klik sini Awie Wings Dan kelab Hiburan.
Anak muda dirosakkan dengan maksiat. Artis juga yang mendapat nama. Maksiat punca orang Islam jauh daripada Islam. Jangan hanya lihat politik saja. Berbilang parti bukan bermakna perpecahan.
****
“Apa salah saya buka club? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo — kenapa dia bukak Hard Rock (Cafe), Saloma (Bistro), Concord. Untuk sembahyang ke?”
Awie turut meminta sesiapa yang mempertikai tindakan beliau untuk membuka kelab malam ini untuk berhenti bercakap dan bukan mereka yang memberi rezeki kepada beliau.
“Mereka tidak suap mulut saya dengan nasi — so better stop this stupid question,” tambah Awie yang jelas kesal dengan isu ini.
PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Tindakan penyanyi rock terkenal tanah air, Awie, menubuhkan perniagaan kelab malam yang beroperasi di Ipoh, Perak, mendapat reaksi negatif dalam kalangan peminatnya.
Ramai yang mempersoalkan penglibatan Awie dalam bidang tersebut kerana bertentangan dengan hukum agama. Tampil membela diri, Awie berkata, masyarakat harus bersikap lebih terbuka dengan perniagaannya itu sementelah dia melabur wang yang banyak untuk bisnes tersebut.
Kritikan itu juga tidak menghalang vokalis kumpulan Wings itu mengembangkan lagi kelab malamnya itu, Malai Rock Station, di Kuala Lumpur, Pahang dan Johor.
Menurut Awie, perniagaan tersebut bukanlah perkara baru dan ramai orang Melayu sudah berkecimpung.
“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.
Inilah bistro milik Awie yang terletak di Ipoh. Gambar petikan beritasemasa.com.
Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.
“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.
4 comments
kesian mereka n keluarga mereka...harap ditunjukkn jln yg benar dari Ilahi...amin...
tapi galakkan orang lain ke arah keburukkan seperti berfoya2...
melayu Islam sekarang, hanya mampu geleng kepala..huhu
"Kebekuan airmata itu dari kerasnya hati, kekerasan hati itu dari banyaknya dosa, banyaknya dosa itu daripada lupa mati, lupa mati itu dari sebab banyaknya angan-angan mencintai dunia, dan cinta dunia itu sumber segala dosa"