AL-FATIHAH - Along Spoon dibunuh ketika zaman popularnya.


Al-fatihah.

Pada 25 Disember 1999 ,  satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu.

 Lihat kronologi di bawah..


Pembunuh menyerah diri selepas membunuhnya dan menunjukkan tempat dimana dia membuang mayat Along.

Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob Demyati tetap menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon, 11 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mendapati Mohamed Ya’cob bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.



Keratan Akhbar kes ini.

PUTRAJAYA 29 Julai - Mahkamah Rayuan diberitahu, Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati memang berniat membunuh penyanyi kumpulan Spoon, Sabi'ul Malik Shafiee atau Along berdasarkan penemuan rangka mangsa di kawasan sunyi, walaupun tiada saksi yang melihat pembunuhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud berhujah, keterangan yang dikemukakan pada perbicaraan lalu menunjukkan anggota polis tersebut berniat menyembunyikan kematian Along daripada pengetahuan umum ekoran rangkanya dijumpai di kawasan yang tidak didiami orang.

Along yang popular dengan lagu `Rindu Serindu-Rindunya' dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis kemudian menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan pada 6 Januari 2000.

``Perayu berniat melakukan pembunuhan kejam menggunakan kepakarannya sebagai anggota terlatih dalam Unit Tindakan Khas (UTK) dan dia cukup mahir dengan selok belok hutan selain menyedari mangsa tidak akan mampu hidup lama tanpa makanan,'' ujarnya.

Awang Armadajaya ketika berhujah turut meminta mahkamah meneliti kesanggupan Mohamed Ya'cob menunjukkan kepada polis tempat mayat Along dibuang sedangkan akal manusia tidak akan mampu mengetahui lokasi kawasan tersebut.

Sehubungan itu katanya, Mahkamah Tinggi Seremban betul ketika mensabitkan perayu dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya pada 10 April 2002.

Mohamed Ya'cob dari cawangan pengawal pengiring Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, berasal dari Taman Keramat Wangsa, Kuala Lumpur, dituduh membunuh Sabi'ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras pada 1 pagi, 26 Disember 1999.


Panel tiga hakim diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari bersama Datuk Wan Adnan Muhamad dan Datuk Ahmad Maarop yang mendengar rayuan tersebut menetapkan 4 Ogos ini bagi mendengar hujahan semula peguam Markhan Singh yang mewakili perayu. - Utusan Meloya

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin!


sekadar pengkongsian.






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


17 comments

5 Februari 2013 pada 4:04 PTG

al fatihah. mmg terkejut zaman dulu2 dengan berita ni

5 April 2013 pada 9:52 PG

Al-fatihah! suka artikel nie..

17 Mei 2013 pada 4:40 PTG

Kenapa ye dia dibunuh?

Tanpa Nama
10 Jun 2013 pada 1:39 PG

Ini baru ak tahu cerita yg sebenar , ak peminat nya Dr Indonesia , Al'fatehah..tp masi belum jelas motif pembunuhan nya , Dan siapa saja dalang Dr pembunuhan itu.

Tanpa Nama
12 Oktober 2013 pada 8:32 PG

Alfatehah......

Tanpa Nama
1 November 2013 pada 11:32 PTG

Amin sayang nye kt along dqn kesihan la sebab dh la kena bunuh lepas tu kena bakar pula kesihan nye

5 Mac 2014 pada 11:34 PTG

Alfatihah...

5 Mac 2014 pada 11:34 PTG

Alfatihah....aamiin

5 Mac 2014 pada 11:35 PTG

Alfatihah...

Tanpa Nama
10 Mei 2014 pada 12:55 PTG

jahat banget sih yg bnuh..

25 Jun 2014 pada 12:05 PTG

Gua baca 4x artikel ini. Dan ga paham. Stress yang nulis

Tanpa Nama
26 Jun 2014 pada 5:23 PG

@Ajeng Bintoro aku fans spoon baru tau kalau along meninggal dibunuh

17 Januari 2015 pada 4:08 PTG

Saya pikir pasti ada pengajaran dari semua kes ini. Semoga 'alayarham diterima oleh Allah. Salam perkenalan dari saya peminat Spoon dari Indonesia.

Tanpa Nama
20 Februari 2015 pada 8:50 PG

Aku jga peminat along marila kita panjat kn doa semoga roh nya di limpahkan rahmat dan di tempat kn di kalangan org2 mukmin amiin

Tanpa Nama
18 Mac 2016 pada 6:14 PTG

along spoon meninggal dunia di bunuh diikat dlm guni dan di campak di lereng bukit bkn di bakar ye...

Tanpa Nama
18 Mac 2016 pada 6:16 PTG

arwah dibunuh sebab pembunuh itu syak yg along ada hubungan sulit dgn isteri dia..

13 Jun 2016 pada 10:07 PG

AL-FATIHAH

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.