Wajah Shila ketika meluahkan perasaan sedihnya di Youtube.
PETALING JAYA: Stesen radio Hot FM pada pagi Jumaat berjaya menyiarkan ke seluruh negara pendedahan terbaharu penyanyi Shila Amzah yang meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.
Rakaman itu dipetik daripada laman Youtube yang dimuat naik oleh Shila yang antara lain turut menyatakan rasa rindu terhadap ibu bapanya
.
"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.
Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak.
Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.
Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.
Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya
Sumber mStar Online

7 comments
aku pun nangis tengok....
papepun doakan yang terbaik untuk shila..
smoga beliau tabah !
sedih pulak tengok video shila nie..kesian dia..
Ada orang lagi kuat dugaan yang Allah bagi pada dia, kita kena fikir Shila kena fikir. Restu ibu bapa itu penting. Jangan fikir hati kita cinta kita. Ibu bapa tiada ganti. Kekasih ada.
nikah apa pun belum, tak perlu nak "over" sgt dgn hubungan tu
nanti ntah menikah dgn org lain, ada anak apa semua mesti menyesal tgk balik video ni
hish geram sungguh
@Taufik
buat isthikharah.