Key EL, Aku Datang :1 Juta Himpunan Kebangkitan Rakyat 12.1.2013



Key EL, aku datang

Lokasi terakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ), Sabtu ini akan ditentukan petang ini sekiranya pihak pengurusan Stadium Merdeka masih tidak memberikan sebarang maklum balas. Pengerusi Jawatankuasan HKR, Mohammad Sabu berkata, pihaknya turut akan berbincang dengan Ketua Polis Negara bagi menerangkan perancangan himpunan bagi memastikan ianya berlansung secara aman.

“ Setakat ini pihak stadium masih belum menyatakan ya atau tidak.”

“Esok ( hari ini ) pada jam 4.00 petang kita akan memberikan maklumat terakhir lokasi himpunan”, katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Turut hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Perlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu Anwar menggesa semua penyokong dan ahli Pakatan Rakyat hadis pada himpunan yang akan diadakan pada Sabtu, 12 Januari ini. Jelasnya pemimpin Pakatan Rakyat menyokong penuh himpunan tersebut dan meminta pihak polis memberikan kerjasama agar ia berlansung dengan aman.

“Kami memilih Stadium Merdeka itu seperti mana yang disarankan Perdana Menteri kita ketika perhimpunan Bersih 3.0 lalu yang mahukan perhimpunan itu dilakukan di situ”, kata Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

“Bagaimanapun, pihak stadium masih belum memberikan jawapan walaupun pihak kami sudah menghantar surat permohonan pada 26 Disember lalu”, katanya lagi.

Beliau berkata pehimpunan yang bersifat santai itu akan diakankan bermula jam 2 hingga 5 petang dan pihaknya akan turut melancarkn “Deklarasi Rakyat 12 Januari” yang akan dibaca di akhir perhimpunan.

Mat Sabu turut mengjangkakan seramai 1 juta raykat akan hadir ke perhimpunan itu yang turut dihadiri oleh badan bukan kerajaan (NGO) Anak, royalty, gabungan Bersih dan sebagainya.- Sumber


'Amanat' Allah :

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
surah al-Israa ayat 27

Harap tidak berlaku perpecahan dan kafir mengkafir di antara kengkawan yg membazir


Membaca perkara politik haruslah dengan ilmu politik juga. Isu Amanat Hj Hadi yg dikorek semula setelah 30 tahun bermatlamatkan POLITIK, bukan atas kesedaran AQIDAH. Maka bertepatanlah ia dibincang di media-media politik seperti TV1 dan sekutunya, dan dibahaskan oleh Ulama Politik ILMU.

Bila mana sebuah gerakan Islam juga senada mahu membincangkannya, ia menimbulkan kehairanan yang amat sangat pada semua orang. "ISMA pada saya tidak membawa apa2 agenda pihak lain, tidak juga tali barut UMNO...tp, kaedah pembawakan dan kefahaman mereka agak 'ganjil'." - quoted

Semoga Allah memelihara gerakan-gerakan dakwah yg bersusah payah melawan asap kelabu celaru di Malaysia ini. Demi Allah, saya mengasihi rakan-rakan ISMA saya, seperti mana mengasihi rakan-rakan UMNO, tapi saya tak dapat duduk bersetuju dgn SISTEMnya.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

10 Januari 2013 pada 7:37 PG

Emm, dapat ke tak kelulusan tu? Bukan kita tak tahu tahap keadilan pemerintah kita ni. :)

10 Januari 2013 pada 2:35 PTG

harapnya akan dapat kelulusan tu nanti..

10 Januari 2013 pada 5:01 PTG

Join sekali ke? kali ni x dpt nk join sebab suami x izinkan. dia pergi dgn kwn2 jd akk xde kwn. huhu.. apapun semoga semuanya selamat dan matlamat tercapai

11 Januari 2013 pada 8:38 PTG

Lulus atau tidak, benar atau larang, aku dan gang2 aku dalam perjalanan.

Key El... aku datang.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.