VIDEO GANGNAM GAZA STYLE TONJOLKAN PENDERITAAN DI GAZA.


Gangnam Gaza Style

Gangnam Gaza Style

KUALA LUMPUR – Fenomena Gangnam Style penyanyi Korea Selatan, Psy telah merebak ke Gaza dengan sekumpulan anak muda rakyat Palestine merakamkan video Gangnam Gaza Style versi mereka dengan harapan untuk menonjolkan kesengsaraan mereka dalam gaya baru dan lucu.

Ia meniru Gangnam Style asal tetapi ia mempunyai mesej tersembunyi yang serius.

Versinya terdahulu telah dimuat naik di YouTube dan menarik perhatian, menghiburkan tetapi diselitkan kesusahan rakyat Palestin di Gaza termasuk pengangguran dang ketiadaan akses kepada sumber kewangan.

“Sekumpulan anak muda Palestin membuat video klip ini untuk mengenengahkan kesengsaraan di Gaza. Tiada siapa telah melakukannya sebelum ini. Kita berharap untuk memfokus kepada isu Gaza melalui cara mudah,” kata ketua kumpulan itu Muhammad Barajat kepada Televisyen Reuters, sesi latihan untuk satu lagi versi baru mereka.

“Mesejnya adalah tentang penderitaan, banduan, pengangguran, ketiadaan bekalan elektrik yang menimbulkan masalah kepada kami,” kata seorang lagi ahli kumpulan, Walid Afaghani.

Kumpulan itu sebelum menggunakan telefon bimbit untuk rakaman dan baru-baru ini telah mendapatkan kamera video kecil.

“Alat kami ringkas. Kami gunakan kamera telefon bimbit untuk rakaman. Kami juga lemah dalam mengedit dan mengarah video berkenaan. Alhamduliilah kami boleh menghantar mesej ke seluruh dunia melalui telefon bimbit,”katanya.

Pengangguran di Gaza dianggarkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu mencecah lebih daripada 40 peratus dan pakar ekonomi tempatan mengaggarkannya pada hampir 60 peratus.

Israel mengenakan sekatan ke atas perdagangan di Gaza pada 2001 ekoran tercetusnya tunjuk perasaan Palestin dan memperketatkannya lagi pada 2007 selepas Hamas merampas kuasa di kawasan persisiran pantai bersebelahan Mesir yang juga menguatkuasakan sekatan.

Hamas yang memenangi pilihan raya Palestin pada 2006, tidak mempunyai hubungan selesa dengan Fatah yang disokong oleh pihak Barat mengakibatkan mereka berlawan dalam perang sivil singkat di Gaza setahun kemudian.



Tears of Gaza.
Air yang tidak berhenti mengalir.

Teringat kata-kata Saidina Umar alKhattab ketika awal memasuki bumi alQuds,"Jika ingin melihat kekuatan ummat Islam dalam sesuatu zaman, maka lihatlah di tangan siapa alQuds berada".


MasyaAllah 3alaikum..

T_T. terlalu mengagumi ..Semoga Allah hancurkn thaghut yg zalim itu dn mganjari mereka yg trbunuh dgn ganjaran syuhada'.. 

Allahumma ansorol Islamma wal Muslimiin..wal mujahidiin allaziina yujahiduna fi biladihim.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

9 Februari 2013 pada 1:55 PTG

biar semua tengok video ni, baru tahu diorang kat sana hidup macam mana.. cuma hanya memerlukan handphone saje, dah bagitahu dunia diorang kat sana menderita

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.