yg membezakan kita hanya taqwa..
uhkty A- Ana tak sukalah Ustaz tu...
Ana-Kenapa?
uhkty A -Yelah. Ramai orang nak datang ceramahnya sebab dia ceramah lawak. Buat orang gelak-gelak.
Ana-Kenapa?
uhkty A -Yelah. Ramai orang nak datang ceramahnya sebab dia ceramah lawak. Buat orang gelak-gelak.
Ana-Jadi?
uhkty A - Alaa. Orang yang datang pergi ceramah dia bukannya sebab majlis ilmu sangat pun. Tapi, sebab dia. Sebab dia lawak. Kelakar.
Ana- Jadi???
uhkty A -Jadi? Jadi...rasanya macam takde manfaat pun. Macam kawan saya, dia pergi ceramahnya, gelak-gelak lepas tu bukannya jadi baik. Sama je..
Ana- Jadi, salah ustaz tu lah?
uhkty A- Ermm. Entah. Tapi, saya masih tak berkenan dengan dia. Sebab, dia buat ceramah kat masjid. Orang gelak-gelak satu masjid dah macam tak hormat masjid. Lepas tu, yang datang just gelak, bila balik entah diingat ke tidak apa yang dicakap.
Ana- Ohh. Sebab tu ke awak tak berkenan?
uhkty A- Haah. Kita nak cari ilmu untuk ingatkan kita, bukan untuk gelak-gelak.
Ana- Maaflah kalau saya bagi pandangan ni tak menyelesakan awak.
uhkty A- Cakap je lah.
Ana- Kenapa kita nak tengok buruknya, sedang baiknya lagi banyak?
uhkty A- Hmm.
Ana- Kalau pun, awak kata, kawan awak tu tak berubah, sekurang-kurangnya, dia mendatangi masjid, dia mendatangi majlis ilmu. MashaAllah, itu sudah cukup baik. Lagi pula, yang menjadikan seseorang itu baik adalah Allah, bukan ustaz tu. Dan kenapa tidak, kita merisaukan orang yang masih tidak menjejaki masjid? Yang masih hanyut lupakan akhirat? Kenapa perlu kita membebankan kepala kita dengan orang yang sedang bergerak ke arah kebaikan? Sepatutnya, kita bimbangkan benda lain yang lebih parah.
Kawan saya sepi. Saya ibarat diberi peluang untuk terus bercakap.
Ana- Lawak yang diselitkan cuma pendekatan dakwah Ustaz tu. Dia bukan buat benda maksiat pun. Kenapa kita mahu risau? Lagipun, dalam ramai-ramai yang gelak, pasti ada yang sedang terasa dan hatinya merintih mendengar ceramah ustaz tu. Saya yakin, tak semua yang gelak.
Kawan saya sepi. Saya ibarat diberi peluang untuk terus bercakap.
Ana- Lawak yang diselitkan cuma pendekatan dakwah Ustaz tu. Dia bukan buat benda maksiat pun. Kenapa kita mahu risau? Lagipun, dalam ramai-ramai yang gelak, pasti ada yang sedang terasa dan hatinya merintih mendengar ceramah ustaz tu. Saya yakin, tak semua yang gelak.
uhkty A- Tapi, ikut majoriti semua gelak.
Ana- Itulah kita. Bila benda baik, kita hentam habis-habisan. Ada saja yang tak kena. Kenapa? Sebab, bisikan syaitan yang membenci majlis ilmu. Daripada risaukan orang lain, baik kita risaukan diri kita yang mungkin terpengaruh dengan bisikan Syaitan tu. Hmm, kan?
Kawan saya nampak cuak.
Ana- Ingatlah, sebelum kita menghitung kesilapan orang lain, mari kita hitung beribu kesilapan kita. Bila kita sibuk muhasabah kesilapan kita, kita dah tak sempat nak tengok kesilapan orang lain.
uhkty A- Huh. Terkena saya.
Ana- Takde niat nak mengenakan. Saya juga mengingatkan diri saya. Saya tahu, jalan dakwah ini sukar, kerana manisnya Syurga itu.
note cinta- Allah...
Hati saya menangis. :')
Ustaz, saya akan terus mendoakanmu...
1 comment
ALhamdulilah..amin..:)