KUALA LUMPUR- Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka yang dikenali sebagai Ruzzana Aniza yang bertanggungjawab menulis cerita hantu di laman web blognya ‘theruzannapages.wordpress.com’ akan dipanggil oleh unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM berkenaan.
Koordinator Unit Komunikasi Korporat UiTM Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah berkata, pihak UiTM akan memanggil Ruzanna dalam masa terdekat berhubung penulisannya itu, selepas selesai mesyuarat hari ini.
“Kita (UiTM) akan panggil dia untuk penerangan selanjutnya dan bukan tindakan tatatertib. Dalam minggu ni kita akan panggil. Kita akan beri nasihat dan ingatkan supaya pelajar lain lebih berhati-hati, apabila buat kenyataan di media baru seperti ini. Ia akan timbulkan fobia dan kurang senang kepada orang lain, juga kepada ibu bapa dan media.” kata Anwar ketika dihubungi ABN News.
Menurut Anwar, pihak UiTM Melaka menganggap kes ini sebagai kes remeh, malah terpencil dan dianggap telah pun selesai, manakala tiada arahan dikenakan kepada Ruzanna untuk memadam blog kepunyaannya.
Tambah Anwar, pada Sabtu lalu juga, Majlis Perwakilan Pelajar dan Kolej turut dipanggil pihak pentadbiran UiTM bagi membantu memberi penjelasan sama kepada semua pelajar UiTM sama ada di Kolej mahupun yang tinggal di luar.
“MPP, JPK telah diminta bersama membantu kepada penerangan lebih jelas. Mereka juga dimaklumkan kampus berada dalam keadaan terkawal, dan ini bukan isu sebenar yang perlu ditakuti kerana setakat ini semua orang masih selamat,” katanya.
Semalam, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh pihak UiTM yang menyebut tentang kesan Psikologi terhadap gangguan histeria dan lemah semangat pelajar, berpunca daripada ketidakmampuan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus.
“Histeria ni dari 10 tahun dulu dah pernah berlaku dan ia berlaku di mana-mana, bukan sahaja di UiTM ini. Biasa nya ia berlaku berikutan daripada gangguan dan tekanan perasaan serta lambakan tugasan kuliah serta kejadian “putus cinta” turut mendorong kepada gangguan sedemikian berlaku dengan mudah terhadap pelajar yang lemah semangat,” katanya.
Tambah Anwar bagi laporan kejadian pukau pula, kononnya pelajar kehilangan wang ringgit, maruah, harga diri tidak boleh dibuktikan dan kes berkaitan tidak tulen, kerana belum ada kes kejadian serius seperti kematian berlaku di peringkat kampus.
Namun sebagai langkah menanganinya pihak pengurusan UiTM, menubuhkan CITU (Pusat Islam), Klinik UiTM Melaka, Unit Polis Bantuan, dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pelajar di kolej.
Sementara itu, Ruzanna dalam satu ‘entry’ terbarunya bertarikh 19 Januari 2013, ada menyebut bahawa kejadian, ‘rasuk’ , ‘pukau’, yang dimaksudkan di dalam blognya sebelum ini ada khabar angin dan cerita yang didengar adalah palsu datang dari pihak lain.
Malah Ruzanna sendiri tidak menyangka, ‘entry’ beliau telah tersebar luas melalui media baru seperti Twitter, Blog dan Facebook sehinggakan menimbulkan kebimbangan kepada pelajar baru di UiTM berkenaan dan ibu bapa mereka.
6 comments
Laaa.... Khabar angin je ke??
hahaha..ada ke orang yang pobia dengan citer blogger tu?..nasib uitm anggap tu kes remeh..kalau tak, sama la mentaliti pihak uitm dengan golongan pobia tu..hahaha..
jadi feymes terus kan? hehehe.
From,
Nasz
www.mohdnaser.com
ntah-2 pihak uitm tu suruh die cakap khabar angin
saya bekas pelajar uitm melaka. sebenarnya apa yang budak tu tulis certain nya adalah betol sebab pernah jadi benda yang sama masa batch saya.
yang lain2 tu tak dapat dipastikan kesahihan dia. tapi seriously uitm tu memang keras. pernah depan mata nampak student kena rasuk secara tiba2. ramai gila pegang dia and perempuan tu memang kuat. pulih pun lepas panggil ustza.
cuma nak cakap gambar atas tu tipu sebab gambar ulik mayang tu gambar pokok sebenarnya. diperbesarkan jadi macam2 plak. hmmm
isk isk isk....
mcm2 hantu ada daa!
hantu bonceng, hntu mak limah blik kg, hantu, hantu pocong, hantu galah, waris jari hantu & yg paling glamer skrang pengundi hantu!
aku syorkan semua warga UITM Lendu buatlah solat hajat perdana mcm warga kelantan srta penyokong2 PAS & PR mendoakan hancurkan hantu umno...
ko ko
ko hantu umno
ko be end hantu be end ko...