki, tangan, sihat, dan hidup dengan selesa. AlhamduliLLAH.


~ Ana ada blog, yang ana boleh tulis di dalamnya apa sahaja yang ana mahukan.


~ Ana ada peluang untuk menuntut ilmu dan duduk dengan para ulama`,amilin dan muktabar.


~ Ana ada jemaah yang boleh ana berikan kesedaran agar dapat bergerak.


~ Ana ada ramai sahabat-sahabat yang sefikrah.


Itu keupayaan yang ana ada. Namun secara logiknya, ana lihat, ia tidak cukup untuk memberikan satu impak walau sedikit kepada musuh-musuh ISLAM dan para-para penzalim tersebut.


Ia membuatkan ana terus berfikir dan berfikir. 


Konklusi yang ana dapat ialah :


1) Perjuangan setiap orang itu berbeza. 



~ ALLAH tidak membebankan seseorang itu dengan bebanan yang tidak sanggup untuk dia bebani. Makin kuat iman seseorang makin kuat ALLAH mengujinya. Kita kena ingat., berjuang itu perlu, tapi mungkin definasi perjuangan itu berbeza bagi setiap orang. Mungkin ada yang ALLAH campakkannya dalam perjuangan menuntut ilmu, kerana itu yang mampu dia tanggung dan orang lain tidak mampu menanggungnnya. Mungkin juga, ALLAH campakkan seseorang itu ALLAH campakkan mereka ke medan jihad dan peperangan, kerana itu yang mampu mereka tanggung. Tapi, yang penting ialah, KITA ADA PERANAN DALAM PERJUANGAN MASING-MASING. Kekal lah bermujahadah dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan.., sedarlah, ramai lagi yang lebih sukar perjuangannya daripada kita.!! 


2) ALLAH mahu kita bergerak. 



~ ALLAH beri 'signal' kepada orang mukmin supaya bergerak. Jangan terlalu berangan-angan panjang untuk berfoya-foya di dunia. Signal yang menyeru kita bergerak untuk menuju ILAHI dalam keadaan redha dan diredhai. ALLAH mahu kita berhenti dari bersuka-ria di dunia yang sementara, dan dipenuhi dengan masalah. ALLAH mahu lihat usaha kita. ALLAH mahu lihat kecaknaan kita. ALLAH mahu lihat sejauh mana pengorbanan kita. 


3) Kita ada peranan, mereka pun sama.


~ ALLAH menegur manusia yang semakin lupa peranan mereka. Teguran itu hanya akan diangkat bila orang yang ditegur itu mula sedar dan kembali mengingati apa peranannya. Kita pula bagaimana..? Memberi kesedaran kepada masyarakat itu peranan kita, jangan marahkan si penzalim jika mereka tidak menjalankan peranan mereka, kalau kita pun sama. Hakikatnya.., si penzalim itu perlu ada, kerana dia hadir sebagai peringatan buat kita yang lupa akan peranan sendiri. Ayuh kita laksanakan peranan kita, insyaALLAH, apabila kita sedar peranan kita, ALLAH akan kembali teguran, saat itu ISLAM mencapai kemenangan. 


4) Semua ini percaturan ALLAH.


~ Segala yang berlaku ini tmerupakan percaturan ALLAH. ALLAH tidak menzalimi hamba-NYA. Yakinlah ALLAH sentiasa memeliharanya. Yang perlu ada pada kita sekarang ialah percaya dan terus percaya dan jangan berputus asa. Semua percaturan ALLAH itu adalah yang terbaik buat hamba-NYA., Kalaupun gugur dalam perjuangan kerana disiksa.., nescaya kelak ALLAH akan balas dengan syurga yang penuh nikmat.


SubhanaALLAH.


Ya ALLAH.. masukkanlah kami kedalam golongan syahada` mu.. Ameen..



credit to akhy Naqiuddin AnsaruLLAH.
~ Al-Azhar, Kaherah ~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.