di fitnah...


Sesungguhnya ujian di sepanjang jalan dakwah kepada para pendakwah merupakan satu sunnatullah, ujian tersebut bukan bertujuan untuk menghina para pendakwah sebaliknya sebagai satu tapisan dan tarbiyyah daripada Allah SWT. Sesuai dengan firmannya di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Alif lam mim. Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang dusta".- Al-Ankabut: 1-3


Di dalam satu hadis:

"Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi, kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu".


Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW telah bersabda berkenaan dengan bentuk-bentuk ujian yang akan dihadapi di sepanjang jalan dakwah.

"Orang mu'min sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah:


1. Mu'min yang dengki kepadanya

2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

- Hadis ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari hadis Anas dalam tajuk; "Akhlak Yang Luhur"


saya agak terkilan dengan tuduhan tersebut. Andainya saya salah, saya sedia bertaubat kepada Allah SWT dan sekiranya saya difitnah saya akan menuntutnya dihadapan Allah SWT pada hari kiamat kelak.

Sebagai seorang muslim, saya menganggap tuduhan ini sebagai satu ujian kepada saya/bentuk peringatan kepada saya agar saya sentiasa mengingati Allah SWT.. Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada kita, Insyaallah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.